BlogList Malaysia

22 December 2009

Hadi Masih Ada Hati Dengan Umno

UMNO Bukan Musuh PAS Lagi?

Terkejut saya mendengar laporan kenyataan Presiden PAS ini. Akhbar Sinar Harian melaporkan Presiden PAS berkata demikian dalam Majlis SAmbutan Maal Hijrah PEringkat Kebangsaan di Putrajaya hari Jumaat yang lepas.

Presiden PAS dilaporkan berkata:

Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.


Saya tak sanggup nak baca kenyataan Presiden PAS seperti ini. Jadinya seperti PAS mudah sangat ditipu dan dibohongi UMNO.

Kalau pun benar PAS tidak mahu memusuhi UMNO, UMNO sendiri tidak pernah menganggap PAS sebagai kawan. UMNO selama-lamanya menganggap PAS sebagai musuh walaupun ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.

Kenyataan begini juga menunjukkan betapa mudahnya kepimpinan PAS yang ada sekarang ini ditipu dan dipermainkan oleh UMNO.

Kenyataan ini juga memberikan gambaran bahawa agenda Kerajaan Perpaduan masih hidup dan masih mahu diteruskan oleh kepimpinan yang ada sekarang. Sila dengar penerangan Ustaz Nasaruddin berkenaan dengan agenda Kerajaan Perpaduan di bawah:



Ia juga menunjukkan kepimpinan PAS yang ada sekarang tidak berminat untuk menjadi pengganti kepada UMNO, dan terus menjadikan PAS parti di kaki lima UMNO.

TIDAK TAKUTKAH DISAMBAR API NERAKA?

Sedih saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden ini. Mungkin Tuan Guru Presiden boleh memaafkan segala fitnah dan kekejaman yang berlaku ke atas beliau oleh UMNO. Tetapi bagaimanakah kekejaman yang telah dilakukan kepada ribuan aktivis dan penggerak PAS (serta parti2 PR yang lain) dalam sejarah politik negara?

Mereka-mereka yang dipotong kontrak, yang ditarik lesen perniagaan, yang di ISA kan, yang disiksa dalam tahanan, yang difitnah, yang dipecat kerja semata-mata kerana menyokong PAS dan pembangkang, yang disisih masyarakat kerana menyokong PAS, yang dibuang negeri, yang di bunuh (seperti Ustaz Ibrahim Libya), ditahan ISA kerana mahu menurut kehendak Amerika dalam peperangan menentang keganasan dan sebagainya.

Bukankah Al Quran sendiri mengajar kita supaya jangan cenderung pada orang yang zalim:

“Firman Allah SWT :

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (QS. Huud 112-113)”




Sila baca beberapa tafsiran terhadap ayat di atas:

“ “Tidak berpihak kepada orang-orang zalim

Dalam Tafsir Al Mawardy dikatakan bahwa kezaliman mereka akan mengenai kalian sebagaimana api neraka akan membakar apa saja yang ada di sekitarnya.
Dalam Tafsir Al Aluusy dikatakan jika keadaan cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman saja membuat orang tersentuh api neraka, bagaimana pendapat anda dengan orang yang benar-benar cenderung kepada orang yang mendalam kezalimannya dan bersahabat dengan mereka, orang yang hatinya penuh dengan perasaan senang terhadap mereka, orang mengambil manfaat kepada mereka, orang yang membuat indah kejahatan mereka dan ikut serta dalam kejahatan mereka, orang yang mata mereka melongok pada kenikmatan dunia yang fana, mereka bangga dengan keuntungan jangka pendek yang mereka peroleh sehingga lalai dari hakikat hal itu dan melupakan akhir dari semua itu?
Menurut Al Aluusy hendaknya orang-orang seperti itu sudah dihitung sebagai orang-orang yang berbuat zalim itu sendiri, bukan sekedar cenderung kepada orang-orang zalim. Ini didasarkan kepada suatu riwayat bahwa ada seseorang yang berkata kepada Sufyan : Aku menjahit untuk orang-orang zalim, apakah aku dihitung sebagai penolong-penolong mereka? Sufyan menjawab: Tidak, anda termasuk mereka, sedangkan yang anda jual termasuk penolong-penolong mereka.



Bukankah kita memusuhi UMNO kerana UMNO telah melakukan kezaliman? Bukankah perbezaan kita dengan UMNO ini bukan setakat perbezaan pendapat, tapi kita menentang kezaliman yng mereka taja dan lakukan selama ini?

Kita memusuhi UMNO kerana benda-benda haram yang mereka telah halalkan seperti yang saya pernah tulis di sini?

Adakah kenyataan Presiden ini menandakan PAS telah mula mahu melanggar arahan yang terkandung dalam ayat di atas? Tidakkah Presiden PAS takut akan disambar oleh api neraka seperti dalam ayat Surah Hud 112-113

Saya berasa amat sedih sekali dengan kenyataan ini dan saya mewakili ribuan aktivis PAS yang telah dizalimi oleh UMNO. Bagi pihak mereka saya mengatakan kenyataan Presiden PAS ini tidak wajar dan tidak sensitif kepada perasaan mereka yang telah dizalimi.

Sampai sekarang tiada pun UMNO meminta maaf di atas pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya. Tapi, kenapa Presiden PAS sampai hati mengatakan UMNO bukan musuh PAS? Adakah Presiden PAS telah redha kekejaman yang dilakukan UMNO ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Tulang Besi

Pas tidak bermusuh dengan Umno

Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.

Tulang Besi

3 Komen :

kicky ,  December 22, 2009 at 5:17 PM  

masih ada lagi pemfitnah dalam Pas teruskan usaha fitnah lu org, jadi le dajjal yg sempurna, siang malam duk fitnah

MC_Shaharul December 22, 2009 at 5:55 PM  

amende beb?aku rasa xde yg salah ngn kenyataan tue...x abis2 perburukkn org,bg org yg atas pagar korg ingt suke sgt ker pas keje bk bermusuh jer...nnti bila org kata ko kaki fitnah ko mrh org blk,heran aku org2 pas nie,x abis2 perprasangka buruk,ngn pemimpin sndiri pn nk prasangka buruk,ceh hampeh la..pastue bila org bela pemimpin kata UG la ape la..mampuihla cam woiii..x kemanala jwbnye..

Anonymous ,  December 22, 2009 at 10:51 PM  

Aku dah meluat blogger yang dulu pro pas-pakatan.....asyik nak tuduk president.... ulasanmu tidak diperlukan... merosak jamaah saja ...boleh belah tak ku masuk lagi blogger sebegini dan kuncu-kuncunya..lebih baik hang pertahan UMNO sampai kiamat...bye

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas