BlogList Malaysia

14 November 2010

Padan Muka Umno.. Tahniah MB Kedah..

Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid menyatakan kekesalannya terhadap larangan terhadap media tertentu membuat liputan di sidang DUN negeri itu hari ini.

Katanya, ini kerana rakyat sedang menanti untuk mendengar Sultan bertitah dalam pembukaan sidang DUN yang berakhir pada jam 11 pagi tadi.

"Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan kerajaan PAS, ia tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya kepada pemberita di luar bangunan DUN.

"Ini demokrasi berparlimen. Pihak media patut dibenarkan membuat liputan ketika Sultan bertitah."

"Ia juga menjadi hak untuk Sultan supaya titahnya didengar," tegasnya yang juga ketua pembangkang negeri.

Mahadzir juga berkata, Umno juga telah membantah larangan itu tetapi ia tidak diendahkan.

"Kami akan berbincang sesama rakan-rakan dalam Umno dan kita tengoklah macam mana hendak menyuarakan lagi bantahan terhadap perkara ini," tambahnya.


Dalam sesi perbahasan belanjawan selama tiga hari mulai pagi ini, hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan di DUN negeri.

Sementara itu, Ketua Pemuda GERAKAN Kedah Tan Keng Liang ketika hadir ke sidang dewan untuk menyaksikan sendiri keadaan di situ, terus mengkritik tindakan kerajaan pimpinan PAS itu.

"Mereka tidak sepatunya terlalu agresif menutup kritikan yang diterima.

"Di masa hadapan, jika kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya, mereka akan larang pemberita buat diputan di sana juga?" soalnya.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dan setiausaha akhbarnya Muhamad Helmi Mohamad Khalid, termasuk melalui SMS, berulang kali bagi mendapatkan penjelasan setakat ini belum berhasil.

Pada satu ketika Azizan mengangkat telefon dan hanya berkata: "Saya sangat sibuk, saya dalam mesyuarat."

8 Komen :

adf55650 November 14, 2010 at 10:37 PM  

Tanpa liputan dari utusan. maka bebaslah harakah membuat penipuan.

Anonymous ,  November 14, 2010 at 10:57 PM  

kalau umno nak baca liputan belilah harakah harga dia hanya RM 2.50 semanajung RM 3.00 sarawak....teks ucapan dalam harakah seperti mana yg diucapkan..55650 tak payah bimbang dgn harakah....esok hang beli satu naskah hang bacalah...ucapan itu...bersama-sama anak beranak...kalau malu nak baca ngan anak beranak hang paggil semua ahli umno kampung hang mai baca sama-sama..ngan hang...selamat membaca...

adf55650 November 14, 2010 at 11:38 PM  

Membeli harakah bermakna bersubahat menyebarkan penipuan. Lebih baik sedekahkan wang itu kepada anak2 yatim atau setidak2nya mangsa banjir.

azman kamarul November 15, 2010 at 2:01 PM  

Tahniah MB Kedah Ust Azizan!

Jangan teralu membiarkan wartawan yang hilang akal budi kerana nak membuncitkan perut serta pujian dari barua-barua yang telah hilang taringnya.

Sapa-sapa yang tak suka sila buat perhimpunan dan kumpul semua ahli umno dari seluruh dunia dan buat himpunan besar-besaran! supaya dunia dapat tengok bahawa umno ni hebat! ha ha ha.

Soraklah beramai-ramai HIDUP MELAYU.....lepas itu pada sesiapa yang isteri mereka melahirkan anak janganlah azankan(jika lelaki) atau diqamatkan(jika perempuan)hanya laungkan HIDUP MELAYU DITELINGA KANAN ATAU KIRI ANAK MEREKA!

Kerana puak-puak mereka ini meletakkan Melayu itu seolah-olah lebih mullia dari ISLAM sendiri.

MAMPUIIIH UMNO DAN BARUA DEPA!!!!!

adf55650 November 15, 2010 at 6:49 PM  

Tanpa liputan media perdana, dunia tidak tau bagaimana PAS menghalau 23 keluarga mangsa banjir di Alor Janggus hanya kerana fahaman politik.
Inikah kerja seperti orang Islam yg disebut oleh Yang Bongok Azizan tu?
Adakah Harakah begitu telus untuk melaporkannya.
Adakah dalam sidang DUN Kedah, Sultan dimaklumkan tentang perkara ini?
Persoalan yang menyedihkan adalah 'Benarkah PAS ini ISLAM?

Sematang Guy ,  November 15, 2010 at 8:44 PM  

Halo adf55650, Hanya media penipu saja yang laporkan berita fitnah tu.. Wei mangkuk.. Aku orang Alor Janggus la.. Jangan dok kelentong la.. Hang Alor Janggus kat mana?? hehehe..

izmarhamid November 16, 2010 at 9:19 AM  

adf55650! awat hang gaduh sangat, kami orang kampong tak kisah, kami tengok dalam internet je, dah la free, tepat dan padat pulak tuuuuu.

Anonymous ,  December 13, 2010 at 8:49 AM  

Misoprostol tablet
What is this medicine?

MISOPROSTOL helps to prevent stomach ulcers in patients using nonsteroidal antiinflammatory drugs (NSAIDS, drugs commonly used for arthritis, inflammation, and pain). Misoprostol reduces the amount of acid produced in the stomach and protects the stomach lining from the effects of acid.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas