BlogList Malaysia
Showing posts with label cnn. Show all posts
Showing posts with label cnn. Show all posts

15 July 2011

BERSIH Dari Kacamata CNN



Najib ulangi peserta BERSIH tidak dikasari


Tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa mahupun dalam negara terhadap tindakan kerajaan ke atas peserta himpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mempertahankan pendiriannya bahawa polis menggunakan tekanan minimum dengan hampir tidak ada langsung hubungan dengan semua penunjuk perasaan.


Menurut akhbar New York Times, Najib memberitahu sekumpulan kecil wartawan di London jika kerajaan membenarkan perhimpunan jalanan seperti BERSIH 2.0, negara mungkin berhadapan dengan ketidak-stabilan.


"Ketenteraman awam amat penting di Malaysia kerana jika kita benarkan demonstrasi jalanan, ia tidak akan berkesudahan, akan terdapat kumpulan lain yang mahu terus berdemo,” kata Najib selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Britain David Cameron semasa lawatan empat harinya ke negara itu.


Jika perhimpunan tidak dikwal, “anda akan menghadapi situasi di mana lebih banyak demonstrasi jalanan akan berlaku,” katanya.


Najib juga sekali lagi mempertahankan polis dengan berkata mereka menggunakan “tekanan minimun dan langsung tidak ada hubung fizikal dengan peserta perhimpunan.”


Namun, Najib mengakui paling “maksimun 15,000" orang yang hadir pada rali 9 Julai itu, berbanding perangkaan polis sebelum ini yang mendakwa hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang hadir.


BERSIH 2.0, bagaimanapun mendakwa 50,000 yang menghadirinya.

Read More...

15 March 2011

Gempa Bumi Di Jepun - Satu Dunia Gelakkan Malaysia

Video ulasan lawak Rosmah Mansor pula masuk CNN

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berlagak serba tahu di dalam mengulas isu bencana Tsunami baru-baru ini menjadi bahan lawak jenaka di internet dan menjadi topik perbualan hangat di facebook dan twitter termasuk forum-forum terkenal.

Rosmah Mansor membuat kenyataan mengejutkan apabila membayangkan bahawa bencana Tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam. Rosmah juga berkata, malapetaka itu memberi pengajaran kepada Jepun dan negara-negara lain serta mengaitkan pembangunan pesat sebagai punca berlaku bencana di Jepun.



Video ucapan Rosmah Mansor yang menjadi bahan lawak jenaka pengguna-pengguna internet ini turut mendapat liputan portal berita antarabangsa [CNN]. Video tersebut juga mendapat hits yang tinggi sejak ia disiarkan di halaman Youtube. Dalam masa sehari sahaja ia telah mencapai lebih 50,000 tontonan (views). Apa yang jelas Rosmah Mansor telah berjaya mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui komen lawaknya menjadikannya isteri Perdana Menteri paling kelakar tahun ini.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/video-ulasan-lawak-rosmah-mansor-pula.html#ixzz1GeapyKcc

Read More...

14 March 2011

Zoy Bikin Berita Harian Terkenal Seluruh Dunia

Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters



Beritanya di sini

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas