Khalid digantung enam bulan, Hasan lepas
Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.
Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.
Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.
Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.
Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.
Bercakap dalam sidang media selepas dua jam mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, Tuan Ibrahim berkata, kedua-dua keputusan tersebut dibuat berdasarkan fasal 75 perlembagaan PAS.
'Kesalahan Khalid lebih serius'
Fasal tersebut memperuntukan hukuman amaran, menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat keahlian dalam parti.
Kedua-dua tokoh itu dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini, tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.
Mengulas kesalahan yang dilakukan oleh Khalid, Tuan Ibrahim menyifatkannya sebagai "lebih serius".
"Ia berdasarkan kepada pengakuannya sendiri dalam siasatan bahawa (tindakannya) memberi impak kepada parti. Perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri) tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Tuan Ibrahim.
Khalid yang tidak hadir kerana berada di Arab Saudi menghantar seorang wakil bagi menerima keputusan bagi pihaknya hari ini.
Tuan Ibrahim berharap hukuman kepada kedua-dua tokoh PAS Selangor itu akan menjadi iktibar kepada ahli dan penyokong agar tidak melakukan perkara yang sama.
"Sebaliknya kita harus menumpukan gerak kerja kita untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 daripada menimbulkan polemik dalaman.
'Guna saluran dalaman'
"Sekiranya tidak berpuas hati, guna saluran dalaman parti, bukan diluar parti," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar keputusan penghakiman jawatankuasa itu kepada kepada Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dengan segara.
Sementara itu, Dr Hasan yang hadir bersama beberapa kepimpinan PAS Selangor berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.
"Ini satu proses pendidikan kepada saya dan keputusan itu tidak mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai exco... dan atas sifat saya sebagai ADUN Gombak Setia," katanya dalam sidang media di lobi ibu pejabat PAS.
Beliau mengharapkan keputusan tersebut dapat melonjakkan PAS Selangor untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Sementara itu, Khalid ketika dihubungi melalui SMS memberitahu Malaysiakini, beliau akan memutuskan sama ada perlu membuat rayuan selepas pulang daripada luar negara pada 12 Februari ini.
29 January 2010
Khalid Samad Hanyalah Mentimun Yang Lemah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
hassan ali
,
jk disiplin
,
khalid
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
ADUHAI AHLI2 PAS KETAHUI LAH OLEH KAMU KUMPULAN UG PERPADUAN DGN UMNO TETAP UTUH DLM....TAK LAMA LAGI PAS JADI UMNO LAH....MEMANG SIAL GENG2 UG NI,KHALID ADA LAH MANGSA PERTAMA MEREKA....TUNGGU LAH MANGSA SETERUS NYA...MEREKA2 GENG2 UG NI DAH BERTAMBAH KUAT....MEMANG SIAL GENG UG NI DAN BARUA NYA
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Keputusan telah dibuat oleh pengadil segala bantahan sudah lewat .Ini bermakna Hasan Ali berjaya mempergunakan orang2nya di Selangor untuk berdemo tempoh hari siap dengan ayat tertera kat kain rentang YB Khalid penjilat DAP. Rata para pendemo hentam YB Khalid .So mungkin pengadil takut kalau gantung jawatan Hasan Ali mungkin pendemo akan berdemo lagi. So lebih baik YB Khalid di gantung ( di kambing hitamkan ). Kalau YB Khalid digantung jawatannya dalam PAS Selangor tiada side effect orang Selangor tak akan berdemo.Bijak sungguh Hasan Ali main Catur hingga boleh black magic pihak pengadil.Alhamdulilah aku bukan Ahli Pas tapi aku n sekeluarga adalah ahli die hard n hard core memperjuangkan apa yang di perjuangkan oleh Tuan Guru Nik Aziz . Moga2 Allah berkatilah YB Khalid
Adakah pengadilnya adil? Dulu2 aku sokong buta je PAS ni. Tapi ketidakadilan demi ketidakadilan berlaku, merubah persepsi aku. Kezaliman, kronisme orang PAS berlaku depan mata. Orang yang memberi ceramah sendiri mengingkari peringatan dalam ceramahnya. PAs sedikit demi sedikit dijangkiti penyakit2 duniawi dan mula berlaku zalim. Muhasabahlah diri saudara saudara semua, tak lupa pada diri saya sendiri. Doa orang yang dizalimi itu terus kepada Allah. Jangan asyik nak kuburkan UMNO tak sedar anda dah nak kena kambus.
keputusan majlis disiplin pas ini SAMALAH dengan keputusan hakim heks agustin paul yg menjatuhkan hukuman salah kepada anwar bila SELURUH DUNIA tahu anwar dianinyaya, cuma kali ni Khalid samad pulak yang jadi mangsa!!!
tujuan mersyuarat khas yg nik aziz anjurkan adalah untuk menghukum Hasan ali, mustafa & nasarudin - the 3 stooges of UG movement in PAS. tup…tup.. khalid samad pulak yang kena hukum!!! GILA APA????!!!!
tahap bangang gila babi!!!!!
macammana pas nak menegakkan keadilan di malaysia ini bila diapun tidak boleh berlaku adil kpd ahlinya sendiri????
Ayuh, kita mesti LANGGAR PUAK UG DARI PAS SEGERA!!!
CALL FOR EGM NOW!!!!!
Post a Comment