BlogList Malaysia

11 July 2018

[VIDEO] Anak perempuan Najib tertekan, akaun dibeku sukar jalani rawatan kanser tahap empat


Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF




KUALA LUMPUR 11 Julai - Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pesakit kanser tahap empat, Puteri Norlisa, 37, kini berada dalam keadaan tertekan ekoran pembekuan akaun miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adiknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, susulan daripada tindakan SPRM, kakaknya mengalami kesukaran membayar bila hospital bagi melakukan rawatan kimoterapi untuk merawat kanser darah.

Susulan itu, beliau berharap kerajaan yang ditunjangi Pakatan Harapan supaya lebih prihatin terhadap nasib kakaknya yang dikesan mengalami kanser sejak tiga bulan lalu itu.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser. Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

SPRM baru-baru ini membekukan akaun anak Najib iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa bagi melakukan siasatan terhadap penglibatan bekas Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sementara itu, Mohd. Nazifuddin memberitahu, sejak melakukan rawatan kimoterapi, kondisi Puteri Norlisa semakin baik dan menyebabkan tahap kanser yang dihadapinya menurun.

Katanya, anak perempuan tunggal Najib dan bekas isteri, Puteri Zainah Tengku Iskandar itu kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu bagi menjalani rawatan kimoterapi.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas