BlogList Malaysia

26 September 2010

Terkini : Timbalan: Azmin 78, Zaid 29, Mustaffa 16, Khalid 4, Tian 3

Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan ke-29 dari cabang Teluk Kemang, Negeri Sembilan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 132 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-10 dari cabang tersebut untuk jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Teluk Kemang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan Dr Lee Boon Chye.
Kemaskini 7.20pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-78 dari cabang Petaling Jaya Selatan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 131 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.
kemaskini 7.06pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-77 dari cabang Kluang, Johor untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 130 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Dr Lee Boon Chye.


kemaskini 6.58pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-76 dari cabang Kota Raja, Selangor untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 129 cabang selesai bermesyuarat.

Kota Raja juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kota Raja mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Batu, Tian Chua; ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
dikemaskini 6.40pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-75 untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 128 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Pencalonan terbaru untuk Azmin datangnya dari cabang Shah Alam, Selangor. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon naib presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
dikemaskini 5.56pm Seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub menambah satu lagi pencalonan - dari cabang Seremban. Ketua PKR Perak itu kini memperolehi 16 pencalonan selepas 127 cabang selesa bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Kuantan, Fuziah Salleh; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akini; ahli parlimem Batu, Tian Chua dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.

dikemaskini 5.50pm Pencalonan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden semakin bertambah. Terbaru Menteri Besar Selangor itu kini mendapat pencalonan dari Cabang Bandar Tun Razak.

Berikutan itu, Abdul Khalid kini memperolehi empat pencalonan selepas 126 cabang PKR selesai bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimem Batu, Tian Chua.

dikemaskini 5.45pm Cabang PKR Seputeh mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan timbalan. Menteri Besar Selangor itu kini mendapat 3 pencalonan selepas 125 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Dr Lee Boon Chye.

dikemaskini 5.37pm Cabang PKR Batu mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan timbalan. Naib presiden PKR itu kini mendapat 74 selepas 124 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Batu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Batu, Tian Chua; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Tian Chua memenangi jawatan ketua cabang Batu tanpa bertanding.

dikemaskini 5.30pm Cabang PKR Lembah Pantai mencalonkan ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan timbalan ketua. Zaid kini mendapat 28 selepas 123 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Lembah Pantai turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon bagi naib pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

5.10pm Pencalonan bagi naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR meningkatkan kepada 73 selepas 122 cabang selesai hari ini.

Pencalonan terbaru untuk Azmin datangnya dari cabang Jelutong, Pulau Pinang. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Pengiraan untuk calon naib presiden masih berjalan.

Sementara itu, cabang Petaling Jaya Utara (PJU) pula mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini adalah pencalonan kedua untuk beliau dan sekaligus melayakkan beliau bertanding jawatan timbalan.

PJU mencalonkan Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden.

Manakala calon naib presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Sehingga semalam, Azmin memperolehi 70 pencalonan selepas 118 cabang selesai bermesyuarat.

Pembantu Azmin yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan kedudukan terkini itu.

Hari ini Azmin memperolehi dua lagi pencalonan - dari cabang Bukit Bintang (Wilayah Persekutuan) dan Pensiangan (Sabah).

Manakala ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapat 27 pencalonan; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (15) dan pengarah strategik PKR, Tian Chua (3), manakala pengarah pilihan raya Fuziah Salleh; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Sementara itu, bagi jawatan presiden, Bukit Bintang mencalonkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Pensiangan pula mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi jawatan naib presiden, Bukit Bintang mencalankan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng, dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.

Pensiangan pua mencalonkan Datuk Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR cabang Tuaran, Ansari Abdullah; dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman.

Sebanyak 37 lagi cabang PKR di enam negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan dan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan cabang dan pusat hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Johor (6 cabang), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (3), Sarawak (9), Wilayah Persekutuan (7), Selangor (9) dan Sabah (1).

1 Komen :

Anonymous ,  October 4, 2010 at 12:06 AM  

SENARAI TERKINI
SENARAI SYARIKAT YANG TELAH DIJAYAKAN MENDAPAT KONTRAK MEMBEKAL BAJA ORGANIK SKIM SUB.SIDI TANAMAN PADI SATU MALAYSIA UNTUK KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI TAHUN 2010-2011
TOTAL CONTRACT SUM RM 87,496,651.82

Semasa hadiri taklimat tender dulu syarat utama syarikat-syarikat mestilah mempunyai kilang.
Senarai yang dapat bukan setakat kilang malah semuanya tak pernah kenal apa itu baja organic.Ada yang kontraktor jalan,kontraktor klass D,ada syarikat ternak ikan,ada yang baru tubuh.Takut selepas ni penanam padi dapat baja organic ????? , sebab pemilihan secara ONE MALAYSIA.Habis duit rakyat.Rakus...rakus,sapu semua pulak tuKalau ia pun tinggal la sikit,Mengalahkan Kasim baba.Apa nak jadi SATU MALAYSIA Semua baja akan diimport dari China ,Thailand & Indon.


Tajuk Tender Nombor
Tender Petender Berjaya Harga
Tawaran (RM)
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 1 (Perlis, Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, Sg. Manik Labu Kubong, MADA Daerah 1 dan MADA Daerah 2) MOA/T/03/2010
TRR Heritage Sdn Bhd
rm 20,100,536.28
X0171101011100013
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 2 (Pahang, Terengganu, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) MOA/T/04/2010
rm Anjung Pelangi Sdn Bhd
rm 9,939,066.94
X0171101011100012
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 3 (Sarawak) MOA/T/05/2010 Endona Corporation Sdn Bhd
rm 10,718,730.00
X0171101011100011
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 4 (Sabah) MOA/T/06/2010 Endona Corporation Sdn Bhd
rm 7,562,500.00
X0171101011100010
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 6 (Kada dan Luar Kada) MOA/T/07/2010 Locglo Corporation Sdn Bhd
rm 10,006,756.20
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Foliar) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 5 (MADA Daerah 3, MADA Daerah 4, Kedah, Kerian dan Perak Luar MADA) MOA/T/08/2010
EJuara Baja Subur Sdn Bhd
rm 29,169,062.40
Tarikh Akhir Dikemaskini MOA : 23 September 2010 TOTAL RM 87,496,651.82

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas