KUALA LUMPUR 20 Dis: Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.
Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.
Bertajuk ‘Malaysia is world champion in corruption’, Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.
Mengulas laporan berkenaan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat ‘pengiktirafan’ oleh komuniti dan media antarabangsa di atas ‘penganugerahan’ tersebut.
“Tahniah Najib, kerana berjaya membawa malu besar kepada bangsa dan negara.
“Seluruh dunia kini mengetahui anda sedang memimpin negara yang paling korup di muka bumi,” kata Jui Meng dalam kenyataan.
Menurutnya, sejak dari dulu, pimpinan tertinggi Umno yang mengamalkan rasuah terlepas dari sebarang hukuman.
“Sejak dari 1983, ia tetap sama. Sepertimana kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan amalan rasuah melibatkan kewangan negara oleh Kementerian Pertahanan berhubung pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis pada harga yang melambung sehingga RM6.7 bilion,” katanya.
Beliau berkata, walaupun dua anggota polis disabitkan kesalahan, motif pembunuhan tersebut tidak pernah diketahui.
“Persoalannya, rakyat tidak pernah tahu apakah motif pembunuhan? Siapa yang mengarah? Mengapa guna bahan letupan C4 untuk meletupkan tubuhnya? Dan anak siapakah yang dikandung oleh Altantuya yang didapati hamil ketika dibunuh?” ujarnya.
Beliau turut menyeru rakyat membuat pilihan tepat pada PRU 13 supaya negara tidak lagi mendapat pengiktirafan yang memalukan sebegini.
“Rakyat perlu membuat keputusan bijak pada PRU 13 nanti untuk menyelamatkan negara dari terus dilanda bencana ekonomi yang boleh membankrapkan negara sepertimana amalan Umno BN yang semakin teruk di bawah pentadbiran Najib,” kata Jui Meng.
Dalam isu berkaitan, laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram.
GFI merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Laporan itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.
Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah US$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah US$2,740 bilion dan Mexico, US$476 bilion.
www.keadilandaily.com/
Read More...
Summary only...
Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.
Badan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang
menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.
Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).
Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.
GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.
Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".
Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' - dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mempertikaikan angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.
Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain - Tax Justice Network yang berpangkalan di London - yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal.
http://www.malaysiakini.com/news/216893
Read More...
Summary only...
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kerana hasil dari usaha gigih dan agenda transformasi yang dibawanya..
Kerana agenda transormasi yang dibawanya, negara kita Malaysia kini telah dinobatkan sebagai juara dunia dalam kategori rasuah..

Transparency International berkata Malaysia adalah negara terburuk dalam pada 2012 . Hampir 3,000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lepas kerana pesaing membayar rasuah, keputusannya,di Malaysia, 50% daripada bancian berkata 'ya'.
Tempat kedua adalah Mexico, yang berada di 48%. Menurut Wall Street Journal, Jepun disenaraikan sebagai tempat kurangnya rasuah di dunia untuk menjalankan perniagaan, dengan hanya 2% daripada responden .
Sebaliknya Singapura berjiran dengan Malaysia adalah kedua paling bersih, yang merupakan 9%. Malah Indonesia, dengan reputasi lama untuk rasuah, meningkat lebih baik daripada dan lebih maju dari Malaysia.
Sebagai perbandingan, 27% daripada responden di China berkata mereka fikir rasuah ialah kos mereka perniagaan, menurut laporan itu.
"Ia menunjukkan sikap syarikat-syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan bahawa rasuah dalam sektor awam boleh sistemik dan dalam erti kata yang diinstitusikan," Paul Low, presiden bab Transparency International Malaysia, katanya. - asd
Read More...
Summary only...
Rasuah: M'sia antara terbaik dakwa ahli politik
Malaysia antara negara yang paling banyak mengambil tindakan terhadap ahli politik dalam isu rasuah berbanding Singapura dan Hong Kong, kata Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull.
"Sejarah menunjukkan kita antara yang terbaik mendakwa ahli politik dalam rasuah.
"Undang-undang tak ikut sesiapa, tak lihat siapa dia, hakim atau ahli politik. Rasuah jenayah individu dan bukan lihat pada politik dia," katanya pada wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau realiti" di Shah Alam hari ini.
Mohd Shukri yang berkhidmat 27 tahun bersama suruhanjaya itu berkata, sejak 1960-an sehingga kini, sudah ramai ahli politik yang telah diambil tindakan oleh SPRM.
Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar sebarang kes perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada SPRM sebelum membuat apa-apa hebahan di blog atau sidang media.
"Ibarat kita nak masuk hutan memburu burung, lembu, gajah, tetapi pada masa yang sama kita bawa gendang. Belum sempat berburu, semua binatang dah lari," katanya sambil disahut gelak ketawa oleh hadirin.
Sementara itu, ketika ditanya oleh hadirin mengenai penggunaan kenderaan milik kerajaan semasa pilihan raya diadakan, Mohd Shukri berkata sehingga kini tiada garis panduan khusus mengenai perkara itu.
"Bila parlimen bubar sepatutnya perlu ada satu kerajaan sementara ditubuhkan untuk mengambil alih negara. Mengenai penggunaan kenderaan itu, saya rasa bukan hanya digunakan pada satu parti sahaja kerana ia termasuk kenderaan kerajaan negeri.
"Sekarang garis panduan lengkap tiada tetapi kita boleh usulkan pada kerajaan supaya adakan panduan yang tegas berhubung penggunaan kenderaan kerajaan," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/193578
Read More...
Summary only...
Malaysia terus rasa kesan global, nilai Bursa ‘terhakis’ RM31 bilion lagi
KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion ‘terhakis’ dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.
Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikad dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.
Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.
Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan.
Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan.
Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap.
“Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS).
“Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif),” kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian.
Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan.
“Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi,” kata beliau.
Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008.
Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu.
Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86.
Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus.
Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus).
Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu.
Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012.
Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini.
The Malaysia Insider
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.
Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.
“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.
Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.
Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.
Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.
Dipetik dari The Malaysia Insider
Read More...
Summary only...
KOTA BELUD 22 MEI: Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat dan kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara-negara pengeluar minyak dunia yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia.
Beliau yakin kadar ditetapkan oleh kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan negara yang tidak mempunyai sumber minyak seperti Singapura.
Bercakap pada ceramah bersempena lawatan beliau ke negeri Sabah semalam, Anwar mengecam peranan kerajaan yang gagal memberi manfaat kepada negeri itu dan Malaysia secara keseluruhan untak menikmati keselesaan harga minyak rendah.
Ini katanya berikutan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak mempunyai kepentingan mengumpul dana kerajaan berbanding mengurangkan beban rakyat.
"Kita kena banding minyak dengan harga pengeluar minyak. Brunei, Arab Saudi, Qatar Venezuela dan Iran. Semuanya rendah bila dibandingkan," ujar beliau.
Di hadapan 500 penyokong yang hadir, beliau mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini menarik subsidi petrol diesel ke atas 9 jenis kenderaan komersial dengan alasan untuk mengurangkan defisit negara kepada 2.8 peratus menjelang 2015.
"Habis siapa yang dapat? Umno yang bawah-bawah ini menyibuk sahaja. Saya tidak musuh dengan Umno bawahan. Kalau boleh saya mahu terangkan kepada ahli Umno ini, kalau meraka terbuka sikit minda dia tidak akan terima. Kita menang 2008 banyak ahli Umno sokong kita," katanya lagi.
Anwar yang memegang jawatan Menteri Kewangan daripada tahun 1990 hingga 1998 berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam lapan tahun berturut-turut.
Justeru beliau turut cemerlang dalam usaha menangani kemelesetan ekonomi serta mempertahankan kedudukan negara apabila matawang negara jatuh pada tahun 1997.
Anwar berkata matlamat kerajaan Pakatan Rakyat akan menumpukan sepenuhnya kepada usaha meringankan beban rakyat di samping tidak mengabaikan kepesatan pembanggunan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Katanya, rakyat di negeri Sabah dan Sarawak berhak menikmati hasil bumi (minyak) dengan harga yang rendah.
Menurutnya pendekatan ini berbeza dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) melalui Petronas mengaut keuntungan berjumlah RM90 bilion setahun namun dalam masa yang sama menaikkan harga minyak domestik.
"Sudah begitu banyak wang dapat tapi naikkan harga minyak. Ini tidak masuk akal. Kemudian mereka (kerajaan) kata sebab harga pasaran tinggi. Saya peduli apa harga pasaran.
"Ini harga orang Sabah dan minyak keluar daripada bumi ini, kenapa mahu bebankan rakyat bumi ini. Siapa punya tanah, siapa punya minyak? Bukan kamu punya. Bahagikan, mudahkan, ringankan beban rakyat, itu matlamat kita," kata Anwar disambut sorakan penyokong.
Anwar meluangkan masa dua hari melawat dan bertemu rakyat di sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan dalam siri jelajah memberi penerangan.
Turut hadir ke sesi ceramah termasuk kepimpinan tertinggi PKR negeri Sabah. - tvs
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.
Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.
“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.
“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.
Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.
Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.
Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.
Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.
Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan
mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.
Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.
Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.
Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini.
Read More...
Summary only...
Harga minyak diturun semula!
Berikutan dari tekanan politik kerajaan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.
“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.
“Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga sebelum kenaikan berlaku,” katanya.
Itu adalah kata-kata Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani bukannya kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Najib.. kah..kah..kah..
Harga minyak diturun semula
ISLAMABAD 7 Jan. – Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.
Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang.
“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.
“Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku,” katanya.
Sejak enam hari lalu, harga diesel dan petrol di negara ini meningkat antara sembilan hingga 5.6 peratus dan menjadi satu daripada 11 pakej pembaharuan yang dituntut oleh ketua pembangkang utama, Nawaz Sharif dengan memberi tempoh 72 jam kepada kerajaan untuk menjawab pada Selasa lalu.
Nawaz kemudiannya memanjangkan tempoh yang mengancam untuk menyingkirkan parti pemerintah dari kerajaan di wilayah Punjab itu bermula selepas tempoh tiga hari berkabung atas kematian ahli politik liberal Pakistan, Salman Taseer yang ditembak mati pada hari sama.
Parti kecil dalam gabungan kerajaan, Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) turut menyatakan kenaikan harga bahan api itu sebagai alasannya untuk keluar daripada kerajaan Ahad lalu, sekali gus akan merosakkan majoriti parti pemerintah dan meningkatkan kebimbangan berlaku pilihan raya awal.
Negara sekutu Pakistan di Barat bimbang dengan sebarang prospek yang akan menambahkan lagi ketidakstabilan di negara ini ketika kegawatan ekonomi, sementara AS meningkatkan tekanan supaya Islamabad perlu melakukan lebih banyak usaha memerangi al-Qaeda dan Taliban.
Namun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, ia adalah satu ‘kesilapan’ kepada Pakistan untuk menarik balik kenaikan harga bahan api itu yang disifatkan ‘bertindak kebelakang’ dalam usaha meningkatkan ekonomi negara itu yang semakin tenat.
“Kami percaya kerajaan Pakistan perlu memperbaharui undang-undang dan peraturan ekonominya, termasuk yang melibatkan bahan bakar dan kos pentadbirannya,” kata Hillary kepada wartawan.
Sehingga semalam, masih tidak nampak tanda-tanda Gilani akan tunduk dengan tuntutan Nawaz atau MQM yang lain-lain. – AFP
Anak Sungai Derhaka
Read More...
Summary only...
GAMBAR fail menunjukkan seorang anggota polis menangkap seorang anggota pertubuhan wanita Femen yang mendedahkan payu dara di depan sebuah ibu pejabat polis di Kiev, Ukarine pada 9 November lalu.KIEV, Ukraine: Bagaimanakah cara untuk memprotes keganasan domestik, rasuah dan lawatan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin ke Ukraine?
Jawapannya ialah tanggalkan coli anda.
Sekumpulan aktivis muda termasuk wanita semakin menjadi popular kerana mereka melancarkan protes dengan tidak memakai baju.
Wanita-wanita yang mendedahkan payu dara itu turut bergelut dengan anggota-anggota polis yang menangkap mereka.
"Jika seksualiti digunakan untuk menjual kereta dan biskut, kenapakah tidak menggunakannya untuk tujuan sosial dan projek politik," kata seorang pemimpin kumpulan aktivis itu, Anna Hutsul, 26.
Dia yang menjadi anggota pertubuhan Femen berkata: "Kadangkala anda perlu menunjukkan payu dara anda untuk tujuan ideologi."
Kumpulan itu yang ditubuhkan dua tahun lalu kini menjadi pergerakan yang popular sehingga mendapat liputan berita, program bual bicara dan blog gosip.
Anggota-anggota kumpulan itu menjadi amat popular sehinggakan Hutsul merancang untuk melancarkan parti politik bagi bertanding mendapatkan kerusi di Parlimen.
-AP-
Read More...
Summary only...

|
| Ilustrasi yang disediakan oleh Boeing Co. menunjukkan bom MOP atau ‘penembus ordinans raksasa’ yang kini sedang diuji dan dijangka mula dibina menjelang pertengahan 2010, sekali gus menjadi bom konvensional terbsar dalam peralatan perang tentera Amerika Syarikat. |
Pentagon mahu mempercepatkan penyediaan bom raksasa yang direka untuk memusnahkan kubu-kubu senjata yang tersembunyi di bawah tanah dan dilindungi dengan konkrit bertetulang seberat 4.5 tan.
Bom tersebut boleh disifatkan sebagai Pelan B atau pelan alternatif untuk menangani program nuklear Iran.
Teheran baru-baru ini mendedahkan kewujudan tapak nuklearnya yang tersembunyi jauh di dalam sebuah gunung dekat kota suci Syiah, Qom.
Bom seberat 15 tan itu, dikenali sebagai 'penembus ordinans raksasa atau MOP' akan menjadi bom bukan nuklear terbesar dalam persenjataan Amerika Syarikat (AS).
MOP yang mengandungi 2.4 tan bahan letupan adalah kira-kira 10 kali lebih kuat daripada bom yang bakal digantikannya.
Pentagon sudah memberi kontrak bernilai hampir AS$52 juta (RM182 juta) untuk mempercepatkan pemasangan bom berkenaan di dalam pesawat pengebom Stealth B-2, dan pegawai menjangka senjata itu boleh dipasang seawal pertengahan tahun depan.
Pegawai Pentagon mengakui bom baru itu bertujuan untuk meletupkan tapak-tapak berkubu seperti yang digunakan oleh Iran dan Korea Utara untuk program nuklear masing-masing, tetapi mereka menafikan ada sasaran tertentu yang termasuk dalam perancangan.
"Saya tidak fikir ada sesiapa yang boleh meramalkan sasaran yang berpotensi diserang. Bom ini hanya memberikan keupayaan yang kami anggap perlu disebabkan situasi dunia yang kita hadapi sekarang," kata setiausaha akhbar Pentagon, Geoff Morrell.
Pentadbiran Presiden Barack Obama masih menghadapi kesukaran untuk menangkis tanggapan yang timbul sejak zaman Presiden George W. Bush bahawa AS sama ada merancang untuk mengebom kemudahan nuklear Iran atau akan membiarkan Israel melancarkan serangan sedemikian. - AP
Read More...
Summary only...