Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.
“Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram,” katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.
Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.
Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.
“Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menje-ngah mangsa, cuma wartawan tidak ikut,” katanya.
Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.
Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.
"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.
Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.
Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.
“Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya,” katanya.
Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.
Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.
Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."
"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.
5 Komen :
MB Kedah baru ni je hilang sabar... tu pun dengan media BN. Kami ni dah lama hilang sabar dengan UMNO, cuma tak sampai seru je nak sekeh bangsa ni sebab hormatkan MB Kedah.
kita tunggu azab terdekat dari ALLAH berikan kepada WARTAWAN2 YANG SENTIASA MEMBUAT FITNAH!!!
INGAT TU WARTAWAN JANGAN MEMBELAKANGKAN AJARAN ISLAM. ISLAM TAK AJAR BUAT FITNAH!!!
KORANG LAIN KALI BUAT KERJA CARA ISLAM!!!
TAK TAKUT KA PADA AZAB DARI ALLAH!!!
LUFIKIRLA WARTAWAN PEMBOHONG!!!
SEDAR2LA...
AMEEN....
Ini yang RTM, TV3 dan UMNO tak faham. Di dalam modus operandi UMNO dalam menangani banjir, pemberian bantuan harus dilakukan oleh pemimpin UMNO yang disaksikan oleh media. Maka berderet mangsa-mangsa banjir yang kesejukan, kebuluran dan kusut masai berbaris macam budak tadika nak konvo naik ke pentas bersalaman dan menerima bantuan dari pemimpin UMNO itu sambil ditangkap gambar oleh para media dan masuk berita. Jadi dengan ini mereka pun mengatakan bahawa kerajaan memberi bantuan.
Di dalam modus operandi Kerajaan Pakatan Rakyat... bantuan disalurkan tanpa menunggu pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyalurkan bantuan. Di dalam konteks ini pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menyalurkan terus bantuan tanpa menunggu kehadiran pemimpin untuk naik ke pentas untuk menerima bantuan. Kerana tiada keperluan untuk beratur macam budak tadika nak konvo dan gambar diambil media... maka rakyat terutama yang UMNO selain media dalam kebingungan dan terpinga-pinga tidak mengetahui bahawa bantuan dah pun sampai. Oleh yang demikian keluarlah kenyataan kerajaan negeri tidak menyalurkan bantuan.
Secara tidak langsung kekeliruan media ini berlaku disebabkan perbezaan budaya UMNO dan Pakatan Rakyat... di mana UMNO mengutamakan publisiti sementara Pakatan Rakyat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan yang diibaratkan tangan kanan memberi, tangan kiri tak mengetahuinya.
Kemarahan MB Kedah kena pada tempatnya memandangkan provokasi media yang tidak membantu menenangkan mangsa banjir sebaliknya memberikan kekeliruan kepada mereka.
Secara tidak langsung wajar didoakan semoga wartawan-wartawan tak bertanggungjawab ini lemas di dalam banjir di masa hadapan.
Kenapa Kedah dilanda banjir ?
Hanya Allah yang maha mengetahui.
Apa Hikmahnya ?
Dah nampak dah !
Ada orang cakap tapi tak buat.
Ada orang buat tapi tak cakap.
Ada orang cakap dan buat.
Ada orang buat dan cakap.
Ada orang buat-buat.
Ada orang cakap-cakap.
Dunia-dunia. meniaga orang lebih baik dari meniaga unta.
Sebilangan wartawan yang ada sekarang ini sebiji macam perangai yahudi...memfitnah siang malam kerana nak sapu jubur umno.
Post a Comment