BlogList Malaysia

14 June 2011

Ekelee.. Maruah Konon..

Nazri: Tak bermaruah bagi lucutkan MP Batu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata adalah tidak bermaruah bagi BN melucutkan kelayakan Chua Tian Chang sebagai ahli parlimen Batu.

"Sebagai rakan MP, adalah tidak betul bagi saya membentangkan usul memohon beliau dilucutkan. Kita semua adalah ahli dewan yang bermaruah,” kata Nazri kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, status Chua adalah lebih baik dibiarkan kepada speaker Dewan Rakyat bagi memutuskannya.

"Lagipun saya menyedari bahawa keputusan hakim berhubung perkara itu, iaitu penghakiman itu dibuat bagi mengurangkan denda supaya beliau tidak dilucutkan jawatannya,” kata Nazri (kiri).


Chua, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, gagal dalam rayuannya terhadap kesalahan menghalang anggota polis menjalankan tugas dan didenda RM2,000.

Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha berkata jumlah denda yang ditentukan supaya mengelakkan Chua daripada dilucutkan tetapi Dewan Rakyat mempunyai kuasa pemutus berhubung statusnya.

Nazri mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik sumber dari kelab penyokong BN bahawa usul bagi melucutkan Chua akan dibentangkan.

Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu.

Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas