BlogList Malaysia
Showing posts with label skmm. Show all posts
Showing posts with label skmm. Show all posts

28 January 2012

‘SKMM, hentikan sikap dwi-standard’

Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno. Ini termasuklah penghinaan terhadap mahkamah kerana membebaskan Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mengecam sikap dwi-standard Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) kerana cepat bertindak menahan seoang blogger pro Pakatan Rakyat dan diserahkan kepada polis.

“Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis, memberkas hanya blogger-blogger yang selama ini menjadi nadi penting kepada Pakatan,” kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan media hari ini.


Beliau merujuk kepada tindakan SKMM menahan Faizal, pemilik blog Pulakdah.blogspot.com. dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kata Edy Noor, tindakan SKMM membuat serbuan ke rumah beliau dan merampas barang-peribadi beliau termasuk dua laptop, dua desktop, sebuah handphone dan sebuah modem adalah satu tindakan yang biadap.

“Ini jelas satu cubaan melumpuhkan terus aktiviti blog pulakdah.blogspot yang banyak membuat pendedahan terhadap kepincangan kerajaan pemerintah. Blog Pulakdah juga merupakan antara blog ranking tertinggi dari kalangan blog Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pihak SKMM dan polis begitu pantas bertindak ke atas ‘gagasan resistance cyber’ Pakatan tetapi tidak bertindak sewajarnya terhadap blogger-blogger pro Umno dan kerajaan pusat.

“Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno. Ini termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun tiada tindakan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat,” terang beliau.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/28/skmm-hentikan-sikap-dwi-standard/


Read More...

19 October 2011

Jangan ugut Aziz Bari, kemuka hujah balas

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari.

“Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.


Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi.

Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

Ini, ujarnya adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik.

Beliau menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.

“Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” ujarnya lagi.

Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997.

Katanya, kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut.

Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: “hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut”.

Justeru itu, ujarnya Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik.

Katanya, semua pihak hendaklah akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa.

“Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia,” katanya.

Harakahdaily

Read More...

24 September 2011

Klip Undilah: Sila jelaskan larangan, Ka Siong gesa SKMM

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menuntut penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) motifnya melarang stesen penyiaran lokal menyiarkan klip video Undilah.

Timbalan menteri itu (gambar), yang turut sama menjayakan klip berdurasi 4.38 minit, bersama beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menekankan, penerbitan itu bukan bahan berkontroversi, sebaliknya hanya satu makluman awam menyeru rakyat Malaysia mendaftar dan mengundi.


“Saya terkejut. Sangat terkejut. Saya tidak faham mengapa ia ditarik keluar daripada ke udara.

“Ia hanya satu mesej yang menggalakkan orang keluar mengundi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.



Read More...

21 August 2011

Pegawai SKMM Bodoh Undang-Undang Rupanya..

Pegawai SKMM Sudahlah Aju Soalan Bodoh, Berlagak Samseng Pula

KUALA LUMPUR: Yuisriah Yusof (gambar), Ketua Jurugambar Suara Keadilan – sebuah akhbar rasmi KEADILAN, berdepan pelbagai soalan tidak munasabah dan ‘bodoh’ sepanjang Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil keterangannya.

“Adakah patut SKMM tanya: Adakah kamu yang muat naik gambar dalam portal Malaysian Insider? Adakah gambar itu diubah suai?

“Saya jawab, kerja saya hanya tangkap gambar, tidak tahu nak adobe (ubah suai),” katanya yang tidak mahir menggunakan photoshop, malah komputernya juga tidak ada perisian itu.


Beliau ditanya kira-kira lapan soalan ketika memberi keterangan di pejabat SKMM di sini, petang ini ditemani peguam dari Lawyer For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri.

Yuisriah atau lebih mesra dipanggil Kak Yuis dipanggil SKMM kerana membantu siasatan berhubung gambar kecederaan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry.

Pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Fayyadh cedera teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanistes gas pemedih mata di laluan bawah KL Sentral.


Lima plat besi terpaksa dimasukkan di tulang pipi Fayyadh manakala Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut berada di lokasi sama, pula cedera di kepala hingga menerima enam jahitan.

Gambar kecederaan Fayyadh yang berlumuran darah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cedera, sempat dirakam Yuisriah yang membuat liputan di kawasan itu sebelum tersebar luas di internet.

Ketika ditemui di lobi pejabat itu, Fadiah menyatakan kekecewaannya dengan gelagat pegawai penyiasat SKMM kerana mengugutnya keluar dari bilik siasatan sedangkan beliau ada tanggungjawap terhadap anak guamnya.

“Apabila saya masuk ke dalam, sua pegawai itu menjerit, suruh keluar. Mereka ugut mahu panggil polis tapi bila saya tanya nama, mereka cuma kata – jangan bercakap soal undang-undang.

“Ini melanggar undang-undang dan mengancam saya selaku peguam. Saya kecewa kerana tidak menghormati saya sebagai peguam,” katanya. -KD

Greenboc


Read More...

19 August 2011

Pegawai SKMM bangkit isu kaum dan agama halang soalan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Seorang peguam hak asasi kesal dengan tindakan seorang pegawai kerajaan, didakwa membangkitkan soal kaum dan agama bagi menghalang beliau daripada mengemukakan soalan ketika anak guamannya disoal siasat petang ini.

Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty, yang menemani jurugambar Suara Keadilan Yusriah Yusof, 50, memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kecewa dengan tindakan pegawai itu.

“Saya hanya bertanya kepada pegawai SKMM itu, untuk apa nak ambil keterangan, untuk siasatan apa, tapi pegawai itu kata ‘U Melayu kan, U Islam kan, jadi jangan banyak soal’.

“Saya terkejut apabila pegawai cakap macam itu, saya cuma nak tahu mengapa nak ambil keterangan tapi pegawai itu tiba-tiba kaitkan dengan bangsa dan agama,” katanya kepada The Malaysian Insider.


Terdahulu peguam itu menghantar mesej mengenai isu menerusi akaun Twitternya petang ini.

Ekoran tindakan itu, Fadiah Nadwa berkata, beliau akan membuat satu aduan di Majlis Peguam dan laporan polis.

Katanya, tindakan pegawai SKMM itu merupakan satu pencabulan.

“Saya akan membuat laporan tapi nak buat di mana saya akan bincang dulu tapi aduan di Majlis Peguam akan dibuat kerana ia adalah satu pencabulan kerana menghalang hak saya selaku peguam.

“Saya tidak boleh biarkan perkara ini, tindakan perlu diambil,” katanya.

Yusriah hadir di pejabat SKMM untuk memberikan keterangan berhubung gambar kecederaan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

“SKMM cuma nak tahu gambar yang saya ambil itu tulen atau palsu, saya kata tulen. Saya disoal hampir satu jam di pejabat SKMM,” katanya.

Ketika perhimpunan Bersih 2.0, Fayyadh mengalami kecederaan teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanister gas pemedih mata.


Read More...

29 July 2011

Ditangkap Hanya Kerana Tulis Tweet..

Polis mengeledah rumah penulis blog Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer meja dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung tweet yang dihantarnya bulan lalu.

Chan (kiri), seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.


Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang.

Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti".

Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ.

Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan.

Ditanya pemberita mengenai rampasan komputer Chan, Ridzuan enggan mengulas dan beredar dari situ.

Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar kerana menyuarakan fikiran saya."

Bercakap kepada pemberita kemudiannya di luar rumahnya, Chan bertegas beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghasut sesiapa, "tweet saya terhad kepada (900 ahli) tetapi privasinya telah disalahgunakan."

Chan, yang merupakan kakitangan sementara di sebuah unit kerajaan Pulau Pinang, bertekad tidak akan berhenti menggunakan tweet kerana dia mempunyai hak kepada kebebasan bersuara.



Read More...

11 June 2011

SKMM Korup Dan Tolol

Laman Pirate Bay bidas sekatan SKMM

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.

Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".


"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com. - mkini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

19 March 2011

'Sakit hati' boleh lapor pada SKMM

Penulis blog Mohd Nur Hanief Abdul Jalil mendakwa beliau disiasat tiga jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ada yang "sakit hati" tentang kandungan blognya.

"Mereka (SKMM) kata ada orang yang laporkan saya sebab 'sakit hati'.

"Kalau orang ada sakit hati tentang gambar atau kandungan blog mereka kata boleh laporkan pada SKMM untuk disiasat," kata Hanief.

Dalam soal-siasat pagi jam 10 pagi tadi di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, Hanief hadir berseorangan kerana peguamnya N Surendran tidak dapat hadir.


Katanya, walaupun bapanya dibenarkan hadir sama tetapi beliau memilih menjalani sesi itu berseorangan.

SKMM meolak permohonan Surendran supaya siasatan itu ditunda ke masa lain supaya beliau dapat turut serta.

Hanief, 27, bagaimanapun berpendapat cara SKMM menangani kes itu seperti mahu menakut-nakutkan penulis blog. - mkini

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas