Orang ramai bertanya mengapa Ustaz Azhar (daei sejuta umat) tidak dalam program PGU6.0 peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Paka, Dungun?.
Orang ramai risau dan takut takut Ustaz Azhar yang disayangi oleh umat Malaysia, tak kira umur dan status dan sebagai ikon untuk genarsi muda mudi. Orang ramai takut ustaz Azhar menyeberang sebelah sana (UMNOlah).
Menjadi kebiasaan setiap program besar PAS , nama ustaz Azhar Idrus menjadi ikon dan sumber inspirasi perjuangan PAS dan anak anak muda mudi. Walaupun kelibat ustaz Azhar tidak hadir, PGU6.0 juga berjaya dan mencapai matalmat.
Rata rata pengunjung PGU6.0, terutama anak anak muda dan belia serta beliawanis kurang menyegat dan kurang garam serta adunannya.
Kami ajukan kepada orang kuat PGU6.0, ketiadaan ustaz Azhar dalam siri program mega terutama PGU di Paka , Dungun. Jawapam yang kami terima ustaz Azhar telah ada satu temu janji .
Mungkin juga jawatankuasa PGU6.0 tidak bincang dengan ustaz Azhar terlebih dahulu sebelum dilaksanakan PGU6.0 Paka. Jika itu jawapan yang diberi kami anggap tidak munasabah dan tidak cerdik jawapan dari pehak penganjur.
PGU 6.0 Paka Dungun Terengganu adalah satu satunya Progaram yang paling berjaya jika diambil kira jumlah kehadiran orang ramai dianggarkan 60,000 orang. Syabas kepada ketua dan Timbalan Program PGU.6.0 iatu suadar Haji Ariffin dan Haji Hanafiah Mat.
Kami sebagai pemerhati serta melihat mood orang ramai malah kami bertanya secara rawak, jawapan yang diberi BN/UMNO Terengganu tergugat yang amat sangat PRU13. Jika menang pun hanya sekadar majoriti yang kecil dan sukar memerintah.
Kami juga bertanya kumpulan UMNO yang hadir dalam PGU6.0, peluang PAS Terengganu cerah jika pengundi pengundi hantu tidak boleh mengundi, tapi jika pengundi-pengundi tersebut boleh mengundi dan berjaya diuruskan oleh SPR dan JPN serta kerjasam BN/UMNO Terengganu peluang PAS Terengganu sedikit sukar.
Untuk rekod pengundi pengundi hantu telah sedia ada dalam daftar mengundi SPR tahun PGU 2008 yang telah diurus sedia oleh UMNO Terengganu dengan tujuan untuk merampas kembali dari tangan PAS."
(Orang ramai memenuhi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Terengganu di Kuala Paka - Foto Nurulslah)
DUNGUN: Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.
“Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN,” tegasnya.
Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.
“Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka,” ujarnya.
Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.
Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang.
Himpunan kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang.
Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan di tapak yang sama.
Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, kira 50,000 rakyat sudah hadir untuk mendengar amanat pimpinan.
Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu).
Turut akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Umno makin angkuh dengan rakyat, bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk sekolah agama al Bayan di Paka, tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka.
"Mereka pecahkan kepada 5 lot banglow untuk JKKK, pejabat tanah maklumkan ia diluluskan melalui campur tangan orang Umno," kata Muhyidin dalam ucapannya lagi.
Di Setiu pula, katanya, 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar.
"Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun..kezaliman Umno terserlah," katanya.
Pemimpin Pas dan PKR Terengganu sepatutnya menjaga mulut masing-masing dari mengeluarkan kenyataan yang boleh mengusutkan keadaan. Waktu ini semua pihak perlu sedar, sesiapa yang tersalah cakap menyebabkan kedua-dua pihak akan menghadapi masalah. Pihak UBN akan mengambil kesempatan atas kesilapan itu dan akan memberi gambaran Pas dan PKR Terengganu bermasalah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Lujnah Kebajikan Pas, Abu Bakar Chik PKR hanya diberikan tujuh kerusi saja, (lima Dun dan dua Parlimen) tidak sepatutnya keluar dari mulut beliau. Abu Bakar tidak berhak membuat kenyataan sebegitu. Orang yang mempunyai autoriti bercakap ialah Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.
Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata alasan itu kerana Pas jauh lebih kuat berbanding dengan PKR. Memang semua orang tahu yang Pas jauh lebih kuat dan bekerlayakan untuk memimpin Terengganu berbanding dengan PKR. Tahun 1999 Pas telah pun berjaya menubuh kerajaan di negeri Penyu Menangis itu. Itu menunjukkan Pas kuat.
Tetapi Pas perlu ingat bahawa kemenangan Pas itu bukan kemenangan mutlak, bersendirian. Kalau tidak banyak, sedikit pun kemenangan itu dibantu oleh PKR. Isu yang menimpa Anwar waktu itu menyebabkan rakyat mabuk dan menyokong Pas dan Pakatan Rakyat. Sumbangan secara tidak langsung Anwar dan PKR untuk kemenangan itu tidak boleh dinafikan. Kalau Pas bersendirian mungkin Pas belum merasai membentuk kerajaan negeri.
Menghairankan kenapa soal kerusi menjadi rebutan di antara kedua-dua parti yang duduk dalam satu bakul itu. Sepatutnya mereka berfikir untuk menang bukannya mempertikaikan soal kerusi yang boleh membawa kepada carit kemudian bekah. PKR sendiri juga wajar menerima apa yang Pas berikan untuk mereka. Jangan terlalu gopah membuat kenyataan. Berkira dan berunding dulu kemudian bergaduh. Paling afdal ialah biar Pakatan Rakyat menguasai Terengganu dulu barulah bergaduh.
Tindakan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail memberi reaksi kepada kenyataan Abu Bakar Chik itu tidak wajar. Azan tidak patut enimbulkan soal parti itu pengemis di Terengganu. Perkataan digunakan itu menghinakan diri sendiri. Tidak terdengar yang pihak Pas beranggapan begitu. Jadi tidak perlu Azan mengulas lebih jauh dan prejudis kepada Pas.
