Peguam: Anwar tak minta 'penyelesaian'
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah hari ini, Musa berkata, saman fitnah itu difailkannya ekoran "salah faham" dan beliau menerima "penyelesaian" yang dicadangkan Anwar.
Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas itu, peguam N Surendran (gambar bawah, tidak bertali leher) dan Latheefa Koya berkata, Musa yang mahu menarik balik kes itu dan bukan Anwar.
"Penarikan balik itu diusahakan oleh Musa atau wakilnya. Pada setiap masa, Anwar sedia meneruskan kes itu.
"Penarikan balik kes terhadap anak guam kami tidak bersyarat dan tiada penyelesaian luar mahkamah seperti didakwa oleh Musa.
"Anak guam kami berpuas hati dengan penarikan balik tanpa syarat dan oleh itu beliau tidak menuntut sebarang kos," kata mereka dalam kenyataan bersama itu.
Musa hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berkaitan laporan polis oleh ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka-reka bukti dalam perbicaraan 'Liwat 1'.
Penarikan balik saman oleh Musa itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
http://www.malaysiakini.com/news/211871
0 Komen :
Post a Comment