Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi 'jerung besar'
Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresin di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan 'jerung besar'.
Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing. Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegitan yang berlansung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleudup manusia' , pasti didalangi oleh orang - orang besar.
Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.
Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan' terlambak dan terdedah' di depan rakyat.
Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu che'GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu.
Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku.
Mansuhkan ISA yang menjadi alat pelindung kepada kekuasaan regim.
cheguBard
15 October 2010
Isu Imigresen - Rakyat Diperbodohkan Lagi
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
imigresen
,
mansuh isa
,
pati
,
rasuah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
Assalamualaikum,
Dah betullah tu tangkap mereka dahulu. Tapi bila dah dapat korek rahsia jangan pula disembunyikan nak tutup malu, nak tutup pekong kawan lain supaya pekong sendiri dapat di lindungi. Mana tahu nama sendiri terpalit. Mintak-mintak tidak begitu.
Mengapa pula nak mansuhkan ISA ?. Ia baik jika digunakan dengan betul. Bila PR dapat memerintah nanti mungkin ia boleh dimansuhkan. Tapi mana nak kurung yang ada itu, nak ampunkan dan bebaskan sekali-gus ?, atau mahu gantikan dengan nama lain tapi tujuannya serupa sahaja. Kat mana pula nak disumbat pemimpin UMNO yang dikatakan penyangak, perasuah itu nanti. Nak ikut mahkamah ?. Mereka semua berguni wang kertas 100-Ringgitnya. Atau nak tukar hakim-hakim yang dikatakan ikut telunjuk orang UMNO dulu ?.
Kalau semua pemimpin kita itu amanah, negara kita akan selamat. Selagi pemimpin, ketua dan pegawai sibuk dengan harta, dan selagi ybyb juga sibuk dengan nak cari bini muda ~ artis pulak tu, janganlah kita harap sangat akan baiknya. Belum memerintah heboh sahaja apa pemerintah sekarang lakukan semuanya tak betul. Lihat sekarang ini apa dah jadi dengan kempen jual diri nak jadi ketua PKR. Orang yang pernah kena pecat pun mahu jadi chegu sukan, nak ajar orang bersukan dengan betul. Yang senior pulak mahu kontrol semua. Siapa nak cabar patut dimalukan, kecurangan diri buat de sahaja. Kemungkinan juga ada orang lain menyamar diri menyerupai Annuar ?, kerana di celah besi pun ada cerita.
Kita orang Islam kalau dibawa mengucap dan beristirfar, insaAllah tidak akan hilang kesabarannya. Tak bolehkah kita cari pemimpin yang betul-betul jujur dan amanah ~ tak warak pun tak apa. Tentu tak mungkin, kerana orang jujur tidak kaya-kaya walaupun cuba kumpul duit setiap hari seumur hidup. Kalau politiklah tujuannya maka politik jugalah kesudahannya.
Alhamdulillah, aku mampu kumpul duit naik haji bersama isteri dengan pakage Tabung Haji beberapa tahun dahulu. Parti apa pun yang menang, pemerintahannya akan sama sahaja. Bezanya kita rakyat yang tidak faham-faham, walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka. Benarkah UMNO itu dipenuhi orang perasuah ?. Wasallam
Inilah caranya kerajaan UMNO/BN menghapuskan rasuah.Kalau dihadapkan kemahkamah akan terburailah cerita yang sebenarnya.Bekas Ketua Pengarah Imigresyen pun sudah terlepas.Jika yang 6 ini dibawa kemahkamah,akan ada "jerung-jerung" yang terpalit.Blog ni pun ada menyebut kes penyebaran IC Biru/Mycard diSabah.Apa sudah jadi tentang kes ini.Agaknya sudah disapu bawah permaidani sebab melibatkan "orang besar".
Post a Comment