BlogList Malaysia

22 November 2010

SYABAS Dah Jadi Parti Komponen BN

Tabung Budi: Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB

Kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

“Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.


“Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).

“Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

“Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang ‘hypocrisy’ untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat... itu bukan tujuannya.

“Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004,” katanya. – Bernama

5 Komen :

Anonymous November 23, 2010 at 6:07 AM  

pelik betol kalid ibrahim ni.
dia dulu yg langgar perjanjian tak nampak pulak.
kerajaan negeri selangor sebenarnya yg khianat dan tak ikut perjanjian seawal pemerintahan PR di selangor pada 2008.

pastu bila Syabas nak buat kebajikan...tak boleh pulak.

siapa yang hipokrit kat sini???

azman kamarul November 23, 2010 at 10:37 AM  

Syabas ni dah ujud sebelun PAKATAN RAKYAT memerintah.Bermaksud perjanjian awalnya ialah antara SYABAS dengan KERAJAAN UMNO BANGANG.

Inilah daki-daki yang ditinggalkan oleh umno lanun dulu.

Janganlah jadi buta mata dan buta hati......biar cerdik sikit jangan duk ikut sangat karat biru tuuuu..dah sampai tak kenal lagi dah yang mana "alif" yang mana tunggul kayu!

Salim ,  November 23, 2010 at 11:06 AM  

Jangan jadi bodoh sangat woi.

Khalid saje guna perkataan "kutipan" bagi menggambarkan maksud jahat mereka.

SYABAS bukan mengutip tapi staff Syabas initiated satu fund (Tabung Budi) utk bantu rakyat yg tak mampu.

SYABAS tak pernah buat arahan pun pada staff and rakyat Selangor supaya kutip derma.

Adoi, nak menipu pun kena pandailah

Syafik ,  November 23, 2010 at 11:09 AM  

Poor to Khalid. Berani dia menuduh CEO Syabas sebagai munafik, hipokrit kerana mengatakan sudah bertaubat.

Jangan berlagak sangat Khalid.

Ntah2 perangai jahat ko lagi teruk dari Rozali. Berani ko nak tuduh orang hipokrit.

Tabung Budi adalah usaha kebajikan. Org korporat tak boleh buat kebajikan ke? Org UMNO yang Muslim tak boleh buat benda baik ke?

Jgn sempit sangat bro, org PKR pun blm tentu masuk syurga!

Naseem ,  November 23, 2010 at 11:13 AM  

I rasa Khalid ni tak faham pasal governance la. Syabas buat perjanjian dengan KERAJAAN Selangor. Bukan dgn Khir atau mana2pemimpin BN.

La ni bila PR Selangor dah amik kerajaan, maka lu kena tanggung la apa2 yg berlaku dlm kerajaan tu!

Lu tengok mcm mana Nik Aziz di Kelate, dia berusaha habiskan semua hutang2 yg dibuat oleh kerajaan BN dulu.

Masalah skrg Syabas ada hak sebab dia ikut perjanjian yg sah, yg lu nak sekat mcm2 apa hal pulak sampai habis semua projek kena freeze.

Ni la yg Anwar selalu sebut Laws of the Jungle. Org yg punya kuasa akan langgar segala peraturan dan perjanjian yg ada sebab mereka ada POWER. Khalid = Power Crazy!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas