BlogList Malaysia
Showing posts with label gobala. Show all posts
Showing posts with label gobala. Show all posts

15 July 2011

Mahkamah Bebas Gobala Walaupun Mengkasari Polis

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap anggota Parlimen Padang Serai N

Gobalakrishnan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.

Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu.


Sehubungan itu mahkamah perlu mengembalikan wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas.

Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut

Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.

Beliau dituduh dengan sengaja menghalang C/Insp V Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20, 29 Jan 2002 dan beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.

Gobalakrishnan diwakili peguam bela Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang yang mewakili Suhaimi Ibrahim.

Terdahulu dalam prosiding hari ini Zamani menasihatkan agar orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam.

“Saya terkilan kerana masih ada segelintir individu yang mencari kesalahan polis, sedangkan ruang lingkup kehidupan manusia dari sejak lahir hingga mati semuanya memerlukan kerjasama daripada polis.

“Saya tidak mahu orang ramai mencemuh dan menentang polis sewenang-wenangnya, tidak kira siapa pun sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas polis, hargai jerih perih mereka menjalankan tugas demi keselamatan sejagat,” katanya.

Zamani turut menasihati Gobalakrishnan agar tidak mengulangi perbuatannya menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah menyatakan rasa terima kasih dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam.

“Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dan saya mohon maaf pada sesiapa (anggota polis) yang telah dikasari,” katanya.

- Bernama

Read More...

24 June 2011

Jom Layan Hindu Mabuk..

Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada Khamis mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan jam tangan Omega kepada polis sebelum perhimpunan pada 9 Julai ini bagi membersihkan nama beliau.

Menurutnya, Anwar sepatutnya membersihkan nama beliau dan menjawab segala persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya mengenai dirinya sehingga hari ini.

"Dengan menyertai perhimpunan bertemakan Bersih, Anwar perlu membersihkan namanya. Jika gagal berbuat demikian, dia patut berasa malu untuk terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis.


Dakwa Gobalakrishnan, perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenivasan sebenarnya didalangi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk kepentingan peribadi.

"Saya percaya Anwar terdesak untuk mengelirukan rakyat menerusi perhimpunan ini. Beliau memerlukan keadaan huru-hara untuk mencetuskan gelombong kebencian rakyat terhadap kerajaan," ujarnya.

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut percaya Anwar sengaja mempergunakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat demi kepentingan politiknya.

"Setelah lebih 12 tahun bersama Anwar, saya cukup kenal dengan perangai beliau yang akan mempergunakan sesiapa saja untuk hasrat peribadinya," katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengetahui objektif sebenar perhimpunan itu diadakan sebelum terlibat sama.

Perhimpunan Bersih yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini kononnya diadakan bertujuan untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil. - mstar


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

17 March 2011

Zul Kulim Akan Wakili Gobala Saman Saifuddin.. KehKehKeh

Disaman RM 12 Juta : Saifuddin Takkan Minta Maaf,Sedia Jumpa Gobala Di Mahkamah

KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, beliau sedia untuk bertemu ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Saifuddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau juga sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Gobala.

“Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua,jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf," kata Saifuddin kepada TV Selangor.


Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu.

Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini.

“Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi.

Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

“Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaaran mencecah angka jutaan,"katanya.- TVS

Read More...

16 March 2011

Kau Ada Maruah Ke Gobala??

Gobala beri Saifuddin kata dua, minta maaf atau disaman RM12 juta

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan hari ini menuntut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail memohon maaf atas kenyataannya yang mendakwa Gobalakrishnan dibayar untuk keluar PKR.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR itu menyerahkan surat tuntutan itu kepada Saifuddin, yang juga anggota Parlimen Machang di ruang rehat anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Gobalakrishnan berkata beliau memberi tempoh tujuh hari mulai hari ini kepada Saifuddin untuk meminta maaf dan jika Setiausaha Agung PKR itu gagal berbuat demikian, beliau akan menyamannya RM12 juta.


Kenyataan Saifuddin di Parlimen pada 10 Mac lalu mengenai tindakan (saya) keluar parti selepas dibayar menjejaskan maruah dan integriti (saya), selain menyebabkan (saya) dipandang serong.

“Justeru, saya memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin untuk memohon maaf atau akan disaman sebanyak RM12 juta,” katanya.

Khamis lalu, Saifuddin dalam sidang akhbar di lobi Parlimen mendakwa beberapa anggota parti itu, termasuk beberapa bekas wakil rakyatnya meninggalkan parti itu kerana dorongan habuan yang lumayan.

Beliau turut mendakwa Gobalakrishnan telah dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah syarikat miliknya Embun Megah Sdn Bhd di Lojing, Kelantan kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd dengan nilai RM1.4 juta menerusi dua cek bank yang masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Jan lepas dan RM701,250 bertarikh 15 Mac ini.

Saifuddin malah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat mengenai kemampuan kewangan Gobalakrishnan.

Sementara itu, Saifuddin ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Gobalakrishnan dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akan diambil terhadapnya.

“Saya tidak akan memohon maaf. Saya serahkan kepada peguam R. Sivarasa untuk tindakan lanjut,” katanya. — Bernama

Read More...

10 March 2011

Alasan Paling Jakun Dari Gobala..

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya

Sementara itu, pada sidang media berasingan, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa Saifuddin.

Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka.

"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan Saifuddin bukan miliknya.

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya.

Read More...

Nilai Untuk Seekor Jalang Politik Haprak




Yang anehnya, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut - mkini

Read More...

Ini Celaka Yang Berharga RM1.4 Juta


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail seperti dilaporkan Keadilan Daily mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti mampu menjelaskan hutang bernilai RM1.4 juta.

“Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini?


“Kalau, ‘nilai’ Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal,” soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan.

Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.

“Dari mana sumbernya? Siapakah yang ‘bermurah hati’ menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?” katanya.

Read More...

06 February 2011

Gobala.. Melayu Sudah Tak Percaya Sama Lu..

Pengundi desak Gobala letak jawatan


Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi tadi.

Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.


"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.

"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.

Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.

"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.

Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.

Read More...

21 January 2011

Orang Ini Mabuk.. Minum Todi Banyak Sangat..


Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dipercayai akan dikenakan tindakan disiplin kerana keengganannya menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.


NONEDalam jawapan angkuhnya di Twitter hari ini, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”

Gobalakrishnan, yang dihubungi pada pelancaran parti baru pimpinan bekas ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim - KITA - mendakwa dia juga tidak dapat memenuhi tarikh akhir 17 Januari itu kerana surat sepanjang 45 mukasurat itu diterimanya pada hari yang sama.

NONEBagaimanapun PKR mendakwa surat berkenaan dihantar ke Gobalakrishnan pada 4 januari lalu melalui pos berdaftar dan tarikh akhir pada 10 Januari kemudiannya dilanjutkan kepada 17 Januari lalu bagi memberinya peluang terus menjawab.

Adalah dipercayai berikutan kegagalannya itu akan menyaksikan Gobalakrishnan diheret ke mesyauarat disiplin PKR kerana membidas parti itu dan pemimpinnya.

NONEBekas naib presiden PKR itu sejak akhir-akhir ini seringkali membidas partinya, khususnya Anwar di Twitter dengan mendakwa PKR mengabaikan masyarakat India.

Bidasannya bermula apabila seorang peguam N Surendran dilantik sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa penggantinya itu kurang pengalaman dan kelayakan bagi mewakili masyarakat India serta tidak fasih berbahasa Tamil.

Beliau juga menyalahkan Anwar kerana penutupan sebuah kuil Hindu di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Read More...

19 January 2011

KITA - Parti Orang Kecewa Tak Menang Pemilihan Dirasmikan


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

NONEAntara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.


"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.

Read More...

03 January 2011

Undi Tidak Percaya Terhadap Si Mulut Celupar Padang Serai

Sebentar tadi telah di adakan satu sidang media di PADANG SERAI,kali ini sidang media tersebut berkisar prilaku GOBALA yang semakin hari semakin celaru.Di ketuai oleh TIMBLAN KETUA CABANG PKR PADANG SERAI JOHARI ISMAIL di adakan di dalam suasana aman dan tenteram dan tanpa gangguan.

Turut hadir adalah mantan2 calon KETUA CABANG PKR PADANG SERAI yang bertanding pada pemilihan yang lalu.Perkara pokok di dalam sidang media tersebut iaitu AJK CABANG PKR PADANG SERAI akan mengadakan UNDI TIDAK PERCAYA terhadap GOBALA dalam masa terdekat.GOBALA menang jawatan KETUA CABANG PKR PADANG SERAI akan berhadapan PROSES UNDI TIDAK PERCAYA di kalangan AJK beliau sendiri

Tamparan hebat ini sudah di duga kerana mereka yang menyokong GOBALA sebelum ini sudah tidak lagi sependapat dengan beliau.Isyarat jelas kepada GOBALA supaya keluar daripada PADANG SERAI semakin kuat kedengaran.Di khabarkan akan di adakan satu demontrasi untuk menghalau GOBALA keluar daripada PADANG SERAI akan di lakukan.Memandangkan GOBALA juga bukannya anak tempatan,maka jalan terbaik pulanglah ke TEMPAT ASALNYA..

HIDUP HARAPAN

Read More...

02 January 2011

Akhirnya Si Mulut Celupar Ini Ditunjuk Jalan Keluar


Anggota Palimen Padang Serai N.Gobalakrishnan ketika sidang media mengenai pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) di pejabatnya di Paya Besar,Lunas,di sini hari ini.

Read More...

27 December 2010

Gobala Dan Badrul Akan Tinggalkan PKR

RIBUT dalam cawan PKR nampaknya belum berakhir. Bila ia akan berakhir sukar untuk diramalkan. Apakah ia akan berakhir apabila riwayat parti itu akan berakhir? Berakhirnya riwayat PKR maka berakhirlah segala ribut dalam cawan. Begitukah?

Kalau terjadi demikian alangkah malangnya nasib PKR?

Walaupun berbagai usaha untuk menstabilkan PKR tetapi tidak menjadi. Parti 'tiga kepala' ini benar-benar memusingkan kepala Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim. Sehebat-hebat Anwar nampaknya bukan mudah untuk beliau mententeramkan keadaan. Sebenarnya bukan saja Anwar tetapi kalau orang lain juga memiliki parti sepertinya payah untuk diatasi.

Kemampuan PKR bertahan dan muncul sebagai politik ketiga terbesar negara ini selama 10 tahun ini pun dikira satu kejayaan besar kepada Anwar dan pendokongnya. Belum tentu kalau orang lain memimpin parti berkapala tiga seperti PKR mampu mempertahankanya selama itu. Mungkin masuk tahun ke lima ia sudah memberai di tengah jalan.


Sebenarnya ketahan PKR hari ini kerana kekental Anwar Ibrahim yan tidak mudah berputus asa kandatipun berbagai cara diusahakan musuhnya untuk menghancurkan kerjayanaya dan juga PKR.

Seorang demi seorang ahli parti itu meninggalkan PKR. Kebanyakan meninggal bukan kerana perjuangan PKR atau perjuangan Anwar tetapi kerana mereka kecewa apabila mereka gagal mendapat apa yang diidamkan. Contohnya bila gagal untuk jadi pemimpin, mereka akan meninggalkan PKR sambil berjalan meninggalkan PKR mereka membuang najis di tengah jalan macam orang mabuk arak.

Kononnya mereka tinggal PKR kerana tidak percaya kepada perjuangannya itu adalah alasan semata-mata. Apa yang berlaku mereka tidak konsisten dan percaya kepada diri sendiri. Masakan mereka menyertai PKR tanpa membuat kajian dan penilaian ke atasnya. Jika ini berlaku maka jelas mereka menyertai itu hanya kerana terikut arus saja. Orang yang berjuang mengikut arus bukan pejuangan tulen, tetapi pencari makan di tepi gelanggang siasah.

Sehari dua ini saya tengok ada dua orang kuat PKR akan meninggalkan parti itu. Gelahat mereka membayangkan akan tindakan mereka itu. Mereka ialah Gobalakrishan dan Badrul Hisham Shahrin. Kedua mereka baru kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Adalah dijangka mereka akan membuat pengumuman keluar PKR pada 19 Januari ini sempena pelancaran parti pimpinan Zaid Ibrahim. Tunggulah - mso

Read More...

18 October 2010

Hampir Pasti Gobala Bertukar Menjadi Katak

YB GOBALA LOMPAT PARTI ? SIAPA BERANI BERTARUH ?

SIAPA berani bertaruh? Siapa berani bertaruh bahawa MP Padang Serai YB Gobalakrisnan akan `bertukar menjadi katak' tidak beberapa lama lagi? Jika saya diberi peluang bertaruh, tentunya saya berani bertaruh bahawa YB Gobala akan menjadi `katak' atau setidak-tidaknya di`campakkan' ke luar dari PKR.

Asas sudah ada, alasan sudah cukup untuk membuatkan YB Gobala akan bertindak seperti `team katak' yang lain. YB Azmin dijadikan mangsa untuk menghalalkan tindakan beliau nanti. Tertarik dengan kata-kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali di sini. YB Gobala sudah mula mengorak langkah dan mempromosikan dirinya untuk dipancing. Tunggu masa yang sesuai, maka jangan kita terkejut nanti.

Paling awal jangkaan saya YB Gobala akan menjadi `katak' adalah apabila keputusan memihak kepada YB Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukankah beliau begitu anti dengan YB Azmin? Ditampilkan kununnya beliau akan menyokong sesiapa sahaja asalkan YB Azmin tewas. Peliknya, mengapa beliau sendiri tidak berani tawarkan dirinya? Penakut atau beliau memang tahu `standard'nya sendiri. Jika betul anak jantan atau `permata hitam' PKR, tawarkan diri masuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Mungkin Dato Zaid boleh sokong kuat beliau.


Nampaknya, beliau hero terbaru TV3 dan Utusan sekarang. Tugas beliau hanya sebut nama YB Azmin dan memang pun media haprak itu amat bimbang jika YB Azmin menang. Saya `salute' YB Azmin kerana bersikap berani untuk hadir debat terbuka Timbalan Presiden PKR jika parti menganjurkannya. Sekali lagi untuk YB Gobala, keluarlah cepat dari PKR sebelum keputusan Timbalan Presiden PKR diumumkan agar tidak ketara sangat niat kamu.-/wfauzdin.blogspot.com

Read More...

16 October 2010

Gobala Paria Mencipta Sebab Untuk Melompat Dari PKR


syedhusinali Aku kesian Gobala. Munkin hilang kerusi Parlimenn sbb hukuman mahkamah. Akan lawan tetap lawan? Tapi ada tanggungan rumah n kreta baru pula. 55 seconds ago reply



Mungkin sebab itulah bakal katak ini mencipta perang dengan Azmin untuk dijadikan sebab dan alasan melompat. Bakal katak Padang Serai ini sedang tertunggu-tunggu broker-broker umno/bn untuk mengemukakan tawaran /ganjaran lumayan untuk melangsaikan hutang rumah baru dan kereta baru kerana sudah hampir pasti dia akan kehilangan kerusi parlimennya jika kes diputuskan di mahkamah.. Jelas dan pasti seperti kata-kata Syed Husain Ali menerusi twitternya di atas..

Read More...

14 October 2010

Lagi Katak Nak Lompat

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.

“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.


“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.

Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.

Kata Gobalakrishnan (gambar), sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama “berdiri di depan kamera” mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.

“Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

Read More...

18 May 2010

Padang Serai Sudah Berkira-Kira Nak Jadi Katak Juga

JANGAN FITNAH TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN PDG SERAI - GOBALA

Selepas PRK SIBU suasana politik di KEDAH khususnya kembali rancak,di tambah pula dengan isu ADUN KUBANG ROTAN dan juga isu UMNO naikkan BANNER menuntut supaya YB NASIR MUSTAFA MEMOHON MAAF.Walaupun PR menang di SIBU tetapi gelora tetap akan ada,ia berkait rapat dengan isu lompat melompat yang tidak pernah sunyi.

Merujuk kembali kepada ADUN BEBAS LUNAS yang bertindak keluar PARTI KEADILAN ketika PRK PERMATANG PASIR tahun lalu, sememangnya sudah di jangka dari awal lagi.Antara tanda-tanda awal ADUN BEBAS LUNAS akan keluar KEDILAN iaitu YB RADZI telah mendapat slot yang istimewa di dada akhbar.Selain itu ruang yang diberikan oleh akhbar terutama akhbar sinarharian sehingga menimbulkan kehairanan penyokong keadilan sendiri.Tetapi hubungan YB RADZI dengan pimpinan UMNO PADANG SERAI tidak kelihatan sangat baik sehinggalah YB RADZI istihar keluar KEADILAN.Paling ketara apabila kakitangan yang di lantik YB RADZI semuanya tidak boleh di harap seolah-olah sengaja menimbulkan persepsi buruk rakyat kepada KEADILAN.

Fenomena terbaru yang berlaku apabila AHLI PARLIMEN PADANG SERAI MEMPERTAHANKAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO PADANG SERAI APABILA DI FITNAH.Jika kita dapat merujuk akhbar sinarharian edisi hari ISNIN 3 MEI 2010 MUKA SURAT U 19,tajuknya berbunyi ‘JANGAN FITNAH HALIM:GOBALA.


Merujuk kepada perkataan fitnah, ada khabar angin mengatakan HALIM sebagai TIMBALAN KETUA UMNO PADANG SERAI akan sertai KEADILAN.Sepatutnya AHLI PARLIMEN PADANG SERAI perlu gembira jika benar HALIM ingin menyertai KEADILAN,jika ia betul fitnah abaikanlah.Persoalannya kenapa AHLI PARLIMEN PADANG SERAI mempertahankan HALIM dan menyangkal HALIM AKAN SERTAI KEADILAN..pelik bukan?Walaupun sebagai khabar angin atau fitnah tetapi berita tersebut dapat memberi kredit kepada kepada KEADILAN dan masalah kepada pihak lawan,kenapa AHLI PARLIMEN PADANG SERAI perlu membela HALIM?

Isu tidak berpuas hati dengan AHLI MAJLIS SELALU di suarakan oleh AHLI PARLIMEN PADANG SERAI sendiri,tiba-tiba di khabarkan esok ada yang ingin keluar parti kerana tidak puas hati dengan AHLI MAJLIS.Tak puas hati sampai tahap KELUAR KEADILAN ka?Sebagai AHLI PARLIMEN PADANG SERAI kenapa beliau tidak menghalang ?Adakah beliau suka dengan keadaan ini?mungkin ada pihak yang ingin menunjukkan kuasa kerana merasakan semakin hilang sokongan daripada ahli KEADILAN PADANG SERAI.Taktik ugut untuk keluar KEADILAN sudah lama di lakukan oleh kumpulan-kumpulan yang terdesak untuk mendapat sokongan di peringkat cabang mahupun negeri KEDAH.Mungkin jalan terakhir KELUAR PARTI KEADILAN. SEORANG AJK PARTI KEADILAN RAKYAT PADANG SERAI pernah memberitahu banyak pengundi kurang senang dengan tindak tanduk AHLI PARLIMEN PADANG SERAI,di maklumkan beliau membina kekayaan yang agak luar biasa dan pantas sehinggakan menimbulkan bermacam-macam syak wasangka di kalang AJK.Dengan RUMAH BUNGALOW di KULIM HEIGHT dan kereta MERCEDES BENZ KCL 1111 seolah-olah beliau sedang mengumpul kekayaan,tetapi

tetapi apabila rakyat dan AJK mahu buat program beliau katakan tidak ada peruntukkan,mungkin peruntukkan buat RUMAH BARU dan BELI MERCEDEZ BENZ ada.

Mungkin persoalan demi persoalan akan terjawab sedikit masa lagi,inilah saki baki peninggalan CG HAMID N GENG,KERANA CALON UNTUK DUN LUNAS DAN PARLIMEN PADANG SERAI KETIKA PRU12 DI RESTUI OLEH BEKAS KETUA CABANG KEADILAN PADANG SERAI, BEKAS KETUA CABANG TERSEBUT TURUT KELUAR MENINGGALKAN KEADILAN KETIKA PRK BUKIT SELAMBAU……..

Penulis Tamu - Merak Buih,

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas