BlogList Malaysia

23 November 2009

Saya Letak Jawatan Bukan Bermaksud Bersalah - Ariffahmi

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman akhirnya bersetuju untuk meletakkan jawatan beliau itu yang menjadi pertikaian banyak pihak sejak kebelakangan ini.

Peletakkan jawatan tersebut dibuat sebagai respons kepada hasrat Menteri Besar Kelantan yang juga bapa mertuanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Peletakan jawatan saya bukan bermakna saya bersalah... segala fitnah yang dilontarkan kepada saya itu tetap saya nafikan. Hanya masa yang akan menentukan.

“Saya berundur kerana akur dengan keputusan Tuan Guru, atas rasa sayang dan hormat saya kepada dia dan untuk menjaga imejnya dan juga imej kerajaan negeri. Saya akan menghantar surat perletakan jawatan saya secepat mungkin,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Terdahulu Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengadakan mesyuarat tertutup bersama beberapa pimpinan PAS Pusat iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presidennya Salahuddin Ayub, Bendaharinya Dr. Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Dr. Mohd Hatta Ramli.

Dipercayai Nik Aziz dinasihatkan oleh pemimpin PAS untuk mengarahkan menantunya supaya meletak jawatan demi kepentingan Islam, parti dan kerajaan Kelantan.

Sebab itu, Nik Aziz memanggil Ariffahmi menyertai kenyataan medianya dan mendengar hasrat kepimpinan PAS tersebut.

Ariffahmi yang sebelum ini menunggu keputusan Nik Aziz sebelum ini terus akur untuk meletak jawatan demi Nik Aziz dan PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella melafazkan rasa syukur atas keputusan Nik Aziz dan Ariffahmi tersebut.

Keputusan Ariffahmi meletak jawatan tersebut sekali gus menghentikan pelbagai spekulasi tidak sihat ke atas peribadi Nik Aziz, kerajaan Kelantan dan PAS sendiri.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas