BlogList Malaysia

24 December 2010

1Malaysia - Bukan Takut Tapi Muak, Kata Selangor

Kerajaan Selangor tidak membenarkan slogan dan logo 1Malaysia digunakan di premis kerajaan dan premis awam kerana ia mesej politik yang diguna sebagai topeng untuk mengaburi penyelewengan dan pemecah-belahan negara secara berterusan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tersilap faham apabila menafsir larangan itu sebagai petanda Pakatan Rakyat Selangor kononnya takut kepada slogan 1Malaysia.

Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak gentar tetapi muak dengan slogan hipokrasi Barisan Nasional itu, kata Faekah.

"Mana mungkin kita berasa takut pada logo politik yang diciplak dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini. Apatah lagi pemimpin BN gagal memberi rakyat hujahan kukuh tentang kewujudan slogan 1Israel, 1Singapore dan 1Indonesia," tambah beliau dalam satu kenyataan.


Faekah berkata Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mengiktiraf slogan yang semata-mata mahu memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di dalam negeri ini.

Beliau juga membidas Muhyiddin kerana memutar belitkan larangan kerajaan negeri itu dengan menggunakan media arus perdana sebagai kuda kuda tunggangan.

Faekah berkata kerajaan negeri bertindak melarang penggunaan slogan berbaur politik termasuk 1Malaysia di premis kerajaan dan premis awam serta tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya.

Pihak Berkuasa Tempatan pula diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini, tambah beliau.

Faekah berkata keputusan itu harus dilihat menerusi realiti politik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

"Pakatan Rakyat Selangor tidak mengharapkan Kerajaan Persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas beliau.

"Namun kita kesal sikap tidak profesional mereka yang saban hari memburuk-burukkan program yang kita jalankan. Meskipun tiada langsung niat untuk membalas dendam, persoalannya, wajarkah kerajaan negeri membantu mempromosikan slogan hipokrit Barisan Nasional?, kata beliau.

Faekah berkata dengan berselindung disebalik slogan 1Malaysia, BN terus menjadikan politik perkauman sebagai teras agendanya.

"Parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri berasaskan pemikiran perkauman yang sempit. Pentadbiran UMNO-BN pula bertanggungjawab penuh atas ketegangan kaum yang wujud di Malaysia walaupun telah merdeka 53 tahun," kata Faekah.

Faekah berkata Muhyiddin sendiri tidak mendokong slogan konsep 1Malaysia apabila lantang memperjuangkan konsep "Melayu Dahulu" dan menempelak Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka.

1 Komen :

Anonymous ,  December 24, 2010 at 11:49 PM  

Kita tak perlukan slogan dari 'seorang Bugis yang paling bacul di Malaysia' - asal ajak berhujah je... lari, orang tanya soalan sikit... cabut, dah le tu terkenal sebagai takut bini.

Ramai rakan Bugis yang aku kenal adalah berani-berani belaka, garang pulak tu... baik ajak bertarung mahupun ajak berhujah memang susah nak makan cekak. Teringat aku arwah Dato' Meor - bukan bacul macam Mat Mongol ni.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas