Rozali Ismail CEO Syabas bekal paip dari syarikat sendiri di Indonesia?
•Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
•Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
•Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.
Pelan Syabas:
Tahun Kenaikkan Tarif
2009 37%
2012 25%
2015 20%
SYABAS
1.Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.
2.RM 325 juta ‘hilang’ apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.
3.Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan.
4.RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.
5.Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.
Pelan Selangor:
Tahun Kenaikkan Tarif
2009 12%
2012 12%
2015 12%
Apakah pelan Selangor?
1.Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
2.Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.
3.Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan".
4.Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.
5.Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.
Pilihan di tangan anda!
Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah
Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur.
Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.
Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!
sumber : airuntukrakyat.net
Hipokrit?: Alahai cantiknya politik
1 hour ago
3 Komen :
Kalau dah keturunan umno jangan haraplah kalau tak menipu.Dari dulu hingga kini...itulah keajaiban umno iaitu MENIPU!!!
Jika kerajaan ingin nationalizekan air di Selangor, bagaimana jika mutu airnya rendah dan teruk walaupun pada harga yang berpatutan? Adakah rakyat mempunyai pilihan lain?
Jika kerajaan Selangor yakin akan memberi air dengan mutunya yang baik dan bagus, adakah kos pentadbirannya lebih rendah daripada harga pasaran?
Bagaimana pula unjuran kos pada tahun 2012, 2015 dan 2020 nanti?
Adakah Kerajaan PR Selangor bersedia memberi jaminan bahawa untuk tahun2 akan datang rakyat akan dikenakan tarif yang dikatakan rendah sama seperti hari ini?
I totally agreed dengan soalan-soalan yang dilontarkan oleh Ezzwan.
PR Selangor masih belum boleh meyakinkan rakyat mengenai plan pembaharuan yang akan mereka lakukan sebaik sahaja berjaya merampas SYABAS.
Mereka hanya kata jika PR Selangor berjaya rampas SYABAS, rakyat akan dikenakan tarif yang rendah dan menikmati mutu air yang tinggi.
Apakah jalannya? Bagaimanakah caranya?
Saya rasa oleh kerana SYABAS dikatakan mekanisme UMNO dalam Selangor, Khalid and the gang hanya mahu rampas SYABAS sebab mereka UMNO dan dendam terhadap UMNO terlalu tebal.
Sebaliknya, mereka tak tau pun apakah plan dan bagaimanakan kaedah penstrukturan air selepas berjaya merampas SYABAS.
Post a Comment