BlogList Malaysia

20 September 2011

Panas - Pegawai Imigresen Ingatkan Pemohon PR Supaya Undi Barisan Nasional

Seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai imigresen memaklumkan kepadanya bahawa tugas utamanya, jika diberikan kerakyatan, adalah untuk mengundi “parti pemerintah ".

Dalam temubual e-mel, pemohon yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia itu, berkata pegawai imigresen berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses bagi mendapatkan kerakyatan.

"(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?


"Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya," katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang ini akan menjejaskan keputusan permohonan itu.

"(Mereka menjawab) 'Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap'."

Pemohon yang menghubungi Malaysiakini dan menceritakan pengalamannya pada Sabtu lalu, berkata ibu bapanya juga telah dimaklumkan perkara yang sama. Mereka telah berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini.

"Saya tidak ingat apa yang saya katakan selepas itu, mungkin sesuatu tentang 'bagaimana jika parti pemerintah berubah pada masa depan, semasa saya layak mengundi?' yang mana mereka kata tidak mungkin,” katanya.

"Taraf penduduk tetap bukan 'hadiah'. Saya dilahirkan dan dibesarkan (di sini), tetapi kerana kekurangan jus soli, saya dilabel sebagai rakyat asing."

(Jus soli merujuk kepada prinsip bahawa kewarganegaraan seseorang ketika lahir adalah ditentukan oleh tempat kelahiran.)



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas