.12pm: Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.
Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.
6.47pm
Linda Tsen (BN-PBS) -5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,342
(Jumlah keluar mengundi:15,774)
Read More...
Summary only...
300 beratur di panas terik untuk dapatkan RM100
Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.
Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.
Barisan itu bergerak agak perlahan dan ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.
Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.
"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.
Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada lagi wang untuk diagihkan.
Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.
Namun masih ada orang ramai yang berkeliaran sekitar pejabat MCA itu mengharapkan keputusan itu ditukar semula.
Read More...
Summary only...
Muhyiddin lulus peruntukan projek pembinaan Sekolah Menengah Batu Sapi 2
SANDAKAN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan permintaan kerajaan negeri untuk membina sebuah lagi Sekolah Menengah di Batu Sapi.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata projek membina Sekolah Menengah Batu Sapi 2 akan memakan belanja sebanyak RM30 juta hingga RM40 juta dan peruntukkan itu telahpun disenaraikan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Menurutnya, projek pembinaan sekolah itu sesuai dilakasanakan memandangkan Sandakan sedang dibangunkan sebagai sebuah hab pendidikan negara.
“Di samping itu, sebanyak RM2.5 juta lagi diluluskan bagi membantu sekolah-sekolah di kawasan ini dari segi kekurangan peralatan dan baik pulih sekolah,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dekat sini hari ini.
Beliau turut meminta guru-guru, terutama di Batu Sapi, supaya membantu usaha kerajaan memajukan bidang pendidikan negara. - BERNAMA
Read More...
Summary only...
Ansari (holding on to platform in the water) with his campaign workers after the tumble. - Picture by Jack Ooi
It was second time unlucky for PKR candidate Ansari Abdullah when he tumbled into seawater after a wooden walkway leading to a Kampung Gas home here gave way.
Ansari, who was on his campaign walkabout in the fishing village, fell several meters into murky seawater just as he was about to step into a villager’s home.
He had been trailing behind Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who, unlike him, made it without getting himself wet.
Ansari, in his attempt to break his fall, managed to cling on to the wooden platform’s edge before tumbling into the water.
Several other campaign assistants right behind him, followed him into the water. He was later rescued by villagers who used a ladder to help him climb to safety. Ansari, clearly shaken, left the village shortly after the incident for a medical check-up.
“I am fine but it is just for precaution,” he told The Malaysian Insider.
He added that this was proof of the decrepit conditions of Batu Sapi villages.
“Their walk to their home daily is like a walk through a field of land mines,” he said.
Two days ago, Ansari took his first tumble when he was visiting Api-Api island off the coast of Sandakan.
During that incident, Ansari fell after a wooden platform attached to the jetty gave way and collapsed into the sea.
Read More...
Summary only...
Calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu ilmu hisab apabila mendakwa beliau adalah pemimpin kitar semula yang telah bertanding dalam pilihan raya sebanyak lapan kali.
"Samada Tan Sri Muhyiddin kurang fasih dalam ilmu hisab dan ini sudah tentunya sediah bagi sebuah negara apabila ada Timbalan Perdana Menteri yang tidak tahu mengira atau editor akhbar yang tidak tahu mengira," kata Ansari menjawab pertanyaan wartwan mengenai dakwaan Timbalan Perdana Menteri semalam.
"Tidak penting berapa klai saya bertanding. Saya mula-mula bertanding atas tiket bagi kawasan Parlimen pada 2004 dan kali terakhir pada
2008.
"Dari mana beliau dapat nombor lapan itu saya pun tidak tahu. Kawan Cina saya kata saya tidak patut marah sebab nombor lapan menurut kepercayaan Cina membawa tuah.
"Politik adalah mengenai perjuangan dan bukannya mengenai menang atau kalah tetapi samada kita berjaya meyakinkan rakyat mengenai apa yang kita perjuangan dan ini akan dicerminkan dalam undi yang kita perolehi.
Menjawab mengenai dakwaan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee kononnya ramai pemimpin KEADILAN telah keluar parti, Ansari berkata bekas Ketua Menteri itu harus melihat keadaan dalaman partinya sebelum menyentuh parti lain.
"Kita tidak kehilangan seramai pemimpin berbanding SAPP, mereka sekarang parti 2 x 2, dulu 4 x 2, tinggal dua ahli parlimen dan dua Adun.
"Tolong uruskan hal rumah tangga sendiri dulu dan fokus kepada isu sebenar yang bersangkutan dengan masalah dan penderitaan rakyat Batu Sapi," nasihat Ansari.
Read More...
Summary only...
Di Galas, pegawai pilihan raya juga membuat pengumuman yang sama. Katanya, hanya dua calon yang telah mengemukakan borang mereka.
Mereka adalah - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno).
10.10am: Di
Batu Sapi, penyokong ketiga-tiga parti memulakan kempen dengan melaungkan slogan dan kata-kata semangat masing-masing.
Yang paling lantang adalah, penyokong Pakatan dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teraiakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno.
Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.
10.14am: Di
Galas, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan. BN pula membalas dengan paluan gendang mereka.
Membuat ucapan
politik serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon oleh SPR.
Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema. 10.31am: Seorang komander Pasukan Gerak Am yang berpakaian tentera memeriksa kedua-dua sekatan yang didirikan oleh PAS dan juga Umno.
Beliau disindir oleh penyokong PAS yang memberikan tepukan dan berkata "Datuk jadi calon!" dan " Baju dah hijau tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.
Bagaimanapun bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong PAS mula keletihan dan berehat seketika. Paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti seketika juga.
Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. Ia berjaya penyokong kedua-dua pihak mengejek satu sama lain yang mungkin boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.
[Berita penuh menyusul]
Read More...
Summary only...
Di Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jatuh dari pusat penamaan calon.
Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.
9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.
9.06am: Calon PKR Ansari Abdullah adalah calon pertama yang tiba di pusat penamaan calonan untuk menyerahkan borang. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.
Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya.
9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.
9.11am: Di
Galas, penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, datuk Mahfuz Omar yang diiringi oleh pemimpin Pakatan yang lain.
Sebelum itu, diketuai oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.
Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon. 9.19am: Penyokong Pakatan di Galas dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.
9.22am: Di Batu Sapi, semua tiga calon utama - Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS) - telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati minuman ringan. Masih belum ada calon Bebas yang tampil mengemukakan borang pencalonan meskipun sebelum ini SPR melaporkan lebih 27 borang pencalonan sudah dibeli.
Di Galas, berlaku ketegangan seketika apabila sekatan berkenaan menyukarkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang cuba ke pusat penamaan calon. Ia diburukkan lagi dengan ribuan penyokong yang membanjiri kawasan sekitar. Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.
9.23am: Dr Zulkefli Mohamad akhirnya berjaya melepasi sekatan polis. Beliau diiringi oleh presiden PAS - Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS - Nasharudin Mat Isa, naib presiden PKR - Azmin Ali, Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim dan supremo DAP supremo Lim Kit Siang.
9.30am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan. 9.39am: Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka dengan pas untuk berbuat demikian. Antara merea mereka tidak dibenarkan masuk adalah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
9.44am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa mereka bekerja keras bahi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4 November ini.
9.48am: Di Batu Sapi, keadaan lebih tenteram di luar pusat penamaan calon. Penyokong dan pemimpin ketiga-tiga parti yang bertanding bergaul dengan satu sama lain tanpa sebarang ketegangan. 10am: Pegawai pilihan raya SPR di Batu Sapi memaklumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir.
Hanya tiga calon mengemukakan borang mereka. Tempoh masa 10 hingga 11 pagi adalah waktu untuk mereka membuat bantahan, jika ada.
[Berita penuh menyusul]
Read More...
Summary only...
Islam Batu Sapi Dan Umno Galas Bantah Calon BN
Ketika penyokong BN yang mewakili 60.1 peratus pengundi Bumiputra Islam di Batu Sapi membuat bantahan secara terbuka terhadap BN kerana memilih calon bukan di kalangan mereka, penyokong Umno di Galas memprotes dalam diam pemilihan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon di situ.
Di Sandakan, 500 ahli PBS dari bahagian Sekong membantah pencalonan Linda Tsen Thau Lin, balu Edmund Chong Ket Wah, bakas anggota Parlimen, sebagai calon BN di Batu Sapi.
Mereka datang dengan beberapa buah bas yang penuh dengan bendera dan banner mendesak agar calon di kalangan Bumiputra Islam dipilih sebagai calon. Ini kerana, Batu Sapi mempunyai 60.1 peratus pengundi di kalangan Bumiputra Islam.
Mereka mendakwa, mendiang Edmund tidak pernah memperdulikan mereka sejak dipilih sebagai wakil rakyat Batu Sapi pada tahun 2004 lalu.
“Bagaimana mungkin seorang perempuan pula mahu masuk ke kawasan kampung air kami kalau sebelum ini lelaki pun tidak menjenguh kami,” kata salah seorang dari mereka yang membuat bantahan itu.
Terdapat 26,000 pengundi di Batu Sapi dengan pecahan pengundi Melayu 32 peratus, Cina 38 peratus India 0.5 peratus, Bumiputera Islam Sabah 26 peratus, Bumiputera Sarawak 0.5 peratus dan lain-lain 2.6 peratus.
Umno lawan Ku Li
Di Gua Musang, penentangan secara senyap mula berjalan di kalangan Umno Gua Musang yang semakin bimbang dengan beberapa tindakan penyokong Ku Li dari kalangan bekas Semangat 46 itu.
Bantahan ini dibuat ekoran pemilihan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof atau lebih dikenali dengan nama Aziz Limau (kerana berasal dari Limau Kasturi) sebagai calon BN.
Dalam pemilihan bahagian tahun lepas, bekas Ketua Bahagian Umno Saufi Deraman yang memberikan laluan kepada Ku Li untuk menjadi ketua bahagian selepas menyertai semula Umno, dikalahkan oleh orang kuat Ku Li dalam pertandingan merebut timbalan ketua bahagian.
Namun begitu, penyokong asal Umno ini kekal menguasai Wanita dan Pemuda Umno Bahagian. Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang. Kedua-duanya penyokong Umno negeri dan pusat serta tidak bersama Ku Li.
Di samping kedua-duanya, ada 11 AJK Bahagian yang menjadi penyokong mereka. Pendek kata, terdapat garisan yang jelas dalam Umno Gua Musang antara penyokong Ku Li dan penyokong Umno.
“Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih sebagai pengarah, orang dia juga jadi calon, ” kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.
Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.
Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian.
Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li.
Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti.
“Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon,” kata pemimpin Umno berkenaan.
Dr Zul kalahkan Ku Li di Galas
Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad (gambar) mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.
Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.
Menurut kajian sebuah badan bebas, pengaruh peribadi Ku Li hanya 30 peratus sahaja di Gua Musang. Selebihnya adalah sokongan daripada Umno. Jika Ku Li bukan calon dalam pilihan raya ini, bermakna pengaruh peribadi itu akan hilang.
Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus).
Read More...
Summary only...