Mahkamah Uruguay telah memutuskan bahawa dua buah enjin F-5E jenis GE J85 21-A yang kini berada di dalam pegangan kerajaan Uruguay adalah hak milik kerajaan Malaysia.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menghubungi beliau tiga hari lepas bagi memaklumkan keputusan mahkamah itu.
"Kita akan menghantar satu pasukan terdiri daripada pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pejabat Peguam Negara ke Uruguay dalam bulan ini bagi mengambil semula enjin tersebut.
"Jabatan Peguam Negara sedang berusaha menterjemahkan keputusan mahkamah tersebut dalam Bahasa Sepanyol ke Bahasa Inggeris bagi memastikan kandungan dan maksud sebenar tidak mengelirukan mana-mana pihak dan dijangka proses ini akan mengambil masa selama seminggu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini Sabtu malam.
Ahmad Zahid berkata proses pengurusan membawa pulang enjin tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara.
Beliau berkata proses itu merupakan perkembangan yang positif di dalam pengurusan kes tersebut dan setiap langkah pastinya perlu mengambil kira kesan secara langsung ke atas proses pendakwaan yang sedang berjalan.
Menurutnya, proses memperoleh semula enjin berkenaan menunjukkan wujudnya hubungan baik antara kedua-dua kerajaan walaupun berlaku kes sedemikian.
Beliau berkata kejayaan kes itu adalah kerjasama baik antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga selesainya kes berkenaan.
Enjin tersebut dilaporkan hilang dari dua kemudahaan TUDM pada 20 Dis 2007 dan 1 Jan 2008.
Ahmad Zahid turut menafikan tohmahan dan fitnah yang mendakwa kedua-dua enjin tersebut bernilai RM100 juta sedangkan keseluruhan sebuah pesawat seumpama itu hanya bernilai RM2.45 juta.
-- BERNAMA
03 October 2010
Malaysia Perolehi Semula Enjin Jet Yang Hilang Bulan Ini
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
f-5e
,
zahid hamidi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
hai pelik.....katanya harga enjin tu murah je, tapi hingga kehari ini masih duk cari hendakkan balik enjin tu. apake jadahnya ni?. kalau benda tu murah takpayahlah dicari, beli aja yang lain habis cerita. ini dak, seboleh2nya cari sampai ke lubang cacing. kesian kat sarjan india tu. orang yang sebenar songlap enjin tu senang lenang kat luar sana, kambing hitam ni pulak jadi mangsa. silapnya kambing hitam ni mungkin nak tunjuk hero kut?. gani pe tail bun tak cerdik jugak, adake boleh percaya yang kambing hitam ini curi. ngape tak suruh polis siasat betul2 macam kes sosilawti. camana tang ni cerdik pulak. minum lebih kut masa tu?. hari ni kita di luar sini sangat2 diperbodohkan oleh orang2 seperti ini. konon2nya mereka ini berkuasa, mereka sanggup buat apa saje asalkan mereka dapat terlepas. zahid harus bertanggung jawab mencari pencuri sebenar. kalau masa tu najib menjaga kementerian pertahanan, najib bukan lagi harus tapi mesti disoalsiasat hingga ke dalam selaur kenapa boleh jadi hilang benda yang bukan kecil yang boleh diletak dalam seluar dalam. sampai hari ini najib tak dipanggil. boleh ke kita biarkan najib sekadar menafikannya dengan kata saya tak tau?. zahid nampaknya takut pada najib lagi dari Allah.
Post a Comment