Kedua-dua pihak perlu sedar pembahagian kerusi di Terengganu saya yakin belum muktamad. Jadi kalau sesuatu yang belum muktamd untuk apa bercakap mengenainya. Cakap-cakap kedai kopi atau dari pemimpin kecil yang tidak berautoriti sepatutnya tidak dilayan. Semua pihak perlu menjadi cerdik dan orang tua dalam politik.
Dalam hal ini kedua pemimpin baik Abu Bakar dan Azan Ismail saya tenguk tidak cerdik dan akal politik mereka hanya sepanjang akal penyu sahaja. Mereka seharusnya tidak menggunakan media untuk mencakar di antara satu sama lain. Kalau hendak bergaduh pergilah ke pantai dan bergasaklah di sana.
Saya menaruh kepercayaan kepada pucuk pimpinan Pas Terenggau khasnya Presiden Abdul Hadi Awang untuk menyelesaikan soal pembahagian kerusi ini seadil dan semampan boleh. Dalam masa terdekat ini mungkin beliau akan berjumpa atau berunding dengan Anwar mengenai kerusi. Apa-apa yang mereka putuskan nanti perlulah dihormati semua pihak.
Baik Abdul Hadi dan Anwar keduanya lebih rasional dan profresional dalam menyelesaikan perkara ini. Tunggulah keputusan dan pengumuman dari mereka. Jadi pemimpin otak sepanjang ekor penyu usahlah bercakap kerana cakap-cakap anda tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya boleh memborakkan lagi keadaan. Apakah anda mahu Pakatan kalah di Terengganu? [wm.kl.8:35 pm 14/04/12]
KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’
Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.
Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.
Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.
Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.
Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.
Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu
Kalau benarlah Menteri Besar Terengganu Ahmad Said menyifatkan Pas sebagai Parti Ajaran Sesat, para pemimpin Pas khasnya Pas Terengganu tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas MB yang bermata perit-perit itu. Tidak perlu bertolak ansur saman saja MB kurang garam itu.
Tuduhan atau serangan politik Ahmad itu sudah melampau. Dia telah menghina Pas dan tuduhan itu juga merupakan fitnah besar. Mungkin tuduhan seumpama itu boleh dilakukan kepada ajaran Ayah Pin di Besut tetapi bukan Pas. Pas adalah sebuah pertubuhan siasah yang berdaftar dan mempunyai maruah serta keahilian lebih 1 juta.
Kalau ayam kemacar Umno atau bloger polong membuat tuduhan itu tidak mengapa. Ia setaraf dengan tahap pendidikan yang mereka miliki dan cara berfikir bloger-bloger polong. Ini Ahmad Said seorang MB sebuah negeri tidak patut membuat kenyataan itu dalam keadaan bagaimana sekali pun.
Mat Said dipetik sebagai berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian wang kerajaan - BP1M di Kijal dua tiga hari lepas.
Ahli Jawatankuasa Pas Abu Bakar Chik marah dengan kenyataan Mat Said itu dan dilaporkan sebagai berkata memberi tempoh tertentu agar Mat Said menarik balik kenyataan itu jika tidak tindakan akan diambil.
Sebenarnya tidak guna Bakar Chik memnberi amaran lagi kepada orang seperti Mat Said yang tidak tahu menghormati langsung perasaan dan hati orang lain. Kenyataan Mat Said itu juga tidak mengukur ke diri partinya terlebih dahulu. [wm.kl.2:09 pm 10/02/12]
KUALA TERENGGANU - Kekalahan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana PAS ditolak oleh rakyat tetapi adalah kerana penipuan dan manipulasi terancang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kekalahan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 bukan ditolak oleh rakyat.
Hakikatnya, kata beliau kekalahan tersebut bukan kerana PAS dibenci oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN Terengganu.
Menurutnya, Umno-BN telah membawa masuk sejumlah pengundi yang ramai serta tidak dikenali oleh jentera parti.
“Kita (PAS) kalah PRU 2004, kalah bukan rakyat tolak tetapi kalah dengan penipuan. Mereka (Umno) masuk (daftar) pengundi yang ramai dan mereka (pengundi) yang tidak dikenali.
“Saya percaya rakyat Terengganu masih mengundi kita (PAS). Barisan Nasional menang dengan tipu. Sekarang sudah berlaku perubahan di seluruh negara,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 di Restoran Ocean, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, 3 Februari lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan masyarakat Tionghua (Cina) dan masyarakat India lebih kedepan inginkan perubahan kepimpinan negara.
Ini kerana, katanya akhbar berbahasa Cina dan Tamil (India) lebih bersifat terbuka membuat laporan berita berbanding dengan akhbar Melayu.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, akhbar berbahasa Melayu yang pro-kerajaan pula masih ‘lemah’ (hilang integriti) serta dikongkong pemikirannya.
“Masyarakat Cina, masyarakat India lebih ‘cepat’ (sedar) kerana surat khabar Cina, surat khabar India banyak melaporkan berita. Surat khabar Melayu masih ‘lemah’, tiada integriti dan dikongkong fikiran.
“Kami (PAS) mahu orang Cina bertahan dengan menyokong kita. Kita (PAS) kempen lagi supaya orang Melayu buat perubahan. Sekarang seluruh dunia sudah berubah,” ujarnya di hadapan hampir 300 hadirin.
Kata Dato’ Seri Abdul Hadi, perubahan yang berlaku mutakhir ini sangat membanggakan PAS sebagai sebuah parti yang berasaskan agama (Islam).
Menurutnya, rakyat mahukan perubahan agar wakil rakyat yang dipilih mewakili mereka mempunyai kebolehan dan ketokohan dalam membela serta menegakkan keadilan.
“Perubahan (sikap) yang sangat membanggakan kita (PAS). Perubahan yang kita (PAS) tidak pernah terfikir sebelum ini.
“Calon PAS yang bertanding lawan calon MCA, orang Cina boleh undi PAS lawan MCA. Calon DAP lawan Barisan Nasional, orang Melayu boleh kerja menangkan calon DAP.
“Orang (pengundi) mahu bukan bangsa wakil rakyat tetapi mahu kebolehan dan ketokohan wakil rakyat yang boleh membela, menegakkan keadilan untuk mereka,” jelasnya.
Sehubungan itu, kata Ustaz Abdul Hadi kedatangan Islam ke negeri China lebih awal berbanding dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu ini.
Katanya, terdapat 100 juta umat Islam di negara China dan orang Islam terlibat secara langsung dengan kerajaan China.
“Islam masuk ke negeri China lebih awal masuk dari Tanah Melayu ini. Di China ada 100 juta orang Islam dan orang Islam terlibat dalam kerajaan China terutama di zaman Dinasti Ming orang Islam jadi Menteri Kewangan dan orang Islam jadi Panglima Tentera,” ujarnya.
Menurutnya, kehancuran sesebuah pemerintahan itu apabila umat Islam mula meninggalkan ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW
Bersih 2.0 : Penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun cetus semangat anak muda
"Bermula dengan sebaran sms berita penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun pada 620 petang, Balai Polis Dungun terus menerima kedatangan bertali arus pemuda-pemuda Dungun yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Sheikh Hanafi.Turut awal berada di situ ialah ADUN Sura yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Md Ramli.
Mereka juga bersolat Maghrib dan Sunat Hajat secara berjemaah di hadapan pintu pagar Balai Polis Dungun yang diimamkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahri Mamat
Penahanan beliau adalah sebahagian daripada tindakan provokasi polis menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Bermula dengan tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian milik Ketua Pemuda PAS Dungun itu.
Pihak SB dikesan berpakaian kemeja berlengan pendek yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun bagi mengelabui orang ramai.Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Ketua Pemuda PAS Dungun sempat dirakam oleh lensa Team IT Pemuda Dun Sura dimana Saudara Sheikh Hanafi meminta penjelasan polis atas tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian itu.
Ketika itulah pihak SB mengarahkan tangkapan dibuat dan Sheikh Hanafi dimasukkan ke kereta polis menuju ke Balai Polis Dungun kira-kira jam 615 petang.Tangkapan dibuat ketika lalu lintas agak sesak akibat Pasar Malam Sura Gate yang beroperasi di tapak berhadapan dengan rumah Sheikh Hanafi.
Bermulalah sebaran sms dan hadapan Balai Polis Dungun begitu cepat dipenuhi anak-anak muda bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Pemuda PAS Dungun itu.Himpunan aman ini terus dikunjungi pemuda-pemuda termasuk dari Dun Bukit Besi dan Dun Paka.
Setelah diambil kenyataan dan ditahan selama 3 jam, saudara Sheikh Hanafi dibebaskan pada jam 9.10 malam.Pembebasan beliau disambut laungan takbir dari orang ramai yang menunggu sejak petang lagi.
klik DI SINI untuk gambar-gambar di tempat kejadian & himpunan aman hadapan Balai Polis Dungun"
'Angin perubahan yang bertiup' bersama kebangkitan rakyat akan membawa program 'PAS Ganti Umno' ke sempadan negeri Kelantan setelah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.
PAS Terengganu akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Kedua yang akan di adakan di bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac ini.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, ia adalah antara usaha PAS yang berhasrat untuk kembali memerintah negeri Terengganu sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004.
Dato' Ustaz Harun Taib berkata, bagi tujuan itu, PAS Terengganu terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat.
‘‘Kita berhasrat dan memang berniat untuk merampas semula negeri Terengganu, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang dijalankan sejak tahun 2004 hingga 2008 , dan 2008 hingga sekarang,
"jadi oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menggempur (menawan) hati pengundi, kita nampak mengikut program PAS Pusat ada satu program yang amat menarik iaitu "PAS Ganti Umno","katanya pada sidang media selepas mesyuarat politik di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu, Khamis 10 Mac.
Menurutnya, kejayaan Himpunan PGU kali pertama menyebabkan Umno 'tergamam' dan tidak dapat berkata-kata apabila melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun menyokong PAS.
"Setelah kita buat ini (PGU Kali Pertama) kita gempur Umno untuk kita lihat reaksi dia, tetapi dia senyap (tergamam) tidak (dapat) berkata apa-apa, tak ada jawapan dari Umno, sebab itu kita kena buat ke sempadan Kelantan, kita rasa disini kita boleh gempur (Umno) sekali lagi,"katanya
Justeru, katanya, PAS akan melengkapkan pusingan membawa kebangkitan rakyat ke seluruh negeri Terengganu dengan menamatkan program PGU sebelum pilihanraya umum yang ke 13.
"Saya lihat ada kebenaran (tentang kebangkitan rakyat) dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, (dulu di Selatan) kita akan buat di Utara termasuk Besut dan Setiu, kita bercita-cita untuk buat (Himpunan PGU) diperingkat Tengah pula, sebagai penyudah atau penamat yang mungkin akan sampai kepada garis (tarikh) pilihanraya (umum) yang akan datang,"tegasnya
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut serta Setiausaha Perhubungan PAS, haji Yahaya Ali
NOTA EDITOR: Saya mendapat email dari salah seorang pembaca saya. Sekiranya benar pendedahan ini, saya meminta supaya penulis sanggup menjadi saksi. Kalau beliau sanggup, saya akan membuat aduan rasmi salah laku kepada SU Agung bagi diambil tindakan disiplin diambil terhadap para konspirator ini.
Sila hubungi saya pada bila-bila masa. Saya bersedia berbincang.
(BERMULA) Salam Tulang Besi,
Syabas sebab dedahkan Dr Shamsuri dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor. Sebenarnya, kes Dr Shamsuri ini lebih mendalam lagi perkaitannya. Saya salah seorang yang menghadiri siri-siri mesyuarat dan perbincangan mereka sebelum pemilihan PAS 2009 (dan selepas).
Blog Anti Husam adalah sebahagian dari perancangan mereka. Ketua kepada Blog Anti Husam ialah Suhaimi Embong dan Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu).
Mereka-mereka yang terlibat dalam konspirasi ini antaranya Dr Khazani Abdullah-CEO Sigtech, Dr Supyan Husin(pensyarah UKM), Dr Kayu, Suhaimi Embong, Mohad Adram, Dr Shamsuri (SU Politik Presiden), Roslan SMS, Najman dan ramai lagi.
Juga ada diantara mesyuarat ini telah dijemput SU Sulit Presiden PAS, Sdr Zaihan. Mereka ini ada buat satu NGO nama “Kumpulan Ilmuan” yang banyak mencuba untuk mendapat kontrak dari Kerajaan Selangor.
Dr Kayu adalah “Naqib” mereka semua ni. Saya hairan apa hebatnya ilmu Dr Kayu kerana beliau bukan pun Pensyarah Fakulti Islam UKM.
Mereka buat banyak pertemuan-pertemuan. Ada di Bangi, di Serdang, di SIGTECH dan banyak lagi. Tujuan pertemuan untuk menjatuhkan geng Erdogan yang mereka benci.
Ramai betul SU-SU yang berkaitan dengan pejabat Presiden terlibat dalam konspirasi ni. Tujuan utama konspirasi ini adalah menjatuhkan geng “Erdogan” dalam PAS.
Perkataan “Geng Erdogan” ini mereka yang cipta untuk melabel orang-orang seperti Husam Musa, Dr Syed Azman, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Dzul Ahmad dan beberapa orang lagi. Misalnya, pengunaan Pemuda Gombak untuk menjatuhkan Dr Hatta Ramli di Gombak adalah salah satu rancangan mereka. Saya ada merakam beberapa pertemuan ini secara rahsia dan bila waktu nya sesuai saya akan dedahkan rakaman itu.
Apa dosa "Geng Erdogan"? Mereka tak setuju PAS bekerjasama dengan UMNO dan tidak menguatkan Pakatan Rakyat. itu aje.
Perancangan-perancangan mereka cukup jijik dan tidak ada akhlak Islam. Termasuk perancangan mereka:
a. Menyebar fitnah terhadap Husam Musa melalui blog Anti Husam b. Menjatuhkan Dr Hatta di peringkat Kawasan Gombak dengan menggunakan Pemuda Gombak c. Memastikan Dr Syed Azman tidak menjadi calon di PRK Kuala Terengganu walaupun majoriti cawangan di sana menyokong Syed Azman d. Menyebarkan khabar fitnah kononnya ada “Proksi Anwar” dalam PAS e. Mengagalkan Sept 16 dengan nasihat-nasihat songsang mereka f. Memacu konspirasi menjatuhkan MB Selangor g. Kononnya kepimpinan ulama akan dihancurkan h. Kononnya ulama PAS akan dibuang i. Kononnya kepimpinan ulama wajib dipertahankan dari diserang.
dan banyak lagi. Segala fitnah yang mereka sebarkan terhadap Husam Musa dan kumpulan “Erdogan”adalah bersumber dari puak-puak ini.
Yang saya nampak, mereka mendapat sokongan yang padu dari Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, di dalam melakukan kerja-kerja fitnah mereka.
Saya sendiri terlibat dalam menyebarkan beberapa fitnah ini dan saya merasa amat tertekan. Saya berharap dosa saya akan diampunkan Allah SWT hendaknya.
Syukur Dr Shamsuri telah didedahkan konspirasi beliau di dalam menjatuhkan MB Selangor. Semoga Allah menurunkan hukuman yang setimpal dengan kerja jahat Shamsuri.
Dua sebab utama mengapa geng mereka (Kumpulan Ilmuan) benci dgn MB Selangor:
1.0 Kumpulan Ilmuan dibuang dari senarai program “SPICE” 2.0 Percubaan mereka meletakkan orang-orang mereka untuk menguasai Kolej Universiti Islam Selangor ditolak oleh MB Selangor
Maka, tidak hairanlah Dr Shamsuri begitu bersemangat untuk menjatuhkan MB Selangor kerana membalas dendam.
Saya diberitahu, Dr Khazani melalui SIGTECH sedang dalam proses untuk mendapat kontrak-kontrak dan projek-projek yang besar-besar dari UMNO terutamanya UMNO Terengganu. Itulah sebabnya dia sokong sangat menubuhkan kerajaan UMNO-PAS. Supaya projek senang dapat.
Mudahnya, mereka adalah kaki-tangan kepada Harun Taib dan Geng Terengganu untuk menghancurkan kumpulan yang Harun Taib tak suka. Oleh kerana Harun Taib mahukan kerjasama dengan UMNO, maka mereka pun buat kerja hancurkan kepala-kepala penentang kerjasama dengan UMNO yang digelar “Geng Erdogan”.
Suhaimi Embong terus menerus berbohong kononnya dia terlibat dalam blog AntiHusam. Kalau dia terus menerus berbohong begitu, saya akan serahkan bukti pada TB akan keterlibatan beliau dan Dr Kayu.
Mereka ini sudah macam tiada agama. Saya menyesal ikut mereka. Saya tak tau berapa banyak dosa fitnah telah saya lakukan. Saya tak tau samada dosa saya akan dimaafkan oleh Allah atau tidak. Saya masuk PAS untuk berdakwah dan berbuat pahala, bukan untuk menyebar fitnah dan bohong macam ni.
PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu, kata setiausaha agungnya.
Menyifatkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa itu “luar daripada etika dan norma politik biasa”, Datuk Mustafa Ali yakin penguasaan BN sukar dikekalkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“(Apa yang berlaku pada 2004) ini di luar jangkaan kita. Kita tidak jangkakan begini permainan BN. Saya sebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu dengan kerjasama SPR (terlibat).
“Kita ada bukti orang tertentu bertanggungjawab. Berdasarkan undi biasa kita tidak (akan) kalah lagi,” katanya yang juga veteran PAS Terenggnu.
Mustafa diminta mengulas kegagalan PAS di negeri itu dalam dua pilihan raya umum berturut-turut ketika beliau memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti.
Kekalahan PAS negeri itu dalam keadaan Pakatan Rakyat menang besar pada Mac 2008 membentuk persepsi berhubung kewibawaan pemimpinnya daripada negeri itu, yang kebetulan memegang banyak kedudukan strategik dalam parti.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mustafa berkata, berdasarkan perubahan sokongan dan pertambahan pengundi secara 'biasa', mustahil BN dapat merampas negeri itu daripada penguasaan PAS.
Mustafa berkata, pada tahun tersebut, pertambahan jumlah pengundi terbanyak berlaku di Terengganu sehingga 15 peratus berbanding negeri jirannya Kelantan - yang juga dikuasai PAS - dengan hanya 4 peratus.
“Tumpuannya pada 2004 itu, Terengganu mesti dijatuhkan walau apa halangan sekali pun. Tumpuan pun tidak dibuat di Kelantan seperti itu,” katanya.
Bagaimanapun melihat perkembangan semasa dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mustafa berpendapat:
“Tetapi sekarang ini mereka kena tumpu pada banyak negeri. Jadi kita lebih yakin hadapi pilihan raya yang akan datang dengan lebih baik.”
Mustafa juga berkata, pengurusan pilihan raya seperti urusan pendaftaran yang dijalan di pejabat pos - yang didakwa banyak kelemahan - tidak boleh lagi dilakukan pada masa depan.
Katanya, suasana politik di Kelantan tidak boleh dibandingkan dengan negeri jirannya itu kerana negeri itu telah diperintah hampir 20 tahun.
“Sebahagian besarnya sudah sebati dengan PAS. Walaupun kita jatuh pada (pilihan raya ) 1978 bila pulih, rakyat sokong balik,” kata Mustafa.
Ulasan GB
Ringkas sahaja, dengan keangkuhan pemimpin dan juak-juak PAS Terengganu disamping gagal menghargai kritikan yang diserlahkan sehingga kini, tidak sukar untuk kita meramalkan, mereka tidak akan dapat menawan Terengganu semula.
Begitu jugalah replika mereka di Selangor seperti Hassan Ali & Iskandar Samad, Tuan Ibrahim & Nasruddun Tantawi di Pahang, Nasaruddin Isa & Nik Amar di Kelantan dan Idris Ahmad & Misbahul Munir di Perak.
Maaf cakap, majoriti ahli-ahli PAS sendiri dah skeptikal dan meluat dengan mereka dengan sikap lalang mereka sehingga ada yang menikam kawan sendiri, apa tah lagi rakan-rakan lain di dalam Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP.
Kecualilah mereka berubah, insyaAllah ramalan GB biasanya tepat greenboc.blogspot.com
Abdul Rahman atau dikenali dengan nama penanya ‘Tulang Besi’ yang konsisten menentang keras idea kerajaan perpaduan dan muzakarah PAS-Umno berkata, penguasaan kumpulan tersebut berleluasa terutamanya di pejabat presiden.
“Tengok dalam pejabat presiden itu, semua orang Terengganu, (setiausaha politik) Dr Samsuri Mokhtar, setiausaha itu, setiausaha ini semuanya orang Terengganu,”
Penguasaan pemimpin-pemimpin Terengganu di peringkat pusat PAS, antaranya di kerusi presiden, setiausaha agung, Dewan ulama, Dewan Pemuda, akhbar organ parti Harakah dan unit IT PAS, sentiasa disebut-sebut. Baca di sini
Terkini , Mustafa Ali telah membakulsampahkan aduan Abdullah Karim atas alasan ‘tidak cukup merit’. Sebelum ini Mustafa mendakwa bahawa aduan-aduan tersebut baru dihantar kepada pihak berwajib beberapa hari lalu tetapi telah dinafikan oleh Abdullah.
Tiada siapa yang tahu pun, bahawa Dr Hasan dan Nasharuddin yang memanggil bloggers umno dan menggeluarkan kenyataan berkaitan rahsia dalaman parti dilepaskan begitu sahaja…
Mengikut Mustafa , aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian jawatankuasa disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat jawankuasa pusat.
Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.
Semua yang terlibat dalam drama diatas adalah geng Perpaduang.Benarlah sebagaimana dikata orang : tindakan politik presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikawal oleh geng Perpaduang? Fikir-fikirkanlah sendiri…. / end
Adakah JK Disiplin tidak takut pembalasan dari Allah SWT? Adakah JK Disiplin tidak menyedari mereka telah melakukan kezaliman yang nyata ke atas Khalid Samad? Adakah JK Disiplin merasakan mereka berada di atas syariat Allah SWT?
Bagi saya, mulai hari ini, Ustaz Tuan Ibrahim tidak layak lagi menggelarkan dirinya sebagai pejuang Islam mahupun pendakwah Islam selagi kezaliman ini tidak dibetulkan.
Mana mungkin orang yang melakukan kezaliman ke atas saudara seislam yang lain boleh menjadi pentunjuk dan panduan dari segi ISlam? Sedangkan seorang wanita di zaman Nabi Musa dimasukkan ke neraka semata-mata kesalahan menzalimi seekor kucing. Apatah lagi sekarang ini kezaliman dilakukan ke atas seorang manusia bernama Khalid Samad.
Saya dinasihatkan oleh beberapa pimpinan PAS supaya jangan mendedahkan rakaman ini kepada umum untuk menjaga imej PAS. Tapi nampaknya JK Disiplin sendiri tidak hirau pasal imej dan maruah PAS di mata umum. Yang JK Disiplin pentingkan adalah kepentingan politik dalaman beberapa kerat pemimpin PAS yang sudah kemaruk mahu berselingkuh dengan UMNO.
Takpalah, kita serah pada Allah SWT sahaja kes ini. Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Aku rasa sudah berapa hari nak masuk minggu dah TKO menyiarkan tulisan Batu Api2. Banyak betul nama Batu Api ni sehinggakan ada Batu Api2 pulak. Jika ada Batu Api2, mestilah ada Batu Api 1 atau Batu Api saja. Tak kiralah Batu Api berapa ratus pun, tapi Batu Api tetap Batu Api.
Serangan Batu Api nampaknya khusus kepada Tulang Besi TB) ni. Aku pun tak kenal TB ni kecuali aku membaca tulisan-tulisannya saja termasuk juga aku tak kenal Batu Api walaupun Batu Api dari No 1 hingga ke nombor berapa entah. Posting terbaru Batu Api2 aku baca bila dia beranggapan bahawa TB ini lah Blog `Celaka' yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Tulisan beliau boleh dibaca di sini.
Pandai juga Batu Api2 ini menyelami perasaan Tok Guru. Setakat TB tu lagi la mudah dia tahu niat TB tu sedangkan niat Tok Guru pun Batu Api2 tau. Tak hairanlah jika macam-macam Batu Api kata kat TB. Aku pun bukan semua yang aku setuju dengan TB ni sebagaimana aku juga tidak menolak semua yang Batu Api2 ni dok tulis. Tapi sikap dia yang tidak pernah puas menulis tentang TB ni menjelekkan. TB pun ada menulis tentang Batu Api2 dan juga tentang TKO, tapi ada juga masa TB ni berhenti menulis. Yang Batu Api2 ni tidak boleh berhenti walau sekejap ni kenapa? Masih tidak puas hati lagi ke dengan TB?
Cukup-cukup lah tu wahai Batu Api2. Tidak cukup dengan TB, awak hentam juga Perisik Rakyat. Kononnya Perisik Rakyat tu sekutu TB. Aku cuma harap Webmaster TKO janganlah biarkan benda ni berlarutan. Kalau nak menyerang pun, biar kita dulu diserang. Kalau orang dah sejuk, kita cubalah sejuk juga.
Dengan bantuan ahli UMNO bernama Arifahmi dan beberapa ahli keluarganya, maka sekarang ini Tok Guru telah berjaya dijinakkan. Selepas ini, apa sahaja usaha dari Fraksi UMNO tidak akan lagi ditentang oleh Tok Guru Nik Aziz kerana ahli keluarga serta ahli UMNO bernama Arifahmi telah berjaya menjinakkan Tok Guru.
Bayangkan selepas ini kalau Ustaz Harun Din dan Ketua Dewan Ulama PAS tiba-tiba keluar kenyataan bahawa bekerjasama dengan UMNO lebih syariee dan lebih hampir dengan kehendak Islam. Apa yang kita dalam PAS boleh buat?
Tok Guru pula pada masa itu samada telah bersara ataupun tidak akan bersuara kerana berjaya disenyapkan oleh ahli keluarga Tok Guru seperti Ahli UMNO bernama Arifahmi dan Nik Abduh. Kita semua tahu Nik Abduh pro kepada Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang. Dia tulis sendiri dalam blog dia.
Di kala itu juga kesemua penasihat-penasihat Tok Guru adalah mereka yang sealiran dengan Nik Abduh dan ahli UMNO yang bernama Arifahmi. Sekarang pun calon2 menggantikan Annual Bakhri dicadang dan dipilih oleh Nik Abduh dan Arifahmi. (Itu maklumat yang saya dapat).
Maka, kesemua kepimpinan PAS di peringkat Kawasan dan Cawangan kesemuanya akan “wala’” dan mengikut 100%. Kita pun tahu Presiden PAS hanya akan mengikut kehendak “Geng Terengganu” dan tidak akan menolak kehendak “Geng Terengganu”.
Presiden lebih sanggup menerima kehendak Geng Terengganu dan menolak majoriti dari permintaan AJK PAS Pusat. Terbukti sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini dimana PResiden menolak kehendak majoriti AJK PAS Pusat yang mahukan Hasan Ali dipecat hanya kerana Geng Terengganu sayangkan Hasan Ali.
Di kala itu, akan masuklah PAS ke dalam BN. Ahli2 PAS semua akan takut menentang kerana takut dilabel tidak wala’ kepada ulama. Sampai sekarang pun majoriti Pemuda PAS menjaja wala’ ni ke hulu ke hilir dan tidak mahu menggunakan akal mereka yang sehat. Mereka lebih suka menggunakan alasan “wala’” dari menggunakan akal yang Allah SWT berikan kepada mereka.
NIK ABDUH PRO MUZAKARAH DAN “KERAJAANG PERPADUANG”
Nik Abduh secara terbuka menyokong Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang. Misalnya :
a. Muzakarah : Dalam pertemuan yang dianjurkan Roslan SMS di rumah Dr Harun Din, Nik Abduh adalah antara mereka yang menghadiri program ini. Sehingga hari ini, Roslan SMS tak nafi program ini berlaku. Sila baca di sini.
b. Kerajaang Perpaduang : Dalam artikel beliau ” kerja - kerja bodoh dalam pas”, secara jelas beliau menyalahkan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai penghasut yang menyebabkan ayahanda menolak gagasan kerajaang perpaduang :
c. Nik Abduh mahukan ayahandanya bersara seperti kehendak UMNO dan musuh PAS dalam artikel terbaru beliau. Beliau buat demikian selepas Arifahmi diarah letak jawatan.
Dan sekarang ini Nik Abduh menjadi penasihat nombor satu pada ayahandanya di samping seorang ahli UMNO bernama Arifahmi.
Bayangkanlah betapa hancurnya usaha menahan PAS dari masuk BN di masa-masa terdekat ini.
Terkejut saya mendengar laporan kenyataan Presiden PAS ini. Akhbar Sinar Harian melaporkan Presiden PAS berkata demikian dalam Majlis SAmbutan Maal Hijrah PEringkat Kebangsaan di Putrajaya hari Jumaat yang lepas.
Presiden PAS dilaporkan berkata:
Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.
"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.
"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.
Saya tak sanggup nak baca kenyataan Presiden PAS seperti ini. Jadinya seperti PAS mudah sangat ditipu dan dibohongi UMNO.
Kalau pun benar PAS tidak mahu memusuhi UMNO, UMNO sendiri tidak pernah menganggap PAS sebagai kawan. UMNO selama-lamanya menganggap PAS sebagai musuh walaupun ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.
Kenyataan begini juga menunjukkan betapa mudahnya kepimpinan PAS yang ada sekarang ini ditipu dan dipermainkan oleh UMNO.
Kenyataan ini juga memberikan gambaran bahawa agenda Kerajaan Perpaduan masih hidup dan masih mahu diteruskan oleh kepimpinan yang ada sekarang. Sila dengar penerangan Ustaz Nasaruddin berkenaan dengan agenda Kerajaan Perpaduan di bawah:
Ia juga menunjukkan kepimpinan PAS yang ada sekarang tidak berminat untuk menjadi pengganti kepada UMNO, dan terus menjadikan PAS parti di kaki lima UMNO.
TIDAK TAKUTKAH DISAMBAR API NERAKA?
Sedih saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden ini. Mungkin Tuan Guru Presiden boleh memaafkan segala fitnah dan kekejaman yang berlaku ke atas beliau oleh UMNO. Tetapi bagaimanakah kekejaman yang telah dilakukan kepada ribuan aktivis dan penggerak PAS (serta parti2 PR yang lain) dalam sejarah politik negara?
Mereka-mereka yang dipotong kontrak, yang ditarik lesen perniagaan, yang di ISA kan, yang disiksa dalam tahanan, yang difitnah, yang dipecat kerja semata-mata kerana menyokong PAS dan pembangkang, yang disisih masyarakat kerana menyokong PAS, yang dibuang negeri, yang di bunuh (seperti Ustaz Ibrahim Libya), ditahan ISA kerana mahu menurut kehendak Amerika dalam peperangan menentang keganasan dan sebagainya.
Bukankah Al Quran sendiri mengajar kita supaya jangan cenderung pada orang yang zalim:
Bukankah kita memusuhi UMNO kerana UMNO telah melakukan kezaliman? Bukankah perbezaan kita dengan UMNO ini bukan setakat perbezaan pendapat, tapi kita menentang kezaliman yng mereka taja dan lakukan selama ini?
Kita memusuhi UMNO kerana benda-benda haram yang mereka telah halalkan seperti yang saya pernah tulis di sini?
Adakah kenyataan Presiden ini menandakan PAS telah mula mahu melanggar arahan yang terkandung dalam ayat di atas? Tidakkah Presiden PAS takut akan disambar oleh api neraka seperti dalam ayat Surah Hud 112-113
Saya berasa amat sedih sekali dengan kenyataan ini dan saya mewakili ribuan aktivis PAS yang telah dizalimi oleh UMNO. Bagi pihak mereka saya mengatakan kenyataan Presiden PAS ini tidak wajar dan tidak sensitif kepada perasaan mereka yang telah dizalimi.
Sampai sekarang tiada pun UMNO meminta maaf di atas pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya. Tapi, kenapa Presiden PAS sampai hati mengatakan UMNO bukan musuh PAS? Adakah Presiden PAS telah redha kekejaman yang dilakukan UMNO ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya.
Tulang Besi
Pas tidak bermusuh dengan Umno
Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.
"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.
"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.
Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.
"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.
"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.
Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.
"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.
"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.
"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.
Saya melaporkan pertemuan antara Tengku Razaleigh Hamzah dan dua pemimpin tertinggi PAS dalam posting bertajuk "Anwar pun tak boleh pertahan TGNA?". Dua pemimpin kanan PAS itu ialah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Haji Mustapha Ali.
Saya tidak persoalkan motif pertemuan itu. Saya juga tidak tuduh bahawa itu satu perbuatan berkendak politik dalam gelap.
Yang saya rasa tak seronok ialah komen salah seorang dari mereka terhadap Tuan Guru Mursyidul Am. Bukan sangat kerana saya nak mempertahankan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Saya dah fedup dah buat kerja bodoh tu.
Tetapi, cakap-cakap seperti itu boleh memberikan impression yang tidak baik kepada orang tentang mutu kepimpinan PAS. Orang boleh kata, sama-sama dia pun dia belasah. Ia boleh melahirkan pelbagai tanggapan atau persepsi.
Meskipun begitu, saya tak panjangkan isu itu kerana cakap-cakap tersebut mungkin slip of tongue, mungkin dibuat secara berjenaka atau sambil berjenaka, apa-apalah.
Tetapi, ia menjadi isu besar pada sesetengah kawan yang menelefon saya. Mereka mempersoalkan, kenapa Cik Gu Pa menafikan pertemuan itu? (Lihat Berita Harian Khamis lalu, 17/12/09, muka surat 20. Tajuknya saya tak ingat tetapi bermula dengan perkataan "Hadi dipersoal...")
Kalau siapa-siapa yang ada naskah Berita Harian Khamis lalu dan anda pula rajin, tolong tulis perenggan yang melaporkan penafian Cik Gu Pa itu.
Kata kawan yang menelefon saya itu, akhbar yang sama semalam melaporkan bahawa salah seorang Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui berlakunya pertemuan itu. Malah, menurut kawan yang menelefon saya itu, Tengku Razaleigh sendiri mengakui berlakunya pertemuan itu dalam sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu, Palm Manor, semalam.
Kata Ku Li, pertemuan itu ialah mengenai kaukus tentang royalti minyak.
Jika benar laporan Berita Harian mengenai penafian Cik Gu Pa itu, ia juga mengakibatkan persepsi yang buruk kepada mutu kepimpinan PAS. Orang boleh kata, pemimpin PAS cakap bohong. Di pihak ahli dan penyokong PAS pula, macam mana mereka nak menafikan kata-kata itu bila bukti di depan mata?
Satu-satunya cara yang boleh dibuat untuk menyelamatkan PAS dari persepsi buruk (walaupun bertaraf damage control yang sangat lekeh) ialah menuduh akhbar salah petik.
Yang bernasib baik ialah mereka yang tidak beriman kepada persepsi. Saya tak bernasib baik kerana saya sangat mengambil berat tentang persepsi.
Kita jangan lupa persepsi masyarakat jahiliyyah di Mekah terhadap Nabi Muhammad s.'a.w.w. Dengan imej Al-Amin atau orang boleh dipercayai, persepsi terhadap Nabi sangat baik di kalangan mereka.
Yang jahat memang menolak dasar perjuangan Nabi dan dakwahnya. Tetapi mereka tetap tidak dapat menghapuskan persepsi masyarakat ketika itu bahawa Nabi adalah seorang yang sangat dipercayai.
Saya dah tulis, persepsi negatif yang berpunca dari dasar perjuangan PAS akhirnya boleh menjadi lunak jika orang-orang PAS tampil dengan kelaku yang menyenangkan rakyat. Tetapi, persepsi yang diakibatkan oleh buruk kelaku pemimpin atau ahli PAS, ia hampir-hampir tak ada ubat!-(sumber)
Baru-baru ini Tok Guru telah menerima dengan lapang dada nasihat dari AJK Pemantau yang mewakili PAS PUsat. Lantaran, Tok Guru telah mengarahkan Arifahmi untuk meletakkan jawatan beliau sebagai CEO PMBK.
Walaupun, dari maklumat yang saya dapat, kontigen PAS Pusat itu sebenarnya dijemput oleh Tok Guru Nik Aziz untuk membantu beliau mengeluarkan arahan yang agak payah bagi beliau. Tapi, tu cerita lain la.
Hakikatnya, Tok Guru akur dengan muhasabah dan teguran PAS Pusat dan menghormati kehendak PAS Pusat.
Soalnya sekarang adakah Presiden akan meniru jejak langkah yang baik yang telah ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS Pusat?
Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini secara majoriti telah mengkehendaki supaya Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar. Ia adalah kehendak jumhur AJK PAS Pusat dan ianya berasaskan kepada bukti-bukti yang kukuh lagi sahih.
Tiada sebab untuk Presiden menolak kehendak AJK PAS Pusat. Namun, kehendak AJK2 PAS Pusat tetap ditolak. Sedangkan Hasan Ali ini sedang merosakkan nama baik PAS di kalangan pengundi dan penyokong Bukan Islam seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dia lebih teruk dari liabiliti sekarang ni.
Namun, masa masih ada masa untuk Presiden menunjukkan rasa hormat beliau kepada institusi yang dipanggil sebagai AJK PAS Pusat.
Soalnya adakah Presiden PAS mahu atau tidak?
Ataupun siapa sebenarnya Presiden PAS sekarang ini? Adakah Ayahchik ataupun SU nya? Tak mustahil sebab ada organisasi yang SU Agung lebih berkuasa dari Pengerusi. Tapi yang saya dengar, SU Agung PAS sekarang adalah “Masters of the Universe”. Itu yang saya dengar la. Tak tau betul ke tidak.
Sebagai penutup, masanya telah tiba untuk Presiden PAS meniru contoh tauladan yang ditunjuk oleh Mursyidul Am tempohari. Mursyidul Am bukan sahaja bercakap tapi menunjuk contoh tauladan dengan apa yang diperkatakan oleh beliau.
Tulang Besi
ps Tapi, nampaknya PAS Pusat dah nak jadi macam PAS Terengganu. Keputusan akan dibuat oleh 3-4 orang dan yang lain kena wala’. Sedih, sedih.
Saya takut lepas ni AJK PAS Pusat hanya jadi rubber stamp untuk menyokong segala agenda "geng perpaduang".
Sudahlah Presiden dikelilingi oleh orang-orang yang tidak mengerti satu habuk berkaitan politik baik negara mahupun dunia.
Aii nampak sangat-sangat PAS ni nak jadi macam kapal karam. Cepat2 lah EGM hendaknya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah “menjalankan pelantikan yang ikhlas” dalam isu kedudukan menantunya tetapi terkilan kerana beliau tidak diberikan nasihat perundangan dan politik yang betul.
“Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru,” kata Hadi dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata Hadi, dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Nik Aziz selaku Menteri Besar dan ahli keluarganya tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan.
“Seluruh ahli PAS menjunjung tinggi keikhlasan Tok Guru dalam menjalankan amanah yang sangat besar dan berat ini,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Nik Aziz kini berhadapan siri isu kontroversi, antaranya pelantikan menantu beliau sebagai Ketau Pegawai Eksektif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan untuk menunaikan haji tahun ini.
Sehubungan itu kata beliau, keputusan diambil oleh Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS dengan meminta menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK adalah jelas merupakan satu tanda keikhlasan dan jiwa besar yang ditunjukkan oleh Menteri Besar itu yang bersedia menerima keputusan parti.
“Sifat berjiwa besar ini juga ditunjukkan oleh seluruh ahli keluarga beliau yang bersabar dengan ujian dan ini sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang tidak boleh dirombak dan dirungkaikan.
“Kita juga berhadapan dengan undang-undang manusia yang seringkali menjatuhkan hukuman dengan tidak adil iaitu hukuman telah dijatuhkan sebelum maklumat sepenuhnya diperoleh dari sumber yang amanah dan benar.
“Benarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw ‘akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar,” katanya.
Hadi juga menambah beliau juga hairan dengan sikap orang yang menyerang Nik Aziz kerana mereka berdiam diri pula dengan membiarkan kesalahan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang dilakukan oleh para pimpinan Umno dan BN sewenang-wenangnya.
“Kita mengharapkan agar mereka yang suka menyebarkan api kebencian agar segera bertaubat kerana sabda Rasulullah saw,” katanya.
Kalau nak baca tentang cerita dalaman PAS, blog Malaysia Waves yang penulisnya menggunakan nama samaran Tulang Besi adalah antara yang terbaik. Pendedahan dari blog ini biasanya disokong dengan fakta yang diperolehi sama ada dari pembaca mahupun dari sumber-sumber dalamannya.
Dua hari lalu, blog Malaysia Waves mendedahkan mengenai sebab utama mengapa YB Hasan Ali melawan SELCAT. Anda boleh turut membacanya disini.
Sememangnya cerita tentang Kerajaan Perpaduan ini tidak akan habis. Ia selalu timbul setiap kali Umno berada dalam keadaan lemah dan ada pihak-pihak dalam PAS yang dapat “dibeli”. Sebagai parti yang terbuka dari segi penerimaan keahlian, tidak mustahil ada “agen-agen” yang telah “lolos” masuk kedalam parti tersebut sejak sekian lama dan memainkan peranan secara “halus” tanpa dapat dikesan.
Dikala ini, yang lebih menyukarkan lagi “penentang-penentang Kerajaan Perpaduang” adalah masalah dalaman PAS Kelantan, kubu kuat Musyridul Am parti tersebut. Nik Aziz Nik Mat adalah “batu penghalang” kepada penubuhan kerajaan “perpaduang”. Jika tiada Nk Aziz, sudah lama kerajaan “perpaduang” ditubuhkan.
Task Force 2010, sebuah jawatankuasa untuk menjayakan penubuhan kerajaan “Perpaduang” diantara Umno – PAS tidak akan berhenti begitu sahaja. Percayalah, sebaik sahaja Nik Aziz berjaya disingkirkan dari PAS (sedang dilakukan secara berhempas pulas), kerajaan “perpaduang” akan terus ditubuhkan.