BlogList Malaysia

15 October 2010

Rakyat Kena Tipu Lagi - Bekas KP Imigresen Bebas Tuduhan Rasuah

Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan rasuah.

Keputusan itu dibuat ole

h hakim Rosbiahanin Arifin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Wahid, 58, didakwa menerima suapan RM60,000 pada tahun 2008 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan visa bagi 4,337 pekerja Bangladesh memasuki Malaysia.

Wahid, didakwa menerima wang itu sebagai bayaran upah dan kesalahan itu didakwa dilakukan rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas