BlogList Malaysia
Showing posts with label 1 lady. Show all posts
Showing posts with label 1 lady. Show all posts

13 December 2012

Tajam Sungguh Sindiran Orang Tua Nie..

KUALA LUMPUR 13 Dis: Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.

Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.


Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.

“Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.

Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan ‘lampu hijau’ untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib.

“Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah,” kata Aisyah ketika dihubungi.

“Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir ‘membenarkan’ Rosmah ke depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.

“Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM.

“Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang,” ujar Aisyah.

Dipetik dari - www.keadilandaily.com/


Read More...

24 September 2012

First Lady Ketuai Delegasi Malaysia..





Nampaknya sudah hampir pasti perdana menteri Malaysia bukannya Najib Altantuya tetapi suaminya sendiri yang tak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya ataupun mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, tak lain tak bukan Rosmah Mansor!

Negara serantau Asean lain seperti Thailand dan Kemboja diwakili perdana menteri masing-masing tetapi Malaysia memecah tradisi sejak mencapai kemerdekaan apabila menghantar isteri perdana menteri mengetuai rombongan kerajaan yang sudah pastinya segala perbelanjaan dibayar oleh rakyat.

Hatta di zaman Mahathir dan Pak Lah sendiri tidak pernah menghantar isteri masing-masing mengetuai delegasi rasmi kerajaan ke mana-mana majlis rasmi sesebuah negara apatah lagi Brunei merupakan sahabat akrab sejak dahulu lagi.

Singapura pun mengikut tatacara protokol tepat antara sesebuah negara apabila menghantar Menteri Luar, K Shanmugam mewakili republik itu dan bukannya isteri perdana menteri Lee Hsien Loong, Ho Ching.

Tidak perlulah Najib Altantuya memalukan Malaysia sekali lagi dengan tindakan tidak beradab malah menjadi buah mulut sejak sekian lama apabila Rosmah kerap mewakili kerajaan ke majlis rasmi terutamanya di luar negara.

Walaupun Najib Altantuya mempunyai jadual ketat sekalipun, protokol tetap protokol dan isteri perdana menteri tidak perlulah terlebih sibuk mencari publisiti murahan hingga pernah ditegur beberapa lama dulu kerana penampilannya tidak disenangi delegasi sesetengah negara ketika Najib Altantuya melakukan lawatan rasmi ke luar negara.

Tindakan Rosmah ini bukan saja memalukan Malaysia tetapi secara tidak langsung menghina Brunei kerana tidak menghantar wakil rasmi kerajaan yang dipilih oleh rakyat atau Yang di-Pertuan Agong!

Dipetik dari - JALAN PULANG



Read More...

12 March 2012

Di Parlimen Hari Ini..


SEKSI YANG TAK MENGIURKAN!!! Baca di sini

Read More...

17 February 2012

Beg Besar Untuk Rosmah


Mendalam sungguh maknanya... http://malaysiakini.com/news/189405

Read More...

16 February 2012

Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama

Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan.

Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama".


"Kami juga mengakui penggunaan istilah ‘wanita pertama’ mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya.

“Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket.

Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin.

Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka.


Read More...

20 September 2011

Kehebatan Suara Wanita Pertama Negara






Read More...

14 March 2011

Bodek.. Bodek Lagi Nazri..

Wanita pertama rujuk isteri PM, kata Nazri

Panggilan Wanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri Perdana Menteri, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa.

"Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu.


Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketau Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri. Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun," katanya.

Justeru, tidak perlu timbul sebarang kekeliruan dari segi penggunaan gelaran tersebut, katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bertanya mengenai takrifan Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.

Mengenai peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan Wanita Pertama pada 2011, Mohamed Nazri berkata tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri.

Menjawab soalan tambahan Johari, Mohamed Nazri turut menegaskan bahawa tidak wujud unit khas untuk Wanita Pertama di Jabatan Perdana Menteri.

Katanya penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercanggah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama.

--Bernama

Read More...

09 March 2011

Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.

“Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010

"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”


Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.

Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri.

"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.

Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.

"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri.

- mkini

Read More...

21 January 2011

Rosmah - Lawatan Saya Amat Berfaedah Kepada Semua Rakyat Malaysia

MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita negara terbabit.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman, kelmarin, Rosmah berkata beliau membuat lawatan apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama pada majlis tertentu.

“Biarlah apa mereka nak kata, lawatan ini sangat berfaedah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau faham politik,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.


"Saya berada di sini bukan mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan beliau dan anggota rombongannya diterima baik pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said.

Dalam lawatan itu, Rosmah diiringi beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: “Biarkan saja jika mereka merungut. Saya hanya lakukan tugasan sebagai isteri pemimpin.”

“Ia tanggungjawab saya membantu setakat termampu, terutama berhubung usaha memperkasakan wanita dan isu kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas