Pakatan Rakyat dinasihatkan popularkan budaya politik yang lebih sihat dengan mengetepikan provokasi Senator Ezam Mohd Noor yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dan liwat.
Demikian nasihat Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) supaya rakyat tidak muak dengan budaya politik Pakatan Rakyat kelak sebagaimana mereka muak dengan 'politikng' Ezam di sesawang sosial Twitter belakangan ini.
"Ezam membawa politik kebencian, provokasi dan sumpah sana dan di sini yang sebenarnya tiada kena mengena pun dengan rakyat.
"Apa untungnya ini semua pada rakyat sedangkan mahasiswa terbeban dengan hutang PTPTN, buruh hidup melarat dengan gaji yang kecil, rasuah dan jenayah sana sini, apa untungnya rakyat.
"Sekarang ini rakyat dah muak dengan politik yang 'politiking' seperti ini, rakyat susah dan sepatutnya kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dengan budaya politik yang lebih sihat," ujarnya ketika dihubung Harakahdaily.
Beliau yang pernah menyertai Ezam menubuhkan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (GERAK) berkata, beliau sebenarnya mampu bertindak 'politiking' sebagaimana Ezam sanggup bersumpah palsu dengan mengfitnah Anwar, Ketua Pembangkang untuk menghadapi aduan qazafnya semalam.
Namun, katanya lagi, dengan memanipulasi sejarah silam Ezam langsung tidak menguntungkan rakyat.
"Kalau kita nak main-main sumpah seperti Ezam, kita boleh membangkitkan sejarah Zaid Mat Arif menuduh Ghani Harun mempunyai hubungan sulit dengan isteri Ezam waktu dia dalam penjara.
"Sampai sekarang, ketiga-tiga mereka dalam Umno dan kalau dimain politik sumpah dengan minta ketiga-tiga mereka ini saling bersumpah sekarang pun tak selesai masalah pokok yang dihadapi rakyat," ujarnya sambil menegaskan 'politiking' saling bersumpah tidak menguntungkan rakyat.
Beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, aksi terbaru Ezam itu semata-mata untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menyambung rezeki keluarganya.
"Dia sebenarnya nak cari makan untuk keluarganya selepas gagal berebut kasih pemimpin tertinggi keadilan (PKR)," beliau menambah.
"Kalau dia gagal tarik perhatian (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri), akar umbi Umno khususnya di Selangor kian pertikai anugerah Senatornya dan percaturan Najib ke atasnya untuk menghadapi pengaruh Anwar (Ketua Pembangkang)."
Dakwanya lagi, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi BN terpaksa mengambik keputusan tidak popular itu disebabkan beliau tidak mampu menghadapi Anwar.
"Bukan ada pun jasa Ezam pada negara, tetapi dia (Najib) terpaksa lantik Ezam sebab dia tiada pilihan untuk menghadapi Anwar," ujarnya.
Bagaimana pun, sekiranya Ezam dilihat gagal menjadi 'baju pelindung' bagi Najib khususnya di negeri-negeri yang pernah menjadi kubu kuat Umno, seperti Selangor, katanya Najib akan menyingkirkan Ezam.
"Kalau Si Ezam ini nampak tidak berguna lagi, dia akan disingkirkan kelak, zaman rejim Mahathir Mohammad mungkin relevan.
"Tetapi, saya yakin dia akan disingkirkan kerana gaya provokasinya tidak sesuai untuk menghadapi politik rakyat yang jauh lebih sihat," beliau menambah.
Pun begitu, beliau berkata, inisiatif Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin membuat aduan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) serta mencabar Ezam bersumpa petang semalam wajar dilihat sebagai suatu usaha menyuburkan politik sihat di samping menggunakan ruang perundangan syariah yang sedia ada.
Difahamkan inisiatif Shamsul itu merujuk pada Syeksen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang berbunyi, "mana-mana orang menuduh orang lain berzina (atau liwat) tanpa mengemukakan (saksi atau bukti), mengikut hukum syarak, empat orang saksi atau ikrar bahawa orang yang dituduh itu melakukan kesalahan."
Selain menuduh Anwar tanpa bukti dan saksi, Ezam didakwa qazaf ekoran tuduhan beliau kononnya Datik Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang juga Presiden PKR bersubahat melindungi perbuatan zina dan liwat itu.
"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seseorang isteri sanggup biarkan suami fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat.
"Azizah lindungi anwar sebagai isteri ok, tp (tapi) (tidak) x boleh biar anwar fitnah yg (yang) lain utk (untuk) tutup kejinya yang meliwat," tuduh Ezam seperti yang didapati pada Twitternya sejak 24 April lalu.
Haji Hadi pilih-pilih hujah agama bela Mastura - Saifuddin
12 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment