BlogList Malaysia

29 July 2018

Kurang Ajar : 9 Myanmar Belasah Polis Parah



POLIS menahan sembilan lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bekas anggota polis cedera parah dipukul sekumpulan suspek dalam kejadian di Surau Bagan Lebai Tahir, Butterworth, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sembilan lelaki dari etnik Rohingya berusia 25 hingga 50 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar Butterworth bermula jam 12.15 tengah malam hingga 2 pagi semalam.

“Berdasarkan siasatan sebelum kejadian pukul itu berlaku, ketua kampung Bagan Ajam mengadakan perbincangan dengan empat lelaki Myanmar pada 8 malam bagi menyelesaikan perselisihan faham antara dua kumpulan secara aman di surau berkenaan dan selepas selesai perbincangan, ketua kampung terus beredar.

“Namun dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki Myanmar memaklumkan berlaku pergaduhan di situ dan terus ke surau serta mendapati seorang lelaki dikejar dan dikepung sekumpulan warga Myanmar sebelum dipukul,” katanya.

Beliau berkata, ketua kampung itu meleraikan pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera parah dipukul itu mendakwa dia sebagai polis.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati mangsa adalah bekas anggota polis yang digantung kerja pada 2013.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipukul disebabkan berjumpa dengan beberapa lelaki Myanmar di situ dan memberi amaran serta menegur beberapa lelaki Myanmar agar tidak menganggu seorang wanita yang juga adik iparnya, malah mereka sering meminta wang daripada wanita itu.

“Disebabkan teguran itu, beberapa lelaki Myanmar berkenaan tidak berpuas hati sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan yang disaksikan isteri serta adik ipar mangsa,” katanya.

Noorzainy berkata, lelaki itu mendakwa dia dipukul dengan kayu, topi keledar dan kerusi sehingga parah iaitu luka pada bahagian kepala, lebam di tangan serta badan dan patah empat batang gigi.

Beliau berkata, dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan tidak nampak siapa yang memukulnya kerana semasa kejadian kawasan itu agak gelap namun percaya dia dipukul sekumpulan lelaki Myanmar yang ditegurnya berdasarkan cara percakapan mereka.

“Sembilan lelaki yang ditahan itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 326 dan 147 Kanun Keseksaan,” katanya.


1 Komen :

Delapena July 29, 2018 at 10:56 AM  

bukan sahaja Myanmar, malah Indon pun kurang ajar juga... memalukan Indon boleh jual nama pegawai Tinggi Imigresen sebagai kawan baik.. saya pun hairan, Pegawai Imigresen ni kerja dengan Indon ke dgn kerajaan Malaysia

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas