Umno akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Isnin yang menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno melalui peguamnya Datuk Hafarizam Harun akan mengemukakan rayuan berkenaan.
"Saya baru menghubungi beliau tadi dan sama ada Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan itu esok atau tidak, itu adalah sesuatu yang menarik kerana apa-apa pun SPR perlu membuat keputusan (tarikh pilihan raya, tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian) Rabu ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ahmad berkata jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk melaksanakan segala persiapan sekiranya perlu menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Kota Siputeh.
"Oleh kerana kawasan itu ialah kawasan Umno dan BN, sudah tentu kita akan mengusahakan kemenangan parti dan usaha untuk memastikan, jika boleh ... peningkatan majoriti setelah usaha-usaha di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan tidak dapat berusaha ke arah itu. Maka kita akan bersiap sedia (untuk pilihan raya kecil)," kata beliau.
Isnin lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
-- BERNAMA
23 November 2009
Kota Siputeh - Umno Ke Mahkamah Rayuan Esok
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
prk kota siputeh
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
Bagan Pinang akan berulang! mungkin lebih teruk lagi! Pemimpin PAS masih dok rasa selesa... yg TP masuk spital, yg p gi kota Bharu... nak harap kat sapa? TGNA, hampa semua langsung dak depend dia, sangat kesian kat TGNA. Yg dulu lantang, terus senyap tanpa berita, yg dulu terpekik terlolong, dah hilang bisa. Nak harap kat sapa? nak harap kat aku? aku tak dak apa-apa!
Mesti Mahkamah Rayuan Akan Menangguhkan Keputusan tu punye r,,
Da tau Sangat Tektik Sekutu BN ni,,,
P/S=harap tuan tanah dapat masukkan link saya di blog tuan...
terima kasih..
http://puteraorange.blogspot.com/
Post a Comment