(sambung drp tajuk)... aku BUKAN seorang yang BODOH SOMBONG (macam sesetengah ulamak dalam Kepimpinan Ulamak PAS? Ya, tepat sekali) yang tak boleh ditegur/ terima teguran (lalu memperbaiki keadaan) kerana kesilapan dan kelemahan aku menyusahkan orang lain.
Matlamat apa pun, yang penting hasil kerja. Keputusan. Kenalah buatlah kerja-kerja yang sepatutnya. Surirumah mesti buat kerja dia sebagai pengurus rumah tangga. Sekiranya si suami mampu ekonominya sepatutnya dia membayar gaji (mingguan atau bulanan) yang sepatutnya kepada pengurus rumahtangganya, si isterinya. Katakan RM1500/bulan atau 400/minggu atau lebih. Itu tak termasuk duit belanja dapurlah, baru adil.
Nanti orang bertanya "Bukankah dia (suami) adalah ketua rumah tangga? Apa perlu dia bayar?" Ya, itu sebab dia kena prihatin terhadap tanggungjawabnya kepada si isteri. Tanggungjawab suami sudah besar dan banyak. Cukuplah tanggung amanah sedia ada. Janganlah jadi macam keldai yang usung banyak bebanan (macam yang di Rusi-a itu? hehe). Persepsi si isteri pun positif. Dia akan berasa dia dihargai, disayangi oleh si suami.
Begitu juga halnya kerja para ulamak dalam kepimpinan ulama' yang menjadi teras PAS. Ahli PAS kenalah buat kerja (kajian) terperinci (seperti seruan pemimpinnya kini?). Ahli PAS kenalah bijaksana dalam arus perjuangan politik semasa kita kena menjuarai "Prinsip Islam diutamakan, Kemenangan PAS didahulukan." Berusaha mencari ulama yang cerdik dan baik dalam menggantikan kayu atau deadwoods sebagai bakat baru kepimpinan PAS. Kalau cari insyaAllah jumpai calon-calonnya.
Elakkan fitnah dan fasakh (kerosakan) kepada PAS dengan memilih (oleh perwakilan muktamar - ini pun 1 hal juga..alahai!) para ulama bangang dan perangai tak guna (holier than thou?) kerana keangkuhan dan kesombongan para pemimpin PAS (termasuk ulama' bodoh sombong) hanya resepi kemusnahan PAS (seperti kelemahan kepimpinan, penularan budaya 'syok sendiri', kekalahan dalam pilihan raya umum, kerosakan imej dan persepsi rakyat dan sebagainya).
Kata seorang yang tak mahu dikenali, "Arrogance and ignorance go hand in hand". Marilah kita memperbaiki atau bina semula PAS dengan ketrampilan ulama-ulama yang cerdik dan baik. Kata orang tua, "Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk" dengan semakin berilmu ulamak itu sepatutnya dia semakin warak, semakin zuhud, semakin takut kepada Allah dan semakin banyak beribadat kepadanya. Bukan sebaliknya, semakin dia bodoh sombong, egois, berjiwa kecil, sehingga apabila ada sabahat menegurnya, dituduhnya sebagai shubahat kepada musuh; menyangkal teguran dan kritikan yang didakwanya songsang dan tidak tepat, tanpa menyelidik kebenarannya dan implikasinya. Tambahan dalam medan perang saraf dan perjuangan dalam arena politik negara dewasa ini menuntut kebijaksanaan dan karisma pemimpin. Kelemahan kepimpinan dan taktikal akan hanya mengundang masalah. Kebodohan kepimpinan (bodoh sombong) pula pastinya menyusahkan agenda perubahan ke arah kebaikan dan kemajuan bersama yang Islam mahukan.
p/s: For that i dedicate this next beautiful number to whoever holier-than-thou out there. Oh yeah, it's sad but true. Really freaking me out. To those just "P*** off!"...hehe
hanz-azdi
1 Komen :
lantik kaulah jd Presiden pulak...siapa nk nafikan kewibawaan TGHH sbg ulama?jgn hina seseorg.jika seseorg itu dikasihi Allah dan kita menghinanya,adakah patut???
Post a Comment