YB GOBALA LOMPAT PARTI ? SIAPA BERANI BERTARUH ?
SIAPA berani bertaruh? Siapa berani bertaruh bahawa MP Padang Serai YB Gobalakrisnan akan `bertukar menjadi katak' tidak beberapa lama lagi? Jika saya diberi peluang bertaruh, tentunya saya berani bertaruh bahawa YB Gobala akan menjadi `katak' atau setidak-tidaknya di`campakkan' ke luar dari PKR.
Asas sudah ada, alasan sudah cukup untuk membuatkan YB Gobala akan bertindak seperti `team katak' yang lain. YB Azmin dijadikan mangsa untuk menghalalkan tindakan beliau nanti. Tertarik dengan kata-kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali di sini. YB Gobala sudah mula mengorak langkah dan mempromosikan dirinya untuk dipancing. Tunggu masa yang sesuai, maka jangan kita terkejut nanti.
Paling awal jangkaan saya YB Gobala akan menjadi `katak' adalah apabila keputusan memihak kepada YB Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukankah beliau begitu anti dengan YB Azmin? Ditampilkan kununnya beliau akan menyokong sesiapa sahaja asalkan YB Azmin tewas. Peliknya, mengapa beliau sendiri tidak berani tawarkan dirinya? Penakut atau beliau memang tahu `standard'nya sendiri. Jika betul anak jantan atau `permata hitam' PKR, tawarkan diri masuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Mungkin Dato Zaid boleh sokong kuat beliau.
Nampaknya, beliau hero terbaru TV3 dan Utusan sekarang. Tugas beliau hanya sebut nama YB Azmin dan memang pun media haprak itu amat bimbang jika YB Azmin menang. Saya `salute' YB Azmin kerana bersikap berani untuk hadir debat terbuka Timbalan Presiden PKR jika parti menganjurkannya. Sekali lagi untuk YB Gobala, keluarlah cepat dari PKR sebelum keputusan Timbalan Presiden PKR diumumkan agar tidak ketara sangat niat kamu.-/wfauzdin.blogspot.com
18 October 2010
Hampir Pasti Gobala Bertukar Menjadi Katak
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
aiikkk jeebon pon sokong azmin? salintampal wfauzdin punya artikel sampah sebegini?
tahu tak bahawa azmin menggelar gobala sebagai "pariah"?
macam tu punya pemimpin ker yg boleh jadi timbalan presiden pkr?
Post a Comment