Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau tidak berhasrat untuk meminta maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung sikapnya yang dianggap biadab dan agak melampau.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, beliau yakin apa yang dilakukan adalah betul berdasarkan tanggungjawabnya sebagai seorang menteri.
Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak menyentuh perkara tersebut dalam pertemuan di Putrajaya semalam.
''Tak. Perdana Menteri tak suruh pun. Dia cuma kata, apa yang Nazri buat ini, orang tuduh saya (Najib) yang suruh," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, beliau telah dinasihatkan supaya tidak lagi menyentuh isu modul Biro Tatanegara (BTN) dan 'menyerang' Dr. Mahathir.
Mohamed Nazri sebelum ini melabelkan bekas Perdana Menteri itu rasis hanya kerana Dr. Mahathir mempertahankan modul asal BTN.
Kenyataannya itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkannya sebagai agak melampau.
Pertemuan dengan Perdana Menteri sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung semalam itu juga bertujuan menjelaskan kedudukan tentang tindakannya.
13 December 2009
Orang Besar-Besar Mana Layak Mintak Maaf
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
nazri aziz
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment