Pilihanraya kecil N31 DUN Bagan Pinang merupakan pilihanraya paling ganas sejak pilihanraya umum mac tahun lalu. Begitulah disimpulkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Keadaan ini cukup berbeza dengan pilihanraya kecil DUN Penanti Mei lalu yang disifatkan paling aman oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Ini berikutan UMNO Barisan Nasional tidak mengambil bahagian dalam pilihanraya berkenaan. Keputusan tidak bertanding itu merupakan pertama kali dalam sejarah parti itu.
"Kita ucap terima kasih pada pengundi di Bangan Pinang. Kita hormati keputusan itu dan kita akan ambil ikhtibar serta baiki strategi dan gerak kerja. Istimewanya pilihanraya kali ini ialah undi pos. Kita secara konsisten mendesak hapuskan undi pos."
"Undi pos telah memberikan kelebihan kepada UMNO Barisan Nasional. Seperti yang kita lihat peningkatan sangat ketara pada undi pos. Strategi yang dimainkan ialah menakut- nakutkan pengundi. Inilah pilihanraya paling ganas," ujar shamsul.
Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera DUN ini sahaja mencecah 5 ribu undi dan semestinya mempengaruhi corak undian pengundi pilihanraya kecil kali ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahli- ahli SPR yang lain di ibu pejabat SPR, Putrajaya berikutan hasil siasatan menyeluruh PAS yang mendapati wujudnya pengundi bertindih melibatkan orang awam dan juga dikalangan tentera.
Namun, Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memilih untuk menafikan tuduhan berkenaan, walaupun segala butir- butir siasatan dalam gengaman mereka.
Shamsul berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan membawa perkara ini ke muka pengadilan.
"Saya dan rakan- rakan akan berbincang untuk membawa isu ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Terutama dalam konsep 1 orang 1 undi. Kita akan minta SUHAKAM siasat isu keganasan kepada pengundi semasa pilihanraya ini. Pilihanraya kali ini juga menyaksikan UMNO Barisan Nasional tidak komited dalam memerangi rasuah apabila mengemukakan calon yang terpalit dengan jenayah rasuah."
12 October 2009
Bagan Pinang - Pilihanraya Paling Ganas Dalam Sejarah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saya pun dah mula sakit hati dengan sikap blogger blogger Pakatan Rakyat .
Tidak ada satu blogger Pakatan Rakyat pun sudi bertanya kepada Dr Hassan Ali ( Phd 1 juta )"Apa pendapat Dr Hasan Ali perihal UMNOBN boleh menang besar kat Bagan Pinang " atau tanya kat Dr Hasan Ali kenapa PAS boleh kalah teruk di Bagan Pinang.Saya ingin lihat apa reaksi Dr Hasan Ali. Wahai sekalian empuan blogger tolong lah respect banyak sijil Phd yang di perolehi oleh Dr Hasan Ali yang di bayar 1 juta ringgit Malaysia oleh kerajaan Malaysia yang lalu. hj jamaludin
Post a Comment