Mahkamah hari ini mendedahkan DSP Jude Peirre mengiringi jurufoto polis mengambil gambar dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tahun lalu.
Perkara itu didedahkan pakar forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng ketika sesi soaljawab peguambela berhubung kes fitnah ke-2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Siew berkata kepada mahkamah, DSP Jude merupakan individu yang bersama-sama dengan tiga doktor menjalankan pemeriksaan perubatan terhadap pengadu.
Menurut Siew, gambar tersebut dirakam pada hari Saiful hadir ke HKL menjalani pemeriksaan justeru dijadikan dokumentasi prosedur klinikal mangsa liwat.
Namun apabila ditanya peguam Sankara Nair berhubung gambar tersebut, Siew berkata beliau tidak mempunyai salinan selain mengatakan ia berada dalam simpanan polis.
Keterangan ini bercanggah kenyataan saksi kedua kes, Dr Razali yang mengatakan hanya gambar abdomen yang dirakam ketika itu.
Peguambela turut mempertikai protokol HKL yang diambil ringan kakitangan justeru mengakibatkan sebahagian daripada prosedur tidak dituruti termasuk doktor bertugas.
Menjawab soalan balas peguambela, Siew yang juga pakar patologi berkata tidak semua spesimen dilabel sebelum ini namun menyatakan dalam kes berprofil tinggi beliau mengambil pendekatan melabelnya sendiri.
"Saya tidak tandatangan kesemua contoh sepanjang masa. Saya cuma tandatangan sebahagian," katanya.
Sankara meminta Siew menyediakan salinan borang protokol mangsa liwat Saiful Bukhari untuk didedahkan kepada mahkamah.
Prosiding bersambung jam 8.30 pagi esok.
Padah ceroboh rumah, curi penyaman udara
7 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment