KUALA LUMPUR 15 Oktober: Usaha Umno BN memfitnah Pakatan Rakyat (Pakatan) mempunyai hubungan dengan spekulator mata wang, George Soros akhirnya terpalit kepada mereka sendiri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mantan Perdana Menteri, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) kata kalau Anwar jadi PM, negara ini akan dijual kepada Soros.
“Akhirnya beliau (Mahathir) sebenarnya yang jumpa (Soros) dan keluar gambar mereka…tengok-tengok, bukan main lagi (mereka) senyum,” kata Ketua Umum KEADILAN itu disambut sorakan lebih 12,000 hadirin ketika berucap pada Ceramah Mega Jelajah Merdeka Rakyat ke Pulau Pinang di tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, malam tadi.
Pada masa sama, skrin di tepi pentas turut memaparkan gambar pertemuan Mahathir dan Soros di sebuah hotel dalam negara pada 2006.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menempelak Umno BN melalui media kawalannya yang setiap hari mengaitkan Pakatan dengan jutawan itu.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja bertemu Soros di dalam negara, malah mengaturkan pertemuan khas di New York dua tahun lalu.
“Saya tiada masalah kalau nak jumpa, tapi jangan fitnah kita…ini Utusan Malaysia dan Buletin Utama (TV3) setiap hari buat fitnah,” kata Anwar.
Turut berucap Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Dalam pada itu, Anwar turut menceritakan sambutan luar biasa rakyat Sabah ketika jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu Jumaat dan Sabtu lalu.
“Sambutan cukup luar biasa, termasuk di kubu kuat Umno di Lahad Datu…Sabah kini bukan lagi ‘fixed deposit’ mereka,” kata Anwar.
Sebab itu, katanya lagi, Najib mengumumkan peruntukan tambahan RM2.89 bilion kepada Sabah kerana takut kehilangan negeri itu.
“Tapi saya nak cakap kat Najib, it’s too late (ianya sudah terlambat)…beliau perlu sedia untuk jadi Ketua Pembangkang yang baik, InsyaAllah,” sinis Anwar.
http://www.keadilandaily.com/?p=37851
Read More...
Summary only...
Muhyiddin dakwa isu Soros bukan untuk keuntungan politik
Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.
Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu "tidak membantu negara."
"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.
"Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan "memakan diri sendiri".
Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.
"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.
"Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya.
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.
Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.
Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.
"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.
"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."
Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Spekulator mata wang, George Soros bukan sahaja mendanai kumpulan pro-demokrasi di Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia, Datuk Paduka Marina Mahathir.
Warganegara Amerika Syarikat (AS) itu mendapat perhatian akhir-akhir ini selepas akhbar arus perdana dan stesen televisyen mesra kerajaan berkata Open Society Institute (OSI) telah mendanai badan bukan kerajaan (NGO) pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak.
Media Malaysia tidak memberikan apa-apa bukti usaha untuk ketidakstabilan.
Ketua pengkritik Soros adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah memanggil hartawan Amerika itu “dungu” apabila spekulasi matawang Soros dikatakan telah membawa turun ringgit Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.
Wakil MAC dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider membuat pengakuan selain dana daripada OSI, mereka juga menerima dana daripada Global Fund (GFATM) yang terlibat dalam program kesedaran anti-AIDS, TB dan malaria.
“Ya, MAC juga menerima dana asing dan ia digunakan untuk program kesedaran seperti kempen kesedaran isu tentang AIDS dan HIV serta program-program lain,” kata wakil MAC yang enggan namanya dikenali kepada The Malaysian Insider.
Oraganisasi tersebut memberitahu tahun lepas mereka menerima dana sebanyak US$75 ribu (RM230 ribu) bagi menampung program dan kempen mereka dalam memberi kesedaran tentang AIDS dan HIV.
Minggu lalu, pertikaian dana asing kepada NGO di Malaysia menjadi isu yang hangat dimainkan oleh media arus perdana yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mereka menuduh pembiayaan sedemikian bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan dan pemimpin Malaysia.
Antara NGO yang menjadi sasaran ialah seperti SUARAM, Seacem dan media alternatif, Malaysiakini yang didakwa oleh kerajaan dan agensi-agensinya sebagai cuba mencetuskan ketakstabilan politik negara.
SUARAM baru-baru ini dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendakwa bahawa badan hak asasi manusia tersebut memiliki “akaun yang mengelirukan”.
NGO hak asasi manusia itu telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.
Malahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan dua hari lalu mendakwa spekulator mata wang, Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan BN dengan melantik perdana menteri pilihannya di Malaysia.
“Bagaimana ia boleh menjadi satu perkara yang baik? Dia mahu mengawal politik kita,” kata Dr Mahathir kepada pemberita Ahad lalu. _TMI
Read More...
Summary only...
JAWAPAN SOROS KEPADA RAKYAT MALAYSIA.
''Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri.Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.
Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri.Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.
Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu.
Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.
Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena, gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter.
Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia.
Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.
Ketiga-tiga anak lelaki anda mempunyai harta bernilai 8 bilion USD.
Di manakah mereka mendapat wang ini? Sudah tentu, rasuah. Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, memperkayakan diri sendiri sehingga berbilion ringgit.
Anda berani untuk menitiskan air mata buaya semasa mesyuarat perwakilan UMNO mengenai gejala rasuah.Tetapi kamu adalah yang paling rasuah diantara semua perdana menteri sebelumnya.Si pencuri menangis dan berharap rakyat akan memfokus kepada yang lain. Siapa yang berani untuk berkata apa-apa apabila ketua terperangkap dengan tangannya di dalam balang gula-gula?
Anda berkata kebijaksanaan bukan milik orang Barat sahaja, Begitu juga kebodohan.Anda mempunyai kebodohan yang lebih sehinggakan orang tidak akan percaya.
Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina dua bangunan tinggi Petronas, bangunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya mereka hanya menambah kesesakan lalu lintas. Apa pula dengan kes mendapatkan semula 10 pulau di Kedah? Sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentu faedah anda 20%.
Dan jambatan diseberang dari Melaka ke Sumatera merentasi perairan antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti anda masih boleh mendapatkan 20% anda.
Anda memanggil saya penyangak. Bagaimana penyangak boleh mendapatkan begitu banyak wang?
Dengan membenarkan jualan masa singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank, kami sebagai pengurus dana telah memperolehi berjuta-juta untung akibat kurangnya pengalaman dan peraturan-peraturan anda yang lemah.
Anda kehilangan semua wang rakyat Malaysia, oleh itu tandalah sebenarnya penyangak.
Sekarang anda tahu sudah terlambat untuk menyesal.
Dari diktator rasuah kepada IBM Yang Terkecil Di Australia, anda dikenali sebagai egomaniak mulut jahat, di UK sebagai perasuah haram jadah kerana pembelian bodoh studio filem dan loji kereta lumba Lotus bernilai 290 juta ringgit dan empangan Pergau hasil dari pinjaman tidak bijak dari pihak UK.
Semua ini tidak berguna kepada kami tetapi anda masih mahukannya. Bagaimana pula dengan peristiwa membeli kapal selam rosak British melalui ejen anda, sudah tentu. Ejen atau broker diadakan untuk memperoleh berjuta-juta daripada kerajaan Malaysia.
Pembelian anda sudah tentu kurang 50% lebih daripada apa yang anda bayar. Pembelian 9 hospital dari UK, arkitek kami tidak menyokong kesemua industri tempatan anda dan British menghantar peralatan perubatan yang telah usang.
Reka bentuk yang teruk, dari satu hujung ke hujung yang lain adalah sejauh setengah kilometer dan tiada CT-scan, keperluan yang mustahak sekali.
Di UK muka anda muncul dalam tidak kurang daripada 17 akhbar sebagai diktator yang Rasuah.
Di Malaysia, anda dikenali sebagai IBM atau Mulut Tempayan antarabangsa.
Di Jepun mereka memanggil anda si otak kecil.
Di pulau-pulau Pasifik, di panggil Santa Claus kerana memberi nasihat kiri dan kanan.
Di Amerika Selatan, mereka memanggil anda burung nuri kerana seorang bercakap banyak tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya.
Di Manila Marcos yang masih hidup.
Di Malaysia, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menarik pelancong tetapi anda bercakap benda yang bukan-bukan sehingga menakut-nakutkan pelancong asing. Apabila dia senyap orang akan meragui sama ada dia bodoh, tetapi, apabila dia membuka mulutnya semua keraguan ini ternyata hilang.
Begitu hebat senarai salah laku anda , Walaupun saya bersetuju kebijaksanaan tidak di monopoli Barat kesemuanya, namun tindakan anda tidak mencerminkan kebijaksanaan juga.
EAEC anda benar-benar mendapat sokongan malah di Asia sendiri. Dialog Selatan-Selatan Anda juga menemui nasib yang sama dan apa pula kisahnya dengan Jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sumatera yang merentasi sepanjang 20 kilometer laluan perkapalan Antarabangsa?
Bagaimana seseorang menjadi sebegitu gila? Malah Jepun sekalipun tidak mempunyai wang sebanyak itu. Kebodohan ini seolah-olah lahir dari seorang individu sahaja iaitu kamu.
Koridor Raya Multimedia atau MSC yang merupakan konsep bodoh di Amerika Syarikat kerana kami rakyat Amerika telah lama mengetahui perkara itu lama sebelumnya. Walaupun boleh menjana wang, kita masih boleh meniru konsep ini bukan?
Mengapa anda mahu membelanjakan wang hasil titik peluh untuk projek sia-sia? Ia akan menjadi seperti projek Bakun, terbengkalai dan menjadi satu lagi gajah putih.
Saya selalu berkata ahli-ahli politik tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan. Setiap menteri anda juga adalah ahli perniagaan dan hampir semuanya sedang sibuk menambah harta.
Lihatlah Rafidah Aziz, yang dituduh menjual beribu-ribu Permit Import (AP) untuk setiap kereta bernilai 20-30 ribu ringgit Malaysia. Mengapa kerajaan anda tidak menjualnya supaya boleh mendapat wang?
Dia telah memperolehi berjuta-juta saham yang untuk Bumiputera secara percuma sebelum dia bersetuju untuk menyenaraikan mereka.
Lihatlah Selangor, bekas Ketua Menteri yang mengumpulkan berjuta-juta untuk meluluskan bangunan tinggi daripada ahli perniagaan.
Dia mempunyai harta berbilion-bilion ringgit. Malangnya dia ditangkap dengan beberapa juta wang saku di Australia. Setiap ketua menteri menganugerahkan projek tidak berguna kepada kroninya kemudian mengumpul gaji rahsia di sebelah.
Lembaga Pembangunan Tanah dan Lembaga Pembangunan Ekonomi digunakan untuk menyelamatkan kerugian yang dialami oleh ahli-ahli politik .Keuntungan menjadi hak mereka, kerugian akan ditanggung badan-badan Kerajaan.
Bagaimana merapatkan jurang rakyat miskin apabila setiap projek disambar oleh ahli-ahli politik? Bagaimana negara anda boleh keluar daripada belenggu kemiskinan jika berbilion-bilion wang rasuah dibawa keluar dari negara ini. Lihatlah Ketua Menteri Sarawak yang menjual konsesi balak bernilai berbilion ringgit di bawah meja?
Dia menjual setiap bidang tanah kerajaan kepada setiap pengusaha tanpa tender, menggunakan syarikat-syarikat sendiri untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lumayan, menjual tandatangan kelulusan bagi bayaran ' anda bayar saya luluskan '.
Dia mempunyai 8 bilion USD tersimpan di luar negara. Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada satu atau dua syarikat manakala beribu-ribu orang miskin masih tinggal di rumah usang yang akan roboh, tiada air bekalan air bersih dan berak ke dalam sungai .
Beribu-ribu ekar tanah dijual kepada syarikat untuk perladangan manakala orang asli tidak mempunyai walaupun satu ekar diatas nama mereka. Dia menjual pasir berhampiran pantai untuk satu syarikat dan kemudian meminta kerajaan membelanjakan berjuta-juta untuk melindungi pantai untuk mengelak hakisan berlaku.
Dia kehilangan 300 juta wang kerajaan Sarawak apabila cuba mengeluarkan cip komputer. Dia telah membina pelabuhan di utara bandar di Sarawak di dalam air yang begitu cetek sehinggakan ia perlu pengorekan pada setiap tahun.
Perdana Menteri yang membina lebuh raya tanpa tender, kroni akan mendapat kesepakatan untuk menaikkan harga dua kali ganda.
Landasan lapangan terbang Langkawi anda telah dibina dua kali ganda kos oleh syarikat anda sendiri, Ekran. Negara Malaysia telah hilang sekurang-kurangnya 30 bilion pada 10 tahun terakhir pemerintahan penuh rasuah anda.
Satu bilion hilang dari pembelian pesawat perang Skyhawk hantu yang tidak seorang pun pernah lihat, adakah kapal-kapal ini masih di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat?
3 bilion hilang dari skandal timah London, anda fikir anda boleh menawan pasaran timah di London tanpa mengetahui Amerika mempunyai stok simpanan yang banyak?
Kebodohan yang paling nyata. 6 bilion kilang keluli Perwaja , tiada siapa pun tahu ke mana wang itu pergi, skandal 3 bilion bank Bumiputra apabila George Tan menyogok semua pegawai bank untuk memberi pinjaman wang.
Kehilangan 6 bilion pertukaran wang asing oleh Bank Negara, si bodoh tidak akan tahu menjaga wangnya dan 6 bilion untuk membina tiga bangunan tertinggi di dunia, yang dibina oleh Jepun dan Korea dan perabot yang diimport dari Perancis dan bukan Malaysia, dan 1 bilion hilang dari pembelian kapal perang British termasuk yuran yang dibayar kepada broker dan di bawah meja . Tambah 10 bilion yang anda curi dan 5 bilion yang diambil oleh para menteri.
PM kedua yang paling korup di dunia?
Pada tahun 1997 mesyuarat Dunia Wartawan mengundi Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Dekad Ini. Ia kedengaran aneh kepada semua sehinggalah ia diketahui bahawa orang-orang yang mengundi menentangnya diancam oleh pegawai Hasil akan pekerjaan mereka.
Di New York Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1997 yang mesyuarat, telah mengenalpasti Perdana Menteri yang paling korup dekad itu adalah Presiden Suharto dan kedua, Dr Mahathir, Sebenarnya Dr Mahathir patut mengambil tempat pertama tetapi rasuah di Indonesia telah memungkinkannya mendapat penghormatan ini.
Lima puluh ribu pelajar tempatan tidak diberi tempat di universiti di Malaysia tetapi cukup baik untuk mengisi tempat-tempat di luar negara menyebabkan Negara kehilangan berbilion-bilion dolar. British dan Australia berfikir kenapa begitu bodoh?
Pelajar terbaik anda dihantar ke luar negara meningkatkan taraf mereka dan pada masa yang sama seperti dalam di kebanyakkan negara yang terbaik adalah berada di universiti tempatan dan yang ditolak dihantar ke luar negara. Seorang pelajar belajar universiti di Hong Kong yang jauh lebih berprestij berbanding rakan dari mana-mana universiti di Australia.
Anda telah telah dijajah oleh British begitu lama sehingga anda tidak boleh mendidik rakyat kamu sendiri. Di Hong Kong atau Singapura, kurang daripada 5% pelajar meneruskan pengajian di luar negara. Semua wang dijimatkan.
Negara anda dapat menjimatkan berbilion-bilion jika setiap pelajar di luar negara dipanggil semula ke universiti tempatan, dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup negara. Rakyat kamu masih berjalan tanpa kasut, tanpa tanah ladang, tanpa rumah, mandi di sungai dan berak ke dalam lubang di dalam tanah, tanpa air dan elektrik.
Bandar anda merupakan hutan konkrit tanpa tanaman dan kawasan lapang. KL dipenuhi dengan kesesakan lalu lintas. Namun anda masih terus membina bangunan tinggi. Kamu perlu turun dari langit dan berhenti berkhayal dan tegas meletakkan kaki anda di atas tanah.
Sekolah anda sempit dengan 500 orang pelajar dalam satu ekar dan beribu-ribu ekar diberi percuma kepada sesetengah ahli politik yang meninggalkan tanah mereka terbiar.
Taman-taman anda sedang diambil oleh ahli-ahli politik untuk membina rumah kedai dan setiap menteri kabinet adalah seorang ahli perniagaan yang membina jalan raya hanya untuk tanah kroni-kroni mereka.
siapa si penyangak?
Rakyat Malaysia berdoa, "Ya Tuhan, kami bersyukur kerana dianugerahkan kayu balak, minyak dan tumbuhan, tetapi kemudian iblis dalam bentuk Mahathir yang tanpa otak dihantar kepada kami dan lihat, kami kembali seperti dahulu lagi.
Jadi, ambillah Dr Mahathir untuk kembali ke neraka dan kami akan hidup dengan aman.
"Di China hukuman menggelapkan 1000 dollars adalah ditembak. Dengan 8 bilion yang anda telah curi, anda akan ditembak 80 ribu kali. Sekarang anda mengetuai kempen anti-rasuah. Kita semua tahu apa yang pernah anda lakukan.
Lihatlah diri anda di cermin. kamu akan melihat betapa teruknya kamu.
Kemudian gunakan tangan kiri anda untuk menggari tangan kanan sendiri.
Anda telah meletakkan pemimpin pembangkang dan anaknya di dalam penjara apabila mereka berkata di parlimen anda adalah PM terkaya di dunia. dan rakan sekerjanya, Karpal Singh selama 2 tahun.
Jadi, adakah saya akan mendapat ganjaran atau wang sogokan sekiranya sekarang saya katakan anda adalah PM paling daif di dunia ini?
3 orang anak anda duduk di atas lembaga pengarah lebih daripada 200 syarikat.
Adakah mereka di didik di sekolah Harvard perniagaan untuk memperolehi kelebihan ini? Atau adakah ia kes anda tidak kenal saya, anda tidak boleh berniaga di Malaysia?
Berbilion ringgit wang Kumpulan Simpanan Pekerja dan Petronas serta dana awam digunakan untuk menyelamatkan anak-anak kamu yang mengalami kerugian apabila melabur dalam setiap yang anda fikir boleh menjana wang.
Sungguh tidak beretika dan rasuah. Setiap ahli politik anda sedang mengetuai berpuluh-puluh syarikat yang membuat beribu-ribu duit tanpa sebarang usaha, meminjamkan nama VIP mereka untuk meminjam berjuta-juta dari bank-bank tempatan tanpa cagaran.
Sekarang ia menjadi pinjaman tidak berbayar.
Sekarang anda mahu 20 juta rakyat Malaysia mengorbankan kebodohan untuk seorang lelaki?
Mengapa si bodoh tidak meletak jawatan dan mengakui dia mensia-siakan dan membolot wang yang paling banyak. saya boleh mengajar anda bagaimana meletakkan ekonomi anda di landasan yang betul tetapi pertama anda mesti meminta maaf kepada rakyat Malaysia. - Soros.
Dipetik dari - Kedahkini
Read More...
Summary only...