BlogList Malaysia

13 April 2012

Milik Kroni UmnoBn - 3 Lamborghini, Ferrari, BMW, Merz

Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, telah membuat penafian kepada umum bahawa beliau mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan 'orang tengah' perdagangan balak, Michael Chia.

"Saya ingin merekodkan sekali lagi bahawa saya tidak mempunyai apa-apa perhubungan dan kaitan perniagaan dengan individu yang bernama Michael Chia" – [kenyataan Musa Aman 12/11/2012]

Pembohongan Pemimpin UmnoBn

Kenyataan pembohongan yang dilakukan Musa Aman adalah senada dengan kenyataan Sharizat Jalil di dalam skandal lembu, dan juga ia adalah sama dengan kenyataan Najib Razak yang mengatakan tidak pernah mengenali dan bertemu dengan Altantuya Sharibuu.


Penafian dan pembohongan yang diluahkan oleh mereka, sudah pasti dapat dirasai penipuan ini oleh rakyat yang sudah jelas menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri segala bukti-bukti yang didapati secara langsung ataupun tidak secara langsung. “Ini zaman media baru.. pengkhianat2 ini cuba memperbodohkan rakyat dengan menganggap rakyat masih di zaman 80an dulu...”

Semua Bukti Terbongkar Dan Akan Terbongkar

Mereka mengharapkan segala pendedahan oleh Rakyat adalah bukti-bukti palsu, dan sebab itulah sekarang ini semakin hari semakin Rakyat menjauhkan diri dari UmnoBn yang jelas memperbodohkan Rakyat.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan ‘orang tengah’ perdagangan balak, Michael Chia.

Tiada hubungan perniagaan? Dokumen yang disiarkan ini menunjukkan ‘Arahan Pembayaran Tetap Bank’ (Standing Instructions) dari akaun atas nama Michael Chia, diuruskan oleh HSBC Hong Kong untuk mendepositkan beberapa ribu dolar setiap bulan bagi pendidikan anak Musa Aman di Perth, Australia.



Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa Michael Chia bukan hanya "orang tengah" antara Yayasan Sabah dan pencari konsesi pembalakan, tetapi juga memperolehi beberapa konsesi balak Yayasan sendiri. Beliau secara terbuka mengakui dalam satu lagi kes yang berterusan di Mahkamah Tinggi Singapura:

"Saya dalam perniagaan kayu balak pengeksport dari Malaysia di peringkat antarabangsa melalui kumpulan syarikat saya, termasuk Rimba Kita dan Rasanmewa" [Michael Chia Tien Foh, Afidavit, Mahkamah Tinggi Singapura 19/12/2011]

SPRM telah menyenaraikan banyak konsesi balak lagi yang dikaitkan dengan Michael, termasuklah oleh Syarikat Top Merchant Sdn Bhd yang menerima konsesi balak Hutan Kuamat. Pemegang saham utama syarikat itu adalah perempuan simpanan Michael Chia, iaitu Yap Siaw Lin (gambar).

Jadi mengapa Ketua Menteri menafikan sebarang urusan perniagaan dengan Michael Chia? Sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Musa berkuasa untuk kelulusan muktamad ke atas segala lesen pembalakan, termasuk yang diberikan kepada Michael Chia.


Michael Chia dalam majlis parti yang sama, bersosial dengan Musa Aman

Michael Chia menjadi terkenal kerana gaya hidup dan citarasa yang mewah, dipamerkan oleh rentetan beliau memiliki kereta berprestasi tinggi yang mahal dan kekayaan yang tidak masuk akal. Senarai kereta berprestasi tinggi beliau termasuklah sebuah Hummer H2, tidak kurang 3 buah Lamborghini, Ferrari f430, beberapa buah BMW, Mercedes Benz dan Toyota.



Lamboghini


BMW


Ferrari F430


Hummer H2


Mercedes

Rakyat Sabah dan Sarawak mungkin akan berkata... “tidak mengapa, itu rezeki Musa Aman dan Pehin (Taib Mahmud)...”

Sehinggalah satu hari nanti jurang miskin dan kaya akan melebar terutamanya di Sabah dan Sarawak yang sedang berlaku sekarang... Istana kroni UmnoBn terletak bersebelahan dengan rumah setinggan orang miskin...



Ramli Marahaban kroni Musa


Rakyat


Ketua Pemuda Sabah, Japlin


Timb.Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu



Musa Aman


Taib Mahmud


Timb.Ketua Menteri Sabah, Yahya Hussin


Rakyat

Jangan terlambat untuk berubah, nanti kita akan menyembah orang-orang kaya untuk sesuap nasi.... percayalah.

Sekarang ini SELURUH Rakyat Malaysia akan saling membantu Demi Rakyat. Jangan disebut lagi.... “Tak apa.... itu rezeki Pehin....”

Dipetik Dari - Reformis Anak Muda


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas