KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan senator bebas Australia, Nick Xenophon pagi ini dan menegaskan ia melanggar protokol antarabangsa.
“Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon di KLIA yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel sebagai ‘musuh negara’. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas,”
“Saya mengingatkan perdana menteri, Najib Razak bahawa beliau tiada hak untuk memperlaku tetamu sebagai musuh negara hanya kerana mereka kritikal kepada pentadbiran Umno.
“Malaysia bukan dimiliki Umno. Ia kepunyaan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik,” tegas Anwar.
Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun mengancam keselamatan negara.
“Tambahan pula, beliau disertai penggubal undang-undang Australia untuk bercakap kepada kami, serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya. Ini bukan sebab untuk menyenaraihitamkan beliau,” katanya.
Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa.
“Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam menerima kehadiran penggubal undang-undang daripada luar, khususnya ahli negara komanwel.
“Senator Xenophon mesti dibebaskan serta merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan selanjutnya,” tegas Anwar.
- keadilandaily.com/
16 February 2013
Penahanan Nick Xenophon langgar protokol antarabangsa – Anwar
13 March 2012
12 March 2012
Lagi Pemimpin Dihalang Dan Ditahan Ketika Masuk 'Negara Asing Sabah'
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman hari ini dihalang dari memasuki Sabah.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, beliau ditahan oleh pegawai Imigresen selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.45 malam ini.
"Saya tiba di lapangan terbang kira-kira jam 8.45 tadi, tiba-tiba saya ditahan tanpa sebarang alasan.
"Saya diberitahu ianya arahan pihak berkuasa kerajaan negeri," katanya.
Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.
"Yang lain semua boleh masuk kecuali saya seorang sahaja yang ditahan," katanya yang kini ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu hampir sejam.
Beliau mendakwa dihalang masuk di bawah seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959.
Beliau memaklumkan akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya.
Mazlan ditemani pegawai khas lajnah, Fadhil Osman, Razman Zakaria (Pengerusi Bapa),Kol.(B) Nazari (Kerabat), Abd. Rahman Ramli (Bangkit).
Beliau dijadual menyertai himpunan aman 123 Bangkit esok di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO Keabat dan Bangkit bagi negeri Sabah.
Menurutnya, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa ditahan, pegawai Imigresen tersebut menyatakan hanya menjalankan tugas.
Setelah ditahan hampir sejam, beliau telah diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta.
10 March 2012
Undang-Undang Dan Peraturan Gila..
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.
Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.
"Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan.
15 October 2010
Rakyat Kena Tipu Lagi - Bekas KP Imigresen Bebas Tuduhan Rasuah
Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan rasuah.
Keputusan itu dibuat ole
Wahid, 58, didakwa menerima suapan RM60,000 pada tahun 2008 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan visa bagi 4,337 pekerja Bangladesh memasuki Malaysia.
Wahid, didakwa menerima wang itu sebagai bayaran upah dan kesalahan itu didakwa dilakukan rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.
Isu Imigresen - Rakyat Diperbodohkan Lagi
Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi 'jerung besar'
Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresin di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan 'jerung besar'.
Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing. Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegitan yang berlansung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleudup manusia' , pasti didalangi oleh orang - orang besar.
Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.
Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan' terlambak dan terdedah' di depan rakyat.
Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu che'GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu.
Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku.
Mansuhkan ISA yang menjadi alat pelindung kepada kekuasaan regim.
cheguBard
