Bicara dan cerita lawak dari blogger Umno Pulau Pinang.
Beberapa bulan yang lepas Ketua menteri Penang telah berlepas ke Alor Setar untuk bertemu MB Ust Azizan,Guan Eng membawa agenda untuk memohon agar Kedah melepaskan Pulau Pinang daripada perjanjian lapok British .
Didalam perjanjian tersebut,Pulau Pinang harus membayar sewa tahunan sebanyak 6,000 peso Sepanyol untuk Pulau Pinang dan 4,000 peso sebagai bayaran sewa kepada Seberang Perai kepada kerajaan Kedah.
Guan Eng telah berpakat dan mengadakan perbincangan dengan MB Ust Azizan dalam merangka pembatalan perjanjian tersebut. Niat Guan Eng adalah untuk memisahkan Pulau Pinang dengan Seberang Perai secara tidak langsung pemisahan Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung. Seberang Perai diserahkan kembali kepada Kedah.
Persekongkolan Guan Eng bersama Ust Azizan telah pergi mengadap Sultan Kedah dan memohon untuk Pulau Pinang dilepaskan daripada pembayaran pajakan dan pertukarannya adalah Seberang Perai diserahkan kembali kepada Kedah.
Guan Eng & DAP mengharapkan persetujuan dan persefahaman ini diantara kerajaan Pulau Pinang dan Kedah untuk mendapatkan pelepasan "Lease" dan ia boleh dilaksanakan dari sudut undang undang walaupun perjanjian antara kerajaan British dan Sultan Kedah dulu masih valid iaitu dalam perjanjian ada menyebut 'selagi ada bulan dan matahari' maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih terikat dengan Negeri Kedah.
Lim Guan Eng telah dihalau keluar dari Istana Kedah apabila beliau telah membentangkan niat beliau kepada Sultan.Tetapi menurut sumber Pisau,Guan Eng akan tetap meneruskan agenda mengsingaporekan Penang.
Lubang benam ‘telan’ jemaah solat Jumaat
40 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment