BlogList Malaysia

10 March 2011

Ini Celaka Yang Berharga RM1.4 Juta


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail seperti dilaporkan Keadilan Daily mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti mampu menjelaskan hutang bernilai RM1.4 juta.

“Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini?


“Kalau, ‘nilai’ Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal,” soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan.

Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.

“Dari mana sumbernya? Siapakah yang ‘bermurah hati’ menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?” katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas