BlogList Malaysia

02 October 2010

Sampah PKR Hampir-Hampir Dihanyutkan

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad menang tipis kerusi timbalan ketua cabang Kelana Jaya yang diadakan hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia memperoleh 414 undi manakala pencabarnya Dr Vignesh memperoleh 402 undi.

Undi rosak bagi jawatan itu dikatakan sekitar 69.

Nik Nazmi bertanding jawatan timbalan ketua selepas Yusop Mat Amin, penyandang kerusi itu tidak mempertahankan kedudukan tersebut.

Sebelum ini beliau ahli jawatankuasa cabang Kelana Jaya dan naib ketua Angkatan Muda Keadilan cabang itu.

Beliau bergandingan dengan Syed Shahir Mohamud dan Keshiminder Singh yang masing-masing bertanding mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua dalam pemilihan kali ini.


Kelana Jaya salah satu daripada 34 cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan hari ini dan esok.

Esok cabang Kuala Selangor, Gombak dan Ampang yang masing-masing ditandingi Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Zuraid Kamaruddin akan mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau gembira kerana mesyuarat dan pemilihan berjalan dengan lancar tanpa kekecohan hari ini.

“Saya berharap suasana seperti ini akan disaksikan esok,” kata beliau dalam mesej menerusi Twitter hari ini.

Perjalanan mesyuarat agung cabang dan pemilihan menjadi perhatian hari ini selepas berhadapan dengan kekecohan membabitkan tujuh cabang hujung minggu lalu.

Ulasan GB

Nik Nazmi menang tipis. 414 berbanding 402. Jika 69 undi tidak rosak atau dirosakkan, mungkin Nik Nazmi sudah tertonggeng. Itu baru amaran awal. Mungkin selepas ini Nik Nazmi akan dipulaukan hampir separuh dari ahli di cabang berkenaan.

Jawapannya jelas, sokongan terbuka beliau terhadap Azmin disamping serangannya yang hebat terhadap Zaid diberi perhatian oleh ahli-ahli PKR di Kelana Jaya.

Nik Nazmi telah menyerang Zaid dengan kaedah yang biasa digunakan oleh UMNO iaitu menyerang peribadi lawan, menuduh orang lain UMNO sedangkan beliau pun masih tebal UMNOnya.

Mengaibkan apabila seorang Pengarah Komunikasi parti hanya menang sekitar 12 undi di tempat sendiri. Bererti kedudukan yang goyah.

Ia adalah signal jelas dari akar umbi PKR kelana Jaya. Terhadap semua penyokong tegar Azmin.

Greenboc

1 Komen :

Anonymous ,  October 3, 2010 at 1:27 AM  

02 October 2010
Sampah PKR Hampir-Hampir Dihanyutkan

maksudnya dalam PKR ni masih ada lg sampahnya,sudah2 la PKR parti yang memang sampah,buat org menyampah ,baik panggil PBT angkut masuk dalam compacter kasi renyuk2 biar mampat...

tokawe

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas