BlogList Malaysia

15 July 2011

BERSIH Dari Kacamata CNN



Najib ulangi peserta BERSIH tidak dikasari


Tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa mahupun dalam negara terhadap tindakan kerajaan ke atas peserta himpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mempertahankan pendiriannya bahawa polis menggunakan tekanan minimum dengan hampir tidak ada langsung hubungan dengan semua penunjuk perasaan.


Menurut akhbar New York Times, Najib memberitahu sekumpulan kecil wartawan di London jika kerajaan membenarkan perhimpunan jalanan seperti BERSIH 2.0, negara mungkin berhadapan dengan ketidak-stabilan.


"Ketenteraman awam amat penting di Malaysia kerana jika kita benarkan demonstrasi jalanan, ia tidak akan berkesudahan, akan terdapat kumpulan lain yang mahu terus berdemo,” kata Najib selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Britain David Cameron semasa lawatan empat harinya ke negara itu.


Jika perhimpunan tidak dikwal, “anda akan menghadapi situasi di mana lebih banyak demonstrasi jalanan akan berlaku,” katanya.


Najib juga sekali lagi mempertahankan polis dengan berkata mereka menggunakan “tekanan minimun dan langsung tidak ada hubung fizikal dengan peserta perhimpunan.”


Namun, Najib mengakui paling “maksimun 15,000" orang yang hadir pada rali 9 Julai itu, berbanding perangkaan polis sebelum ini yang mendakwa hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang hadir.


BERSIH 2.0, bagaimanapun mendakwa 50,000 yang menghadirinya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas