BlogList Malaysia

13 December 2009

Blogger Upahan Ariffahmi Kah Ini ??

TIDAK ADA PENIAGA KECIL YANG DIZALIMI DALAM ISU PEMINDAHAN KE BAZAR TOK GURU

Kickdefella menulis lagi tentang PMBK. Sukar untuk difahami apakah niat sebenar manusia yang mesra dengan gelaran kickdefella ini.

Amat difahami bahawa pelbagai pihak akan menghentam blog ini atas tindakan menjawab artikel kickdefella ini. Bagi blog ini, biarlah apa orang nak kata sekalipun, blog ini akan tetap menulis apa sahaja yang diyakini benar.

Pertama - Tidak ada seorang pun peniaga Bazar MPKB (setakat ini) yang tercicir daripada senarai pemindahan ke Bazar Tok Guru.

Kedua - Unit atau lot yang akan dijual kepada orang awam adalah unit lebihan yang diperuntukkan kepada peniaga asal Bazar MPKB.

Ketiga - Unit yang diperuntukkan kepada peniaga kecil yang berniaga di Bazar MPKB akan dijual kepada peniaga peniaga ini dengan harga mampu milik dan harga ini adalah jauh lebih rendah berbanding harga lot lebihan yang akan dijual kepada orang awam.

Keempat - Harga mampu milik ini belum lagi diputuskan oleh Lembaga Penasihat PMBK.

Kelima - Pertukaran lot atau unit tingkat bawah ke lot atau unit tingkat 1 dan tingkat 2 terpaksa dilakukan apabila design asal Bazar Tok Guru diubah atas tujuan mahu mempercepatkan pembinaan supaya pembinaan tersebut selesai sebelum PRU Ke 13.

Keenam - Pemindahan secara keseluruhan peniaga peniaga ke tingkat 1 dan tingkat 2 Bazar Tok Guru juga adalah bertujuan menyelaras dan menyusun atur para peniaga ini mengikut jenis barangan jualan yang dijual supaya tidak kelihatan bersepah dan tidak tersusun.

Ketujuh - Pembinaan Bazar Tok Guru ini perlu dipercepatkan bagi mengelakkan para peniaga yang berniaga di Bazar MPKB sekarang ini dipindahkan ke Bazar Tengku Anis di mana kemungkinan besar para peniaga ini akan menghadapi kesukaran sekiranya dipindahkan ke sana.

Ketujuh - Maklumat rasmi dan sahih berkaitan Bazar Tok Guru ini boleh diperolehi secara terus daripada Tok Guru Menteri Besar Kelantan, CEO PMBK dan Lembaga Penasihat MPKB. Sehubungan dengan itu, maklumat daripada sumber lain tidak boleh dijadikan sandaran untuk membincangkan soal ini.

Kelapan - Dokumen yang dikemukakan mungkin benar tetapi huraian dan penjelasan tidaklah selari dengan huraian dan penjelasan yang sepatutnya.(sumber)

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas