PA Zahrain pulangkan RM1,000 wang 'haram'
Ismail Mohd Ali - pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar PKR Februari lalu - hari ini memulangkan wang ehsan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas kematian ibunya.
Ismail (gambar) berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang tersebut selepas berbincang dengan ahli keluarga ekoran laporan bahawa wang itu dipercayai dari sumber judi.
Ismail menerima sumbangan itu melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun.
"Saya tidak mahu atau memerlukan wang ini. Biarkan ia dibelanjakan untuk orang miskin," katanya dalam sidang akhbar Umno bahagian di Bayan Baru untuk kira-kira 50 warga emas yang mahu memulangkan wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri.
Ismail, yang mendakwa beliau bukan ahli Umno, dan hadir di sidang akhbar itu atas kapasiti peribadi, menggesa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap halehwal agama, Abdul Malik Abdul Kassim supaya jangan "bermain politik" dengan isu tersebut.
"Haram adalah haram. Abdul Malik tidak layak menjadi exco untuk halehwal agama," katanya.
Ini adalah kali kedua majlis seumpama itu diadakan untuk warga emas berhimpun bagi memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan negeri - Pasforall
Israel akhirnya mengaku bunuh Ismail Haniyeh
6 minutes ago
3 Komen :
Inilah hakikat politik ameno. Golongan ahli biasa dimangsakan: pulangkan duit 'haram'. Tapi ahli ameno pemimpin, songlap, kebas, kaut duit rakyat. Sedarkah kamu wahai ahli-ahli ameno. jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Desaklah pemimpin-pemimpin kamu agar pulangkan wang yang mereka dapat drp kerajaan negeri dan pusat. Kiamat dunia mereka tak akan kembalikan.
Kepada semua ahli umno, jkkk umno,YB umno,timbalan menteri umno dan tpm umno dan pm umno..jika betul kamu semua ingin bermain dengan politik paling bangang dalam dunia ini..eloklah kamu semua serahakan kembali semua duit dan harta hasil dari duit kerajaan umno selama ini.
Duit ukai judi yang mana lesen judi telah diluluskan oleh PM pertama lagi dengan "menghalalkan loteri kebajikan masyarakat" dan pelbagai gelaran lagi judi yang ada.Maka semua duit itulah "haram" bagi kamu semua.
JADI PULANGKAN SEKARANG DAN HIGHLIGHT KEPADA SELURUH DUNIA BAHAWA UMNO ADALAH PARTI POLITIK PALING "SUCI" DI ATAS MUKA BUMI INI.
sebenarnya wang yg disuruh serah kembali itu bukan haram disegi hukum tetapi haram disegi politik umno/bn,pemimpin umno seperti saekor ketam ajar anak berjalan betul,kesian kat pakcik makcik dah diberi wang disuruh kembalikan balik oleh saorang mahaguru umno/bn,pada pandangan kita pakcik makcik berada dunia hayalan yg dicipta oloeh umno/bn.
Post a Comment