Umno terus memainkan isu bacaan doa khutbah kedua, yang menurut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, menggantikan Yang Dipertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Di Jerlun, Kedah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata penukaran itu adalah cubaan untuk menarik seberapa banyak sokongan daripada masyarakat Islam.
Agensi berita Bernama melaporkan Mukhriz amat terkejut dengan berita itu.
Beliau berkata cara yang digunakan pihak pembangkang itu bukanlah cara terbaik untuk menarik sokongan masyarakat Islam untuk menyokong DAP.
"Saya sebenarnya tidak nampak bagaimana keadaan itu (doa khutbah) akan menarik lebih ramai sokongan masyarakat Islam kepada DAP. Lainlah kalau pemimpin sendiri yang mendoakan kesejahteraan rakyat tetapi sebaliknya pula berlaku," katanya. -tvs
21 August 2010
Mukhriz Dakwa DAP Guna Doa Khutbah Tarik Undi Penganut Islam
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
5 Komen :
Style pemimpin umno.......bercakap tetapi kesahihan berita belum pasti sahihnya.
Mengambil peluang menangguk di air jernih.Baru nampak macam pemimpin yang ambil berat pasal negara! Ptuiiiiihhhhhhhhh!!!!
Assalamualaikum,kalau betul yang terjadi di PP,apa hukmnya orang Islam berdoa kepada Allah untuk orang kafir?Dan sebagai Umat Islam saya ingin berkongsi cerita tentang ketakutan yang amat sangat puak Yahudi kepada Islam sehingga mereka sanggup ---->www.Ragam1Malaysia.Blogspot.Com
kah kah kah!
lawak bodoh zahid hamidi akan memerangkap siapa sahaja. Tengok bagaimana anak dr.Madey al-Kutty pun boleh tersangkut.
AnakDegil nak promote blog ke?? Minta la tuan jeebond linkkan..
Masa rejim Sukun dulupun dia ke masjid jugak, siap bersila dalam masjid dan buat kenduri doa selamat masa dekat-dekat pilihanraya.
Ramai juga katanya UMNO yang hadir pi nyumm-nyumm (makan). Tapi spesis Melayu mudah lupa ni jenis busuk perut bukannya nak ingat apa yang masuk dalam perut busuk tu.
Mengata dulang paku serepih,
Mengata orang UMNO tak letih, ke?
Post a Comment