Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.
Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.
Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.
''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.
"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.
Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.
Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.
"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya. - Kedahlanie
21 August 2010
Tak Faham Bahasa Arab Punca Umno Penang Meroyan
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
guan eng
,
umno p.pinang
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
Siapa lagi kalau bukan si Zahid Hamidi tu.
Dah jelas dah...tak payah nak susah2 nak cari siapa.
Kalau si Zahid kata dia cuma dengak orang cakap....maka....lagi sekali dia kena di salahkan sebab dia pemimpin masyarakat dan dia yang mulakan. Kalau dia samar2 pasa; berita tu, dia patut kena selidik dulu dan bukan main bom aja. Kita tauhu la....berita yang macam ni memang di tunggu2 oleh UMNO yang busuk hati. Berita ni boleh jadi bom yang akan meletupkan Pakatan Rakyat. Tapi si Zahid ni bangang....sebab terlalu excited, dia terus keluarkan issu ni di media....tanpa mengetahui bom tersebut akan meletup di muka dia balik.
Betul ke? Atau Wajib ke dalam Islam untuk mendoakan kesejahteraan semasa Khutbah Jumaat pada AGONG / SULTAN / RAJA RAJA / UNDANG LUAK berEmpat(di Negeri Sembilan). Salah ke? Khatib munajat kepada Illahi agar memberi hidayah keislaman pada Ketua Menteri Pulau Pinang LGE.
Adakah Islam ( terutama pihak JAKIM) di Malaysia, menghalalkan perbuatan UMNO BN mengerjakan Sholat Hajat dan Bacaan Yassin di dalam Masjid untuk mendoakan calon yang terang terang berugama Hindu semasa Pilihan raya Kecil HULU SELANGOR.??????????
JAKIM, JAKIM berlaku adillah dalam menegakkan fahaman Islam .Jangan dik kerana makan gaji dengan kerajaan pimpinan UMNOBN , segala perbuatan UMNOBN yg kurafat dihalalkan oleh pihak JAKIM.
Post a Comment