Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bakal berhadapan dengan tindakan digugurkan daripada jawatannya itu jika beliau didapati bersalah melanggar perlembagaan parti.
Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mStar Online.
"Tindakan yang boleh kita ambil ialah sama ada kita gantung keahlian, kita gugurkan keahlian ataupun kita akan gugurkan jawatannya...itu adalah mengikut peraturan dalam parti," katanya.
Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada Hassan dan beberapa pemimpin PAS negeri itu minggu lalu dan kini siasatan sudahpun dimulakan.
“Dan saya nak tegaskan bukan Hassan Ali sahaja, ada beberapa orang lagi yang turut disiasat," katanya tanpa mahu menyebut lain-lain nama pemimpin PAS Selangor yang turut disiasat.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa mereka yang disiasat itu akan dibicarakan seadil-adilnya mengikut saluran dan peraturan parti.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya keatas beberapa pemimpin PAS Selangor.
Ditanya sama ada memang terdapat kes terhadap Hassan, Tuan Ibrahim berkata: "Pertuduhan ada, tapi hanya diperingkat ini ialah pertuduhan. Jadi kita beri masa kepada dia untuk buktikan bahawa apa yang dituduh itu tak betul...lepas tu kita akan teliti, kalau ada kes kita akan panggil dia."
Naib Presiden PAS itu enggan mengulas lanjut kepada soalan sama ada siasatan itu turut melibatkan pemimpin tertinggi lain di peringkat negeri Selangor.
"Saya ingat nanti sampai masa anda akan tahu juga bila tindakan akan kita buat," katanya.
Tambah Tuan Ibrahim, pihak yang disiasat itu perlu mengemukakan penjelasan secara bertulis termasuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dalam masa 14 hari selepas menerima surat tunjuk sebab.
"Mereka akan kemukakan secara bertulis dalam bentuk dokumen,” ujar Tuan Ibrahim lagi.
09 November 2009
Semuga Hassan Ali Didapati Bersalah..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
hassan ali
,
pas terengganu
,
ug
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
5 Komen :
hassan ali di dapati tidak bersalah oleh lembaga displin, itu yg akan di tiba nanti jawapannya..
itu kalau dr hasan ali didapati bersalah...kalau tidak elok la nko letak muka nko dlm mangkuk tandas!
ini spesis blogger munafiq. nko suka sangat tengok org yg belum tentu bersalah dihukum.
nko nak mendahului jawatankuasa disiplin ke? tak pun nko ambik alih jek tugas tuan ibrahim tuh!
aku cabar blogger2 macam nko sila buat satu posting membuktikan pengkhianatan dr hasan ali terhadap pas!
sampai hari ni aku belum jumpa walau sepatah posting dari mana2 blogger yg berjaya membentangkan tuduhan2 mereka secara berfakta. yg ada tulisan merepek dan merapu macam anjing gila ada aa..!!
pi mampuih lah blogger munafiq!!!
SIAPA PEMBOHONG DAN SIAPA YANG BETUL
Berberapa hari lepas, ada berberapa geng-geng blogger anti pembangkang mendedahkan tentang cerita bai'ah mengarut yang dibuat oleh pas kepada semua Ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyat, dalam bai'ah tu menyebut, barang sesiapa yang meninggalkan parti pas (lompat parti) maka akan gugurlah talak tiga ke atas isterinya. det pun ada keluarkan cerita tu, malangnya det dimaki kaw-kaw oleh berberapa penyokong pas yang tahu no hp det, mereka suruh det tarik balik cerita tu kononnya det buat fitnah, "fitnah apak kau"
Dan semalam cerita yang dikatakan fitnah oleh puak-puak jumud ini di sahkan oleh ahli dewan rakyat kawasan shah alam iaitu khalid samad @ khalid gereja, dia sah kan cerita tu dalam akhbar utusan dan nst yang mana memang wujud bai'ah seperti itu dalam pas.
Siapa ada tengok Buletin Awani semalam, semasa ucapan hadi di seminar politik pas, hadi menafikan sekeras-kerasnya yang wujud bai'ah bodoh macam tu dalam pas, kata hadi lagi, majlis syura pas tak pernah mensyaratkan bai'ah macam tu kepada setiaap ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyatnya, tapi khalid samad @ khalid gereja mengaku yang memang ada bai'ah macam tu, soalannya sekarang ni yang mana satu betul hadi atau khalid samad?
apa salahnya berbeza pandangan dan pendapat...rasa tak salah kalu hasan sokong kerajaan perpaduan ke apa namun islam jadi dasar...habis tu tok guru hadi pun kena pecat la kerana selalu ceramah pasal kerajaan perpaduan dulu...usahlah bepecah kerana macai macai dap yg anti hassan ali...
cina buta untuk disewa...
Post a Comment