BlogList Malaysia

15 July 2011

JMM, Jaringan Melayu Merapu

JMM, Jaringan Melayu Malaysia elok ditukar kepada Jaringan Melayu Merapu. Sesuai dengan budaya dan pemikiran pemimpin pertubuhan ini yang merapu dan mengampu dalam memperkatakan isu politik di negara ini.

Terbaru Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah menc adangkan Parti Islam SeMalaysia ditukar kepada Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS) kerana menyertai himpunan Bersih. JMM marah bukan kerana Ambiga tetapi kerana kuasa politik umno tergugat yang beliau ada kepentingan di dalam umno.Jika benar JMM memperjuangkan Melayu kenapa mereka diam membisu isu-isu pencabulan terhadap maruah melayu seperti isu tanah kampung baru, tanah rezab Melayu yang tergadai daripada 3 juta hektar selepas merdeka sekarang hanya berbaki 1.7 juta hektar.

Mana suara JMM ketika tanah Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar terlepas kepada Singapura.

Mereka menyinga ketika kepentingan umno hilang, tetapi menikus ketika hak Melayu tergadai.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas