KUALA LUMPUR: Pendakwaraya dalam kes perbicaraan fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim sedaya upaya menegakkan benang yang basah ketika menyoal balas saksi pembela, Dr Brian McDonald.
Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden memaksa Pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam.
Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai itu.
“Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan.
“Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai,” kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam.
Terdahulu, Yusof mengemukakan jurnal dalam bahasa Thai dan meminta McDonald bersetuju dengan rujukan tersebut.
Beliau merujuk tiga jurnal perubatan kes rogol di luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih 100 jam di dalam vagina seseorang wanita.
Kandungan dokumen tersebut digunakan Yusof untuk menyokong hujahnya sebelum ini bahawa perolehan sel DNA dari air mani yang dibuat oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora adalah terpakai.
Sementara itu, peguam pembantu Sankara Nair berkata, andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam.
“Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan.
“Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita.
“Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah.
Mengikut laporan sebelum ini, calitan yang diambil dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia.
Hakim Datuk Zabiden Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2.30 petang
Kedah: Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan
8 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment