BlogList Malaysia

21 January 2011

Rosmah - Lawatan Saya Amat Berfaedah Kepada Semua Rakyat Malaysia

MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita negara terbabit.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman, kelmarin, Rosmah berkata beliau membuat lawatan apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama pada majlis tertentu.

“Biarlah apa mereka nak kata, lawatan ini sangat berfaedah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau faham politik,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.


"Saya berada di sini bukan mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan beliau dan anggota rombongannya diterima baik pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said.

Dalam lawatan itu, Rosmah diiringi beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: “Biarkan saja jika mereka merungut. Saya hanya lakukan tugasan sebagai isteri pemimpin.”

“Ia tanggungjawab saya membantu setakat termampu, terutama berhubung usaha memperkasakan wanita dan isu kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas