Pengerusi DAP dan peguam veteran, Karpal Singh hari ini berkata, beliau mengharapkan peguam negara akan mengeluarkan sijil fiat (yang berupa sijil kuasa) sebelum hujung tahun ini bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa Datuk V.K. Lingam atas pertuduhan cuba melobi pelantikan hakim-hakim.
Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menambah, sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar mana-mana peguam supaya menggunakan hak yang mereka ada untuk mendakwa Lingam, masa telah berlalu lebih sebulan tanpa ada apa-apa kebenaran diberikan oleh pejabat peguam negara untuk beliau berbuat demikian.
Selepas Nazri membuat tawaran itu, hanya Karpal yang tampil ke hadapan menyahut cabaran tersebut.
"Dia (Nazri) yang membuat cabaran itu dan selepas saya menyahut cabarannya, dia bertukar nada dengan berkata, dia perlu menyakinkan peguam negara untuk memberi sijil kuasa kepada saya untuk berbuat demikian," kata Karpal dalam satu sidang akhbar yang dipanggilnya untuk bercakap tentang hal ini, Ahad.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
2 hours ago
0 Komen :
Post a Comment