BlogList Malaysia

30 July 2018

Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan



KUALA LUMPUR 30 Julai - Selepas mengguris perasaan orang Melayu dengan ucapan yang mengandungi sentimen perkauman tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia, hari ini, Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran memohon maaf di atas ketelanjurannya yang menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang.

Bagaimanapun, permohonan maaf Kula Segaran itu tidak mencukupi untuk meredakan perasaan marah dan tidak puas hati netizen. Bahkan netizen mendesak Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat itu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Sumber Manusia di kementerian berkenaan.

Dalam satu kenyataan permohonan maafnya, Kula Segaran menjelaskan, permohonan itu (maaf) dibuat bagi mengelakkan ucapannya di Nilai, Negeri Sembilan pada minggu lepas, daripada berlarutan dan menjadi semakin teruk selain daripada mengatakan, ucapannya itu adalah atau salah faham.

Antara catatan komen netizen berhubung kenyataan Kula, Melayu pendatang, beliau disifatkan sebagai seorang yang buta sejarah selain daripada diragui kredibilitinya sebagai seorang menteri.

Rata-rata, komen dan reaksi yang diterima daripada netizen terhadap Kula ialah peringatan agar beliau tidak menjadi seperti “Kaduk naik junjung”.

Memetik komen netizen di laman sosial Facebook, Diandra Den, “letak jawatan. Tidak layak menjadi menteri supaya dijadikan pengajaran kepada pemimpin lain. Entah selepas ini, siapa pula yang mainkan isu kaum, senang-senang, minta maaf.”

Seorang lagi pemegang akaun Facebook, Shah Shakespear meletakkan tanda pagar #letakjawatan.

Begitu juga pemegang akuan Facebook, Rahmat Md Nor dengan komen, NO maaf-maaf. Anda tidak layak jadi menteri. Sila letak jawatan.

Alinah Anilas, juga netizen yang memberi catatan komen, mahukan Kula letak jawatan sebagai menteri kerana permohonan maaf, lain kali, dikhuatiri berulang.

Minggu lepas, ucapan Kula Segaran di dalam bahasa Tamil pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan menjadi tular di media sosial Youtube.

Kula Segaran dalam ucapannya itu mendakwa, Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu berdasarkan semua bukti yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah di mana banyak kuil ditemukan di sana.

“Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, kesemua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.

“Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang. Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita,” dakwa Kula Segaran menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam Youtube. - UTUSAN ONLINE

Read More...

Melayu Pendatang : Akhirnya Dap Rasis Ini Mohon Maaf



Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran akhirnya memohon maaf susulan kontroversi dakwaan beliau menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang.

Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya disalah tafsir, yang mencadangkan beliau menggunakan perkataan itu.

“Saya sepenuhnya mohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik ucapan ofensif dalam ucapan spontan itu,” kata menteri sumber manusia itu.

Kulasegaran semalam menafikan laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kula Segaran dakwa Melayu bangsa pendatang"

Menyifatkannya sebagai fitnah dan pembohongan, Kula berkata tidak pernah berkata begitu dan kenyataannya diputar belit tanpa konteks.

"Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Agama Hindu dibawa oleh Orang India...(Ia) agama awal yang dianuti penduduk tempatan (ketika itu).

"Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Jadi tidak adil jika kaum India digelar pendatang, berdasarkan faktor sejarah ini,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Kulasegaran juga berkata beliau tidak pernah menjadi sosok kontrroversi dalam isu kaum dan agama dan berikrar mempertahankan perlembagaan.

Beliau juga berkata sesuatu perkataan boleh berubah-ubah maksud jika diterjemah ke bahasa lain.

Beliau bercakap dalam bahasa Tamil dalam ucapan kontroverinya di Nilai minggu lalu.

Kulasegaran juga menjelaskan beliau meminta maaf bagi mengelakkan kontroversi sekitar dirinya itu makin parah.


Read More...

29 July 2018

Ops Judi Haram : Ketua Polis Daerah Gombak Ditukar 24 jam



KUALA LUMPUR 28 Julai - Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad hari ini diarah bertukar serta merta ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan sebagai Komandan.

Difahamkan, arahan pertukaran itu dipercayai ada kaitan dengan operasi membanteras judi haram di 10 premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Jalan Bandar Rawang 3, Bandar Baru Rawang dekat sini malam tadi.

Operasi yang diketuai sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun itu turut me­lakukan rampasan peralatan perjudian bernilai jutaan ringgit selain menahan 113 individu dewasa yang terdiri daripada penjaga premis dan pelanggan serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Turut bersama dalam operasi tersebut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Dalam pada itu, tempat Ali akan diisi Komandan Pulapol Air Hitam, Asisten Komisioner Samsor Maarof.

Mohamad Fuzi gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan me­ngenai pertukaran tersebut .


Read More...

Kurang Ajar : 9 Myanmar Belasah Polis Parah



POLIS menahan sembilan lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bekas anggota polis cedera parah dipukul sekumpulan suspek dalam kejadian di Surau Bagan Lebai Tahir, Butterworth, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sembilan lelaki dari etnik Rohingya berusia 25 hingga 50 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar Butterworth bermula jam 12.15 tengah malam hingga 2 pagi semalam.

“Berdasarkan siasatan sebelum kejadian pukul itu berlaku, ketua kampung Bagan Ajam mengadakan perbincangan dengan empat lelaki Myanmar pada 8 malam bagi menyelesaikan perselisihan faham antara dua kumpulan secara aman di surau berkenaan dan selepas selesai perbincangan, ketua kampung terus beredar.

“Namun dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki Myanmar memaklumkan berlaku pergaduhan di situ dan terus ke surau serta mendapati seorang lelaki dikejar dan dikepung sekumpulan warga Myanmar sebelum dipukul,” katanya.

Beliau berkata, ketua kampung itu meleraikan pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera parah dipukul itu mendakwa dia sebagai polis.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati mangsa adalah bekas anggota polis yang digantung kerja pada 2013.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipukul disebabkan berjumpa dengan beberapa lelaki Myanmar di situ dan memberi amaran serta menegur beberapa lelaki Myanmar agar tidak menganggu seorang wanita yang juga adik iparnya, malah mereka sering meminta wang daripada wanita itu.

“Disebabkan teguran itu, beberapa lelaki Myanmar berkenaan tidak berpuas hati sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan yang disaksikan isteri serta adik ipar mangsa,” katanya.

Noorzainy berkata, lelaki itu mendakwa dia dipukul dengan kayu, topi keledar dan kerusi sehingga parah iaitu luka pada bahagian kepala, lebam di tangan serta badan dan patah empat batang gigi.

Beliau berkata, dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan tidak nampak siapa yang memukulnya kerana semasa kejadian kawasan itu agak gelap namun percaya dia dipukul sekumpulan lelaki Myanmar yang ditegurnya berdasarkan cara percakapan mereka.

“Sembilan lelaki yang ditahan itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 326 dan 147 Kanun Keseksaan,” katanya.


Read More...

27 July 2018

DAP Bodoh Cuba Bangkitkan Kemarahan Melayu

DAP bidas Maszlee tak beri SMPC peruntukan



KUALA LUMPUR - DAP membidas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Dewan Rakyat yang menyatakan sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian

Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

"Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukannya bergantung semata-mata kepada jawapan standard ala BN.

"Walaupun SMPC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sekolah itu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dan ia harus diiktiraf," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di Dewan Rakyat, menyatakan Kementerian Pendidikan tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional.

Turut sependapat dengan Kah Woh adalah Adun Bercham, Ong Boon Piow yang mengkritik Maszlee kerana lebih mendengar desakan ibu bapa tertentu untuk menukar warna kasut sekolah berbanding menjaga kebajikan sekolah Cina.

"Ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.

"Menteri pendidikan dari Harapan tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati rakan PH. (Langkah ini) mesti dikritik dalam PH," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar menilai semula kesesuaian Maszlee untuk terus memegang jawatan berkenaan.

** PRU15 bersedialah PH untuk kalah semula kepada Umno BN gara-gara kebodohan dan kerakusan pemimpin cina dalam DAP yang telah jelas kelihatan kini niat busuk dan tersembunyi mereka cuba membolot hak kaum lain dan tamak apabila berkuasa.


Read More...

26 July 2018

Jabatan Pendaftaran tidak terima permohonan tukar jantina Nur Sajat



KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dibuat usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman, untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan miliknya.

Semakan JPN mendapati tiada permohonan dibuat Sajat seperti yang didakwa dilakukan usahawan berkenaan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, Jumaat lalu.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada kad pengenalan, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

"Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

"Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

"Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohammad Razin berkata, bagaimanapun pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.

"Sebelum ini, kami pernah menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.

"Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen," katanya.

Terdahulu Sajat dilaporkan enggan menjawab isu mendakwa dirinya ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan.

Sajat ketika dihubungi NSTP memaklumkan dia enggan menjawab sebarang soalan berkaitan hal terbabit.

Katanya, diam tidak bermakna dia melakukan perkara itu dan mengambil pendekatan berdiam diri dan menunggu saja.

Menurut Sajat, dia enggan mengambil pusing mengenai dakwaan terbabit kerana ada masalah yang lebih besar terpaksa ditanggungnya serta memohon diberikan privasi.


Read More...

23 July 2018

PRK Sg. Kandis: Ahli PAS Perlu Sahut Seruan Sokong Dan Undi BN

'Ahli PAS perlu sahut seruan ABAH dari Nasrudin'



Ahli PAS khususnya yang berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan parti iaitu menolak calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil (PRK) itu, 4 Ogos ini.

Anggota perhubungan PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani berkata arahan tersebut perlu dipatuhi sepertimana dalam kenyataan yang dikeluarkan ketua penerangannya, Nasruddin Hassan yang turut disertai slogan 'Asal Bukan Pakatan Harapan - ABAH'.

“Kita mengarahkan ahli PAS keluar mengundi, tetapi kita sebut kena dengar dan ikut arahan parti dan pimpinan.

“Setakat ini arahan parti adalah menolak HARAPAN seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan di antara kenyataan dua pemimpin PAS, anggota PAS perlu mengikuti kenyataan siapa.

'Tak mahu pecah undi, tewaskan HARAPAN'

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan melalui kenyataan di Facebooknya berkata ketiadaan calon PAS adalah kerana parti itu tidak mahu memecahkan undi bagi memudahkan pihak lain yang bertanding menewaskan calon HARAPAN.

Malah, dalam kenyataannya, Nasrudin itu turut disertai slogan 'Asal Bukan Pakatan Harapan - ABAH'.

Bagaimanapun, ia tampak berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menggesa anggota parti itu membuat pilihan berdasarkan pertimbangan wajar demi kepentingan Islam-Melayu dalam mengundi antara calon PKR dan Umno yang bertanding dalam PRK kali ini.

Mengulas lanjut soalan jika anggota PAS perlu memilih Umno-BN, memandangkan kecenderungan parti itu untuk diwakili rakyat Melayu-Islam, Dusuki berkata beliau yakin pilihan itu ada.

“Tak semestinya, pengundi ada pilihan. Ahli PAS boleh berkecuali, banyak lagi pilihan yang kita ada,” katanya.

Jemaah akan tentukan

Bagaimanapun, semasa diminta mengulas lanjut Dusuki secara berkias berkata pengundi akan membuat pilihan dengan akur arahan parti.

“Jemaah yang akan menentukan dan dia dah ada dalam arahan jemaah, jadi kita minta ahli mengikut arahan jemaah,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada pilihan raya umum ke-14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada Umno, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).



Read More...

22 July 2018

Atuk Power...



IPOH: Usia yang sudah menjangkau 80-an tidak menjadi penghalang kepada Hussain Abdul Rahman, 84, untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hatinya, Kamsiah Adam, 66.

Kedua-dua mempelai yang juga pelajar Pusat Pendidikan Al Barakah di sini itu selamat dinikahkan di surau di pusat berkenaan hari ini.

Hussain ketika ditemubual berkata, dia baharu sahaja mengikuti pengajian di pusat pendidikan itu tiga bulan lalu dan bertuah dapat dipertemukan pasangan hidupnya itu.

"Saya berterima kasih dengan cadangan yang dimulakan oleh Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim yang melihat saya keseorangan, jadi dia mencarikan jodoh.

"Perkahwinan ini kerana mahu menambah ibadah dan diharap dengan doa semua, kami akan lebih aman dan tenang untuk beribadah di sini (Pusat Pendidikan Al Barakah)," katanya yang sah menjadi suami Kamsiah dengan hanya sekali lafaz.

Hussain yang berasal daripada Pontian, Johor berkata, perkahwinan itu adalah kali ketiga dan kini mempunyai tujuh orang anak, 17 cucu dan seorang cicit.

Katanya, dia pernah belajar di Makkah selama lapan tahun dan menjadi Penyelia Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor serta berpengalaman menjadi imam di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama 12 tahun.

"Mudah-mudahan saya dipanjangkan umur, dapat mencari ketenangan dalam beribadah dan dapat mengikuti lebih banyak ilmu pengajian berkaitan agama yang ada di sini," katanya.

Pasangannya, Kamsiah pula berkata, tempoh perkenalannya tidak lama dan menerima pasangannya itu kerana Allah kerana melihat Hussain mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Saya pernah belajar berkenaan Fisioterapi di Australia, saya jadi tergerak hati untuk menerima apabila melihat keadaan dia yang sakit lutut, saya berniat mahu menjaganya," katanya yang mempunyai tiga anak dan empat cucu.

Berasal daripada Taiping, dekat sini, Kamsiah sebelum ini menetap di Kuala Lumpur namun kini sudah menjadi penghuni Pusat Pendidikan Al Barakah sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ustaz Kazim berkata, perkahwinan itu adalah yang keenam membabitkan pelajar dan penghuni di institusi berkenaan.

"Alhamdulillah hari ini kita dapat satukan mereka berdua, saya bersyukur Al Barakah bukan setakat tempat pengajian tetapi juga tempat menjalinkan hubungan silaturahim.

"Perkahwinan ini mencatat rekod di sini, kerana Hussain adalah pelajar yang paling 'senior' di Al Barakah," katanya



Read More...

Gilakan isteri orang, lelaki parah dibelasah


Seorang lelaki berusia 35 tahun parah dibelasah 15 lelaki akibat gilakan isteri orang dalam satu kejadian di Kampung Kuala Bekah, Telok Ayer Tawar. - Foto ihsan PDRM


BUTTERWORTH: Akibat gilakan isteri orang, seorang lelaki berusia 35 tahun parah dibelasah 15 lelaki di Kampung Kuala Bekah, Telok Ayer Tawar di sini, jam 9 pagi semalam.

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah tujuh tahun mengenali wanita berusia 31 tahun itu yang sudah berkahwin dan sering mengganggunya walaupun tidak dilayan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pada hari kejadian semalam, lelaki berkenaan datang ke rumah wanita berkenaan di Jalan Padang Benggali Telok Ayer Tawar sebelum memanggilnya keluar rumah.

Beliau berkata, wanita berkenaan enggan keluar sebelum lelaki itu masuk dan menariknya keluar rumah.

"Wanita berkenaan menolak permintaan lelaki itu namun lelaki itu berkeras malah memegang satu objek dan menunjukkan ke arahnya.

"Susulan itu, wanita berkenaan menjerit dan menarik perhatian ahli Rukun Tetangga berdekatan menyebabkan mangsa melarikan diri ke sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, rumah lelaki berkenaan kemudian dikepung sekumpulan lelaki sebelum dia menghubungi kakaknya dan memaklumkan perkara itu.

"Sebaik kakaknya tiba di lokasi kejadian, orang ramai sudah berada di luar dan ketika masuk ke rumah, dia mendapati keadaan berselerak dan adiknya duduk sambil memegang kepala yang sakit kerana terkena objek keras.

"Sejurus itu, kakak lelaki berkenaan cuba meleraikan keadaan tetapi gagal sebelum seramai 10 hingga 15 orang menyerbu masuk ke rumah dan memukul adiknya itu," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa dia ditumbuk, diterajang dan dipukul dengan topi keledar oleh wanita itu sendiri termasuk suaminya, bapa kandung dan adik lelakinya.

Noorzainy berkata, berdasarkan keterangan daripada anggota polis di lokasi kejadian, lelaki berkenaan ketika kejadian memegang pisau dan enggan menyelesaikan isu itu ketika didatangi keluarga wanita berkenaan.

Katanya, lelaki itu luka di kepala, lebam di kedua-dua tangan, bahagian belakang dan pinggang serta dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Kepala Batas.

"Susulan kejadian, wanita berkenaan, bapa, suami dan adik lelakinya berusia 29 hingga 59 tahun ditahan polis jam 2.05 pagi hari ini untuk tujuan siasatan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.


Read More...

21 July 2018

PRK Sg. Kandis : Pas Umno Macam Adik Beradik



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Pas yang tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis.

Menurutnya, tidak mustahil Pas memberi laluan mudah kepada BN kerana hubungan mereka seakan adik-beradik.

“Memang dia adik-beradik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, hari ini.

Jumaat lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir mengesahkan Pas tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Dun Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat sejurus Umno membuat keputusan untuk meletakkan calon pada PRK itu.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan Bebas.

Pengesahan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Dun N49 Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, sebentar tadi.


Read More...

Mufti Bela Tun M : Tak Dosa Kalau Tak Tunai Janji



SHAH ALAM - Kegagalan kerajaan melaksanakan janji bukanlah satu dosa sekiranya mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk merealisasikannya.

Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria berkata, jika tidak berusaha dan hanya berjanji, barulah itu dikira berdosa.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengatakan kerajaan sedia menanggung dosa sekiranya gagal melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto PH pada PRU14 adalah kenyataan yang bersifat pengakuan bahawa beliau akan melaksanakan janjinya.

“Ini adalah satu kenyataan yang membuat pengakuan bahawa beliau (Dr Mahathir) akan melaksanakan janjinya, kalau beliau tidak melaksanakannya akan menanggung dosa.

“Dr Mahathir benar-benar mahu melaksanakan janjinya tetapi sekiranya tidak berjaya ia bukanlah satu dosa,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, perlu dilihat dalam konteks usaha untuk merealisasikan janji yang dilafazkan.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, harus diingat bahawa manusia hanya berusaha tetapi yang menentukan berjaya atau tidak itu bukan di tangan mereka.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, dalam Islam apabila berjanji harus tunaikan, tetapi sekiranya tidak mampu menunaikan janji apa boleh buat kerana ia di luar kemampuan batas manusia.

Katanya, dalam Islam dijelaskan juga apa yang berada di luar kemampuan seseorang manusia itu tidak dikira sebagai dosa.

“Kita sudah usahakan yang terbaik, memanglah asalnya janji mesti ditepati sedaya upaya tetapi setelah dicuba untuk menunaikan janji dan didapati tidak semua janji dapat ditunaikan dengan sebab yang tidak dijangka.

“ALLAH tahu bahawa manusia ada kelemahan dan pasti ada sebab kenapa manusia itu tidak mampu menunaikan janji itu,” katanya.

Menurutnya, serahkan pada ALLAH dan semoga Dia mengampunkan dosa di samping memberi jalan kepada kita supaya dapat usahakan lagi untuk menunaikan janji tersebut.

Beliau berkata, apa yang diharapkan setelah berusaha, ALLAH tidak akan mengatakan kita ini bersalah.

“Walaupun kita janji pada asalnya, tetapi kerana kita tidak jangka janji itu tidak dapat dilaksanakan dan mungkin ketika itu tidak nampak lagi masalah yang menghalang untuk menunaikan janji.

“Tiba-tiba ada benda yang menghalang. Minta ampun dengan ALLAH dan rakyat pun takkan tidak memahami apa yang telah diusahakan kerajaan untuk melaksanakan janji itu,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir dalam kenyataannya berkata, kerajaan bersedia menanggung dosa sekira gagal melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto PH pada PRU14 lalu.

Katanya, kerajaan sedar bahawa ada banyak rintangan yang menyukarkan usaha untuk melaksanakan janji itu.

Menurutnya, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas, dua daripada 10 janji tersebut telah dilaksanakan, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksanakan.


Read More...

20 July 2018

[VIDEO] ADUN Balakong Maut Kemalangan





KUALA LUMPUR 20 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee, 40, maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 11.7, Lebuh Raya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, Tien Chee yang memandu bersendirian kenderaan Nissan X-trail maut di tempat kejadian.

Difahamkan, lori yang terlibat dalam kemalangan itu milik syarikat Grand Saga.

Turut terlibat dalam kejadian ialah kereta Perodua Myvi yang melanggar belakang kereta mangsa kerana tidak sempat mengelak.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.- UTUSAN ONLINE


Read More...

19 July 2018

Najib nafi arah tulis surat minta bantuan pada CIA



Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menulis surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS) bagi memohon sokongan negara itu, menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Bekas perdana menteri juga berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan surat itu dan apa yang dilaporkan berkaitan surat-menyurat yang mencadangkan bertujuan mendapatkan sokongan AS selepas, bukan sebelum pilihan raya.

“Saya terkejut,” katanya kepada Malaysiakini petang ini.

“Saya tidak tahu pun kewujudannya.

"Bukan semua surat kena lalu saya,” katanya.

Baca: JPM minta AS sokong Najib jika BN menang tipis

Najib berkata, agensi kerajaan, termasuk yang berkaitan dengan hal ehwal risikan, mempunyai kuasa autonomi untuk menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan pertimbangan sendiri.

“Sementara saya tidak ada peluang untuk lihat surat itu, apa yang dilaporkan media mencadangkan surat bagi mendapatkan sokongan berterusan AS untuk kerajaan Malaysia jika BN menang dalam pilihan raya bagi tujuan kestabilan selepas pilihan raya.

“Apa yang dilaporkan surat itu tidak dilihat mendapatkan bantuan AS untuk menang pilihan raya – tetapi selepas pilihan raya,” katanya.

Najib berkata surat itu mungkin dihantar dengan niat memelihara kestabilan kerajaan selepas kerajaan jika terdapat kemenangan tipis.

“Mungkin media dapat mendedahkan keseluruhan surat itu supaya orang ramai, termasuk saya, lebih faham,” tambahnya.

Setelah melihat tiga halaman surat bertarikh 4 Mei kepada pengarah CIA ketika itu Gina Haspel, Malaysiakini sebentar tadi melaporkan surat itu meminta dukungan AS terhadap pentadbiran Najib jika BN menang mudah atau hanya menang satu kerusi.

Surat itu menggambarkan Najib sebagai pemimpin progresif dan mesra AS sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu memimpin barisan pembangkang, sebagai “anti-Barat”.

Seorang jurucakap pentadbiran Mahathir mengesahkan kesahihan surat itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Najib menyuarakan rasa kecewa dengan tuduhan Najib khianat pada negara dengan kewujudan surat itu.

“Sedangkan ia dilihat seperti dihantar dengan hasrat baik supaya negara ini tidak jatuh ke kancah sengketa awam atau demonstrasi besar selepas PRU14 jika kerajaan tergantung atau kemenangan tipis berlaku,” katanya.


Read More...

18 July 2018

'Hello! Buka la biji mata tu sikit!' - Chef Wan pertikai anak Najib tonton final WC2018



Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail hari ini mempertikaikan tindakan anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang pergi ke Russia untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Chef Wan mempertikaikan, bagaimana Datuk Nazifuddin Najib boleh pergi menonton perlawanan akhir itu, sedangkan keluarganya sebelum ini mendakwa tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar wang ikat jamin Najib yang berjumlah RM1 juta.

'Kesempitan' itu juga mendorong para penyokong Najib dan ahli UMNO mengambil inisiatif untuk melancarkan tabung kutipan derma untuk Najib.


Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi, look who is at the World Cup? Ditaja ke it's not our business. Tapi bapak tu berlakon macam satu family dia disusahkan oleh kerajaan pula, kan. Penyokong boleh pula raised fund to help him. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu our ex prime minister.

Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambahkan lagi (jumlah tabung)? Mereka lupa ke, with tons of jewelleries yang tak terpakai boleh pula nak tambah lagi dari Lebanon? The same family juga yang suruh kita cekik (makan) kangkong, beli tiga macam kuih dan beli dua baju raya ke nak kena berjimat konon when they enjoyed such luxurious life.

HELLO! BUKA LA BIJI MATA TU SIKIT!

Negara banyak menanggung hutang, sepatutnya kita menderma mengurangkan beban negara and at the same time juga membantu mereka yang susah secara tidak langsung. Ini tak, orang yang berbakul-bakul simpan barang kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik itu pula yang kita nak selamatkan. Masuk akal ke semua perbuatan yang 'mulia' ini?

Sudahlah itu boleh lagi marah kepada rakyat yang tidak setia kepada UMNO dan belot etc. Sejak bila kita janji pemerintah ini semua yang mereka ini bila berkuasa sign mati perintah negara ini pula?

Hak memilih selalu jatuh pada rakyat itu sendiri di dalam negara yang berdemokrasi pun. Naturally not all of us termakan budi sampaikan politicians abused their position, we still need to close one eye and lived in denial.

Let's not forget setiap politician's that is in service in this country pun have their own perks and luxury in life. Bukanlah mereka ini berkorban untuk kita dan hidup mereka ini merempat pun. Eee, janganlah bangkitkan isu konon just because hari ini kita tak menyokong mereka-mereka ini membuta tuli, unlike some tiba-tiba kita diabel manusia yang kenang jasa la pulak!

So what does that mean? They are untouchable?

In the next election even in the Pakatan pun jika ada Menteri yang tak boleh perform, then they too have to step down! I don't care which party represent this country pun, as long we have good and honest leader's to lead us regardless of apa bangsa pun!


We are all Malaysian and have our constitutional right's. Today we have formed our new Malaysia. Alhamdulillah.


Pada 5 Julai lalu, Nazifuddin memuat naik luhan hatinya mengenai dugaan yang bakal dihadapi oleh bapanya selepas Kerajaan Pusat ditawan oleh Pakatan Harapan (PH).

Nazifuddin yang merupakan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini juga dilanda kontroversi selepas gambarnya bertemu dengan pelakon Taiwan, Celia Zhang, viral di media sosial.

Semalam, Nazifuddin menulis dalam kapsyen gambar di akaun media sosialnya menyatakan bahawa dia akan berangkat ke Jakarta selepas ini untuk menghadiri Sukan Asia 2018. Kapsyen tersebut juga disertakan dengan hashtag #iworkinsports, dipercayai sebagai respon terhadap pihak yang mempertikaikan tindakannya menonton perlawanan akhir Piala Dunia.

"Gambar saya di UK. Mungkin ini boleh jadi bahan berita untuk esok. Seterusnya saya perlu berada di Jakarta untuk Sukan Asia. #iworkinsports," tulisnya.



Read More...

17 July 2018

Kelibat Lelaki Misteri Di Dewan Negara Cetus Tanda Tanya



Jika semalam, Dewan Parlimen digamatkan dengan tindakan blok pembangkang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat protes dan keluar beramai-ramai daripada Dewan Rakyat ketika proses angkat sumpah ahli parlimen, hari ini persidangan Dewan Negara juga turut menyajikan kisah yang tersendiri, tetapi lebih misteri.


Ia bermula apabila daripada beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di laman rasmi Twitter miliknya. Hasil dua daripada tiga keping gambar yang dikongsi beliau pantas menarik perharian netizen yang tertanya-tanya dengan sosok lelaki misteri yang terakam di dalam gambar yang sama.

Imej lelaki misteri tersebut dilihat berada di belakang salah seorang lelaki. Namun berdasarkan gambar tersebut, kami mendapati hanya bahagian kepala lelaki misteri tersebut sahaja yang kelihatan.


Tweet itu pada asalnya dimuat naik oleh beliau sebagai ucapan tahniah kepada semua senator-senator lantikan baru yang mengangkat sumpah di Dewan Negara.

”Tahniah kepada semua senator-senator lantikan baharu yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara hari ini. Selamat menjalankan tugas untuk rakyat dan negara!,” katanya.

Namun yang nyata, netizen lebih memberi tumpuan terhadap imej lelaki misteri tersebut berbanding menyambut keterujaan yang hendak dikongsikan oleh KSU tersebut.

”Siapa belakang tu Tan Sri,” soal seorang netizen.

Namun ada juga beberapa orang netizen tampil dengan beberapa jawapan antaranya menyatakan bahawa lelaki misteri tersebut mungkin tetamu senator dalam majlis tersebut.

”Itu tetamu senator,” kata seorang netizen yang lain.

Read More...

16 July 2018

Seronok Anak Najib Razak Layan Final World Cup Di Rusia




Piala Dunia 2018 berlangsung meriah malam semalam dengan pasukan Perancis pulang dengan gelaran juara setelah menewaskan Croatia 4-2. Jika sebelum ini netizen tertarik dengan kehadiran warganegara Malaysia lengkap berbaju Melayu dan gadis cantik ke stadium menyaksikan perlawanan, salah seorang penonton perlawanan final turut tidak ketinggalan.

Anak bekas perdana menteri, Nazif Najib dilihat hadir ke stadium sekaligus menarik perhatian netizen. Sebelum ini beberapa keping foto lelaki miripnya bersama dengan selebriti Taiwan viral di media sosial, kali ini Nazif dilihat berseorangan tanpa teman.



Takziah kepada makcik Wanita UMNO yang gadai barang kemas



Ahli UMNO sebelum ini membuat kutipan Tabung Bebas Najib sebagai tanda sokongan kepada mantan perdana menteri itu bagi membiayai wang ikat jamin dikenakan kepadanya. Malahan, Ketua Wanita Umno Jasin Datuk Zaleha Bujang turut mendermakan seutas barang kemas bagi membantu Najib membayar yuran guamannya.

Kehadiran Nazif ke sana menimbulkan persoalan kepada netizen yang meragui kemampuan keluarga Najib untuk berbelanja namun tidak mampu membayar sendiri wang ikat jamin sehingga perlu mewujudkan tabung.

Tak ada duit untuk rawatan anak tapi…


Malahan, keadaan kesihatan kakak Nazif, Puteri Norlisa yang menderita kanser darah tahap empat turut dikaitkan. Puteri Norlisa kini berada dalam keadaan tertekan ekoran pembekuan akaun miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Utusan Online, wanita itu mengalami kesukaran membayar bila hospital bagi melakukan rawatan kimoterapi untuk rawatannya.

Anak relaks je pergi Taiwan, Russia




Sementara itu Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal membalas dakwaan komen berkenaan dengan mengatakan tabung diwujudkan ahli UMNO bukan bermakna Najib tidak mampu membayar sendiri kos guamannya namun derma itu disumbangkan sebagai tanda taat setia mereka.

Sumber: Duke Of KL


Read More...

Zakir Naik pun setuju debat dengan Ramasamy



Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dikatakan telah bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya melalui ciapan di Twitternya memaklumkan perkara itu dinyatakan sendiri oleh Dr Zakir Naik kepadanya.

Namun, Dr Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.

“Dr Zakir Naik beritahu saya beliau setuju berdebat dengan YB Ramasamy Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

“Dengan syarat, mendapat izin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, debat terbuka di tempat awam seperti stadium, disiarkan secara langsung di TV dan setiap seorang diberikan masa sejam untuk berhujah serta 30 minit untuk soalan,” tulisnya.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Dr Zakir dan Ramasamy berdebat secara terbuka bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar.

Ini susulan cadangan Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.

Semalam, Ramasamy dilaporkan juga meletakkan syarat untuknya berdebat dengan Dr Zakir seperti yang dicadangkan Dr Maza namun pendakwah dari India itu perlu pulang ke negaranya terlebih dahulu bagi menghadapi dakwaan dan membersihkan namanya.

Dr Maza juga mendesak Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) malah beliau turut berkongsi gambar Adun Perai itu yang seolah-olah memberi penghormatan kepada senapang Kalashnikov atau AK-47.

Namun beliau menafikan menyokong keganasan sebaliknya berkata gambar itu diambil pada 2015 dalam satu majlis anjuran sebuah NGO bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam konflik etnik Sri Lanka.

Read More...

15 July 2018

Dua Bekas EXCO Perlis Sertai PPBM



BEKAS EXCO Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (dua kanan) bersalaman dengan Pengerusi PPBM Perlis, Amier Hassan selepas menyerahkan borang keahlian PPBM.- Foto Dziyaul Afnan Abdul Rahman


ARAU: Dua bekas EXCO Perlis antara lebih 900 ahli UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Arau sejak bulan lalu.

Bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu adalah Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh dan bekas ADUN Guar Sanji, Jafperi Othman.

Pengerusi PPBM Perlis, Amier Hassan, berkata keahlian Syed Razlan diterima pada hari ini selepas bekas ahli Parlimen Arau itu mengemukakan permohonan tiga minggu lalu.

"Pengalaman beliau khususnya dalam bidang pertanian diharapkan dapat membantu melonjakkan ekonomi dalam bidang berkenaan di negeri ini.

"Beliau memasuki PPBM bukan untuk mencari kedudukan tetapi membantu parti. Sebelum ini saya menawarkannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian tetapi beliau tolak kerana ingin menumpukan kepada pertanian," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra PPBM di kediamannya di sini, hari ini.

Pada majlis itu juga Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan turut diumum sebagai Setiausaha PPBM Perlis.

Amier yang juga Ketua PPBM Bahagian Arau, berkata permohonan Jafperi untuk menjadi ahli PPBM Arau sebelum ini pernah ditolak dan diterima semula pada bulan lalu.

"Selepas mendengar nasihat Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), mereka (bekas ahli UMNO) perlu diberi sedikit masa untuk perubahan. Kita bagi masa kepada mereka untuk jadi lebih baik," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hasrat ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang mahu menyertai PPBM tetapi ditolak, Amier berkata, pintu untuk adik kepada bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim itu masih terbuka.

"Jika saya tolak tidak bermakna beliau tidak mempunyai tempat di PPBM. Beliau berhak merayu kepada PPBM Pusat.

"Pusat menentukan bukan saya. Saya hanya meletakkan satu garis panduan untuk tidak menerima tetapi ada pengecualian... pengecualian itu biarkan pimpinan pusat yang tentukan," katanya.


Read More...

Debat bersama Zakir Naik, Ramasamy sudah goyang..



Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy meletakkan syarat untuknya berdebat dengan pendakwah Dr Zakir Naik seperti yang dicadangkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Saya warga Malaysia, saya tak takut berdebat. Tetapi Zakir perlu terlebih dulu pulang ke India, hadapi dakwaan dan bersihkan namanya.

"Mahkamah India sangat terbuka. Bersihkan nama anda (Zakir), kembali dan saya akan berdebat dengan anda," katanya ketika ditemui di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Katanya lagi, beliau sebelum ini bersedia untuk berdebat dengan penceramah warga India itu tetapi "ia tidak berlaku".

Ramasamy mengulas cadangan yang disuarakan Mohd Asri di Facebook semalam agar beliau dan Zakir berdebat dengan tajuk "Siapa pengganas sebenar?".

Dalam hantaran itu, Mohd Asri menyifatkan Ramasamy sebagai individu yang terkait dengan pertubuhan pengganas Tamil antarabangsa, merujuk kepada Harimau Pembebasan Tamil Eelam.

Dalam hantaran sebelumnya, Mohd Asri (gambar) berkongsi gambar Ramasamy yang seolah-olah memberi penghormatan senapang Kalashnikov atau AK-47.

Semalam, Ramasamy yang juga ADUN Perai menafikan menyokong keganasan sebaliknya berkata gambar itu diambil pada 2015 dalam satu majlis anjuran sebuah NGO bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam konflik etnik Sri Lanka.

'Cubaan alih isu'

Ditanya sama ada syarat yang diletakkan itu menandakan beliau takut untuk bersemuka dengan Zakir, Ramasamy berkata "mereka boleh kata apa yang mereka mahu".

Beliau berkata isu yang lebih utama pada masa ini bukanlah soal debat tetapi permintaan India untuk mengekstradisi Zakir bagi berdepan dakwaan jenayah di negara itu.

"Jangan cuba alih isu seperti apa yang Asri cuba buat," katanya lagi.

Ramasamy berkata beliau sama sekali tidak menuduh Zakir bersalah atas dakwaan kesalahan ke atasnya tetapi undang-undang perlu dikuatkuasakan.

"Saya tiada isu peribadi dengannya, tetapi ada dakwaan serius terhadapnya dan India telah memfailkan dakwaan terhadapnya...Mengapa dia melarikan diri?"

Zakir sebelum ini berkata dakwaan terhadapnya - melibatkan tuduhan pengubahan wang haram dan mencetuskan keganasan - bermotif politik dan beliau mungkin tidak dibicarakan dengan adil jika kembali ke India.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga berkata kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan untuk mengusir Zakir yang mempunyai status penduduk tetap di negara ini, selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Read More...

13 July 2018

Seorang Lagi Bekas Pegawai Najib Ditahan SPRM



Seorang bekas pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya.

Video di Twitter Malaysia Gazette memaparkan dia dengan pakaian lokap SPRM dibawa ke mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas pegawai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, direman empat hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan kes dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan mengenai penahanan individu berusia 44 tahun itu.

Menurut Simi, individu itu ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.

Sebelum ini, laporan media menyebut bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan kementerian pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.


Read More...

12 July 2018

Wartawan Makan Daging Babi..



Penganjur sebuah acara anugerah di Melaka semalam, yang dituduh menghidangkan sajian babi kepada wartawan, menjelaskan tidak bermaksud berbuat demikian.

Setiausaha Persatuan Perlindungan dan Pembangunan Pertanian Malaysia, Chai Siong Siow menjelaskan hidangan tidak halal disediakan di meja pemberita kerana mereka tidak maklum berkaitan kehadiran wartawan beragama Islam.

"Kita sudah hantar jemputan media kepada mereka tapi tidak mendapat maklum balas akan kehadiran mereka.

“Maklum balas hanya diterima daripada media Cina seperti Nanyang, China Press dan Shin Chew Daily.

"Jadi, kami hanya sediakan meja untuk merekalah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan wartawan kecewa dengan sikap penganjur dalam acara di Sekolah Pay Fong, Melaka yang didakwa menghidangkan menu babi tanpa memaklumkan perkara itu.

Chai bagaimanapun menjelaskan pihaknya turut menyediakan lima meja halal daripada keseluruhan 50 meja dalam acara itu.

Makanan halal dalam acara itu juga disediakan oleh jurusaji halal, katanya lagi.

Mengakui insiden itu sebagai kesilapan, beliau berkata wartawan berkaitan boleh berpindah meja ke bahagian makanan halal.

"Muslim datang sepatutnya duduk di depan yang terhidang, tak ada masalah,” katanya.

Chai bagaimanapun memohon maaf atas salah faham itu.

“Saya minta maaf,” katanya.


Read More...

11 July 2018

[VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat


Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF




KUALA LUMPUR 11 Julai - Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pesakit kanser tahap empat, Puteri Norlisa, 37, kini berada dalam keadaan tertekan ekoran pembekuan akaun miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adiknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, susulan daripada tindakan SPRM, kakaknya mengalami kesukaran membayar bila hospital bagi melakukan rawatan kimoterapi untuk merawat kanser darah.

Susulan itu, beliau berharap kerajaan yang ditunjangi Pakatan Harapan supaya lebih prihatin terhadap nasib kakaknya yang dikesan mengalami kanser sejak tiga bulan lalu itu.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser. Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

SPRM baru-baru ini membekukan akaun anak Najib iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa bagi melakukan siasatan terhadap penglibatan bekas Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sementara itu, Mohd. Nazifuddin memberitahu, sejak melakukan rawatan kimoterapi, kondisi Puteri Norlisa semakin baik dan menyebabkan tahap kanser yang dihadapinya menurun.

Katanya, anak perempuan tunggal Najib dan bekas isteri, Puteri Zainah Tengku Iskandar itu kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu bagi menjalani rawatan kimoterapi.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Read More...

Akhirnya Jamal Mengaku Salah



SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mengaku bersalah atas tuduhan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Pengakuan itu dibuat ketika sebutan kes kali ketiga di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin sebentar tadi.

Pihak berkuasa mengawal ketat perkarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada sebutan kes melibatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Jamal Yunos pagi ini.

Difahamkan seramai 14 pegawai dan 40 anggota polis ditempatkan bagi melancarkan prosiding kes di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Hanya petugas media yang mempunyai pass sahaja dibenarkan untuk memasuki galeri mahkamah.

Pada 25 Mei lalu, Jamal,48, didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan jam 10.15 pagi 5 Oktober 2017.

Buruan polis terhadap Jamal berakhir dengan bantuan pihak berkuasa Indonesia yang membuat tangkapan Jakarta Selatan pada 3 Julai lalu.

Read More...

10 July 2018

Berkawan Baik Dengan CIA, Nik Abduh Disiasat Polis

Sepupu Nik Abduh sedia jadi saksi kes audio 'kawan CIA'



Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Kelantan, Mohd Sabri Salleh bersedia menjadi saksi kepada siasatan kes rakaman audio didakwa suara Anggota Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mohd Sabri yang juga sepupu kepada Nik Abduh itu berkata, dia sudah dipanggil polis Kelantan semalam untuk menandatangani kesediaan sebagai saksi kes berkenaan.

"Saya dimaklumkan kes dipindahkan ke Bukit Aman kerana ia melibatkan kes berprofil tinggil, dan siasatan akan dimulakan," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Sabri hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh susulan satu laporan yang dibuatnya berhubung kes tersebut.

"Dipanggil polis susulan isu laporan polis saya berkaitan kes audio suara mirip Nik Abduh.

"Mengikut kenyataan pegawai polis di sini, kes ini dipindahkan ke Bukit Aman. Sebab ia kes berprofil tinggi. Siasatan akan dimulakan katanya," katanya dalam tulisan di Facebook.

Pada Februari lalu, klip audio tersebut tersebar di media sosial dan didakwa sebagai bukti Umno menyalurkan dana kepada PAS melalui pemimpin tertentu.

Rakaman selama kira-kira 80 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak demi menjatuhkan DAP.

Sementara itu, versi penuh audio tersebut - yang disebar kemudian - antara lain didakwa mendedahkan bagaimana beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno atau anggota parti tersebut.


Read More...

GERUN - OMBAK BESAR TELAN SABAH



BEAUFORT: Formasi awan luar biasa kelihatan seperti 'ombak besar' dan 'puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi tadi, menggemparkan penduduk.

Keadaan gumpalan awan berkenaan disedari antara jam 7 pagi dan 7.30 pagi iaitu ketika cuaca mendung sebelum disusuli hujan lebat.

Penduduk setempat, Jamal Djupri, 37, berkata beliau melihat awan berkenaan sewaktu berada di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort ketika mahu memulakan sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersama 25 pelajar sekitar jam 7.10 pagi.

"Fenomena ini bukanlah kali pertama dilihat kerana keadaan sama pernah berlaku pada tahun lalu dan 2016.

"Cuaca ketika itu mendung serta sedikit berangin. Bagaimanapun, selepas berlaku gumpalan ini kira-kira lima minit, hujan turun dengan lebat seperti tadi," katanya kepada BH.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Katanya, keadaan itu terbentuk di perairan dan persisiran pantai sekitar barat Sabah pada awal pagi akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

"Ia boleh berlaku akibat tiupan angin Barat Daya sewaktu ke daratan menjelang pagi.

"Kita menjangkakan cuaca mulai akan kembali normal menjelang petang," katanya sambil berkata fenomena ini memang berlaku di negeri ini sebelum ini.


Read More...

PANAS - TUKANG EMAS SAMAN ROSMAH RM60 JUTA



Seorang tukang emas borong dari Lubnan telah memfailkan saman RM59,831 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, Jun lalu berikutan 44 barangan kemas yang dihantar kepada Rosmah pada Februari tahun ini telah dirampas oleh polis pada Mei, lapor MalaysiaKini.

Dalam pernyataan tuntutan Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Beirut, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay, berkata, Rosmah merupakan pelanggan lama dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk kepada keluarga diraja.

Dakwa syarikat itu, seperti tahun-tahun sebelum ini, firmanya akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar oleh Rosmah sendiri ataupun oleh pihak ketiga. Barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Menurut syarikat itu lagi, Rosmah adakalanya akan meminjam barang kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai yang turut disertakan dengan memorandum penyerahan yang menerangkan terma dan syarat bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.

Menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Februari 2018, Global Royalty telah menghantar 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satunya bernilai antara RM498,852 ke RM3,721,737.50. Malah dalam surat bertulis yang bertarikh 22 Mei, Rosmah mengakui menerima barangan berkenaan.

"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan tersebut.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah kepada 44 unit barangan kemas yang dirampas polis dan memohon perintah mandatori agar barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif. Sekiranya tidak dapat dipulangkan, Rosmah perlu membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Difahamkan, kes tuntutan itu akan diadakan hari ini.

Mei lalu, polis menyerbu dan merampas pelbagai barangan mewah dan wang tunai dari dua unit kediaman yang mempunyai kaitan dengan Najib di Pavilion Residences, Kuala Lumpur. Bagaimanapun pada Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa dalam kes berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.


Read More...

09 July 2018

Pesta Seks Di Kuala Lumpur

Gambar Hiasan


Polis membongkar aktiviti pesta dadah dan seks di kalangan remaja berikutan tertangkapnya 68 individu di dua kondominium berasingan di sekitar ibu negara pada Selasa dan Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pertama di Jalan Ceylon di Kuala Lumpur, pihaknya menahan 15 individu iaitu sembilan lelaki dan enam wanita berusia 19 hingga 44 tahun.

“Empat daripada lelaki yang ditahan adalah warga Thailand, dua wanita adalah warga Indonesia manakala selebihnya warga tempatan.

“Ketika serbuan kesemua suspek sedang khayal dan pemeriksaan di kondominium itu membawa kepada penemuan dadah iaitu 4,000 biji pil jenis Eramin 5 dan 19 pil ecstasy,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menahan 53 individu iaitu berusia 14 hingga 29 tahun dalam serbuan kedua di sebuah kondominium di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

“Terdapat enam lelaki dan tiga wanita di bilik pertama manakala 23 lelaki dan 21 wanita di bilik kedua kondominium itu yang dipercayai turut melakukan aktiviti seks.

“Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan adalah warga Indonesia, polis turut merampas dadah iaitu pil ectasy,” katanya sambil menambah kesemua mereka positif dadah.

Mazlan berkata terdapat sindiket yang menganjurkan aktiviti pesta seks dan dadah kepada remaja di kondominium dengan mengiklankannya melalui aplikasi WeChat.

“Modus operandi ini digunakan kerana remaja tidak dibenarkan masuk ke pusat hiburan, oleh itu mereka sewa kondominium dan buat parti seperti ini. Remaja yang ingin menyertai akan dikenakan bayaran antara RM100 hingga RM200, polis akan ambil keterangan pemilik kondominium untuk siasatan lanjut,” katanya

Beliau berkata kesemua suspek kini direman antara tiga hingga tujuh hari dari tarikh ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-Bernama

Read More...

G25 juga desak hakim kes Najib untuk tarik diri



Kumpulan bekas penjawat awam tersohor negara, G25 juga menyertai desakan agar hakim Mahkamah Tinggi dalam kes rasuah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menarik diri daripada mendengar kes itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, G25 berkata mereka secara sebulat suara menyokong desakan Presiden Majlis Peguam, George Varughese agar hakim Datuk Mohd Sophian Abdul Razak menarik diri daripada membicarakan kes itu.

"Ini kerana kegagalan hakim itu mendedahkan hakikat bahawa abangnya, Datuk Mohd Soffi Abdul Razak, adalah anggota Umno, dan ahli majlis kerajaan negeri Pahang, serta ADUN Benta di Pahang.

"Memandangkan bekas perdana menteri itu sehingga baru-baru ini adalah presiden Umno dan pengerusi BN, dan juga seorang ahli parlimen Pahang, hakim sepatutnya mendedahkan hubungannya dengan abangnya dan kedudukannya dalam Umno serta kerajaan negeri kepada pendakwaan dan pembelaan sebelum perbicaraan," ata G25.

"Kelaziman perbicaraan adalah bahawa seorang hakim mesti mendedahkan sebarang jenis hubungan dalammana-mana kes yang dibicarakannya kepada semua pihak pada awalnya, dan harus membiarkan pihak-pihak berkenaan memutuskan apakah akan meminta dirinya untuk mengundurkan diri atau tidak," kata G25.

Menurut kumpulan itu, dalam kes berkenaan, Mohd Sophian gagal melakukannya dan oleh itu G25 berpendapat bahawa keputusannya tersebut sangat tidak wajar.

Menurut mereka lagi, keadilan bukan hanya perlu ditegakkan, tetapi juga dilihat dilakukan.

"Kami menyokong hujah-hujah presiden Majlis Peguam yang menuntut supaya hakim itu untuk menarik diri daripada membicarakan kes profil tinggi ini," kata G25.

Pada 4 Julai, Najib didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan wang RM42 juta yang berada di dalam akaun bank peribadinya. Dana itu dipercayai berasal dari bekas anak syarikat bekas 1MDB, SRC International.

Peguam negara dan ketua pendakwa itu, Tommy Thomas, mendakwa beliau tidak tahu mengenai hubungan hakim berkenaan dengan Umno .

Mohd Soffi adalah ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.


Read More...

Video Hanipa Maidin Rebah Pengsan Depan Tun M





Hanipa dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. - Astro AWANI/Firdaus Aziz


PUTRAJAYA: Ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya terhenti seketika apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin tiba-tiba rebah di atas pentas.

Sejurus beliau rebah, hadirin di perhimpunan itu yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan dan penjawat awam di bawah JPM cemas seketika, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta para petugas keselamatan bergegas memberi bantuan kecemasan kepada Hanipa.

Ambulans tiba kira-kira 5 minit kemudian dan difahamkan beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.



Dua tahun sebelum ini Ahli Parlimen Sepang dari Parti Amanah Negara itu pernah menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur akibat serangan sakit ahmar.

Beliau juga pernah pengsan secara tiba-tiba di Dewan Rakyat.


Read More...

Peminum Kopi Hidup Lebih Lama



Tabiat minum kopi dikaitkan dengan kadar kematian lebih rendah dan satu kajian baharu mencadangkan kafien tidak menyumbang kepada umur lebih panjang, kata laman berita Singapura, TODAYonline, hari ini memetik laporan New York Times.

Kajian itu dijalankan ke atas data demografi dan kesihatan 498,134 penduduk British dengan usia purata 57 tahun. Ia turut mempunyai maklumat mengenai tabiat minum kopi mereka dan pelbagai genetik yang mempengaruhi metabolisme kafien. Lebih tiga suku responden minum kopi.

Tinjauan susulan 10 tahun kemudian mendapati 14,255 daripada responden meninggal dunia. Mereka mendapati risiko kematian daripada pelbagai sebab terutamanya kanser, penyakit kardiovaskular merekodkan penurunan sejajar dengan peningkatan pengambilan kopi.

Mereka yang minum secawan kopi sehari mempunyai enam peratus lebih rendah risiko berbanding mereka yang minum lebih rendah daripada kekerapan itu dan mereka yang minum lapan cawan atau lebih kopi sehari mempunyai 14 peratus risiko penyakit lebih rendah.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Jama Internal Medicine dan disesuaikan mengikut usia, kaum, merokok, jantina, indeks berat badan (BMI) serta beberapa faktor kesihatan dan kelakuan lain.

Pengaruh kopi kepada kesihatan didapati sama tidak mengira kopi biasa atau segera dan sama ada kopi berkafien atau kopi tanpa kafien. Selain itu, kesan manfaat minum kopi juga tidak mengira faktor genetik atau jika seseorang mempunyai kadar metabolisme kafien lebih pantas.

Persoalannya, adakah kajian menerusi pemerhatian ini mencadangkan kita patut minum lebih banyak kopi? Jawapannya tidak, kata ketua penulis kajian merangkap felo National Cancer Institute, Dr Erikka Loftfield.

"Pada peringkat ini, kajian hanya memberikan jaminan kepada peminum kopi, bukan panduan. Keputusan ujian tidak menunjukkan orang ramai patut mula minum kopi untuk manfaat kesihatannya," kata Loftfield. - Agensi/TODAYonline

Read More...

08 July 2018

Mat Sabu Terbang Bersama Sukhoi

MOHAMAD Sabu diberi penerangan mengenai peralatan jet pejuang Sukhoi Su-30 sebelum memulakan penerbangan di pangkalan TUDM Gong Kedak, Terengganu. - Foto ihsan Facebook Mohamad Sabu


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu semalam berpeluang terbang dengan jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi Su-30 yang juga penerbangan pertamanya sejak mengangkat sumpah Mei lalu.


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas