BlogList Malaysia

24 October 2010

Orang Tengku Razaleigh Calon Di Galas

UBN telah menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusuf, 47 sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil Galas 4 November nanti. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin Yaasin di Bukit Cekati sekejap tadi.

Pemilihan Aziz itu menempati ramalan dan dugaan awal di mana orang Tengku Razaleigh akan digantungkan harapan untuk merampas kerusi Galas yang dimenangi Pas menerusi Allahyarham Che Husein Sulaima dalam pilihan raya umum lalu.

Pemilihan Abdul Aziz itu menunjukkan UBN memberi kuasa mutlak kepada Tengku Razaleigh yang dilantik menjadi pengarah bagi menentukan calonnya. Abdul Aziz dilihat orang Tengku Razaleigh Hamzah dan bersetia dengannya.


Pemilihan Abdul Aziz yang dikatakan bukan anak tempatan Galas kerana beliau lama di Limau Kasturi akan menimbulkan rasa kurang senang dari beberapa kalangan Umno Gua Musang. Sebelum ini sekurang-kurang tiga calon lain disebut-sebut layak untuk dipilih senagai calon bahkan mereka dikatakan lebih berhak dan berkeupayaan baik dari segi ketokohan dan kelulusan.

Mereka ialah Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin, naibnya serta ketua Wanita Wan Hazani Md Noor yang juga seorang ahli senat.

Pemilihan Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa Umno Malaysia telah menswastakan pilihan raya kecil Galas itu kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh walaupun masih Ketua Bahagian dan ahli Umno namun beliau dilihat lebih bersendiri kerana masih berpegang kepada semangat Umno 1946. Begitu juga tindak tanduknya dalam isu-isu tertentu beliau terkeluar dari mainstrem UBN.

Umno terpaksa menyerahkan tugas selaku pengarah pilihan raya itu kepada Tengku Razaleigh kerana untuk menjaga maruahnya. Sekiranya Umno membelangkan Tengku Razaleigh mungkin kekalahan sudah tergenggam dalam tangan. Tengku Razaleigh tokoh veteran yang dikatakan masih berpengaruh di Galas dan mampu menarik sokongan untuk kemenangan UBN di Galas.

Ada khabar pada hari penamaan calon kelak akan tampil barisan penyokong setia Tengku Razaleigh dengan karektor ataupun lagaknya tersendiri yang berbeza dengan Umno. Apakah pada hari itu nanti akan memperlihatkan Umno telah berlaku pengasingan awal-awal lagi antara Umno Tengku Razaleigh dengan Umno Najib dan Muhyiddin?

Sementara itu dua malam lalu Pas telah mengumumkan calonnya Dr Zulkefli Mohammad bagi mempertahankan kerusi berkenaan. Zulkfeli sebelum ini pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleig sebanyak dua kali namun tewas keduanya. Beliau yang menguruskan sebuah kliniknya sendiri dikatakan sudah sebati dengan masyarakat pelbagai kaum di Gua Musang khasnya Galas. [wm.kl.4:15 pm 24/10/10]

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas