BlogList Malaysia

25 December 2010

SUK Khianat - Kerajaan Pakatan Perlu Gubal Perlembagaan Negeri

Abdullah Sani Abdul Hamid menyarankan Kerajaan Negeri Selangor menggubal perlembagaan negeri untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai tadbir sendiri dan bukannya oleh pihak lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata hal itu penting bagi menjamin kelicinan pentadbiran negeri terutama jika kerajaan negeri bukan dari parti yang sama dengan kerajaan pusat.

"Saya sarankan kerajaan negeri wajib pinda perlembagaan tubuh negeri memberi kuasa negeri jamin kedudukan pegawainya dilantik dari kelompok mereka bukannya dari kalangan yang menderhaka kepada mereka," katanya.


Sebelum ini, Kelantan telahpun mengubah perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa campur tangan dari pelbagai pihak yang selalunya dimanipulasi oleh Umno.

Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pakar Perlembagaan Professor Dr Abdul Aziz Bari telahpun mengusulkan agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat melantik sendiri Pegawai Tadbir dan Pegawai Undang-undang bagi menghalang campur tangan dan sabotaj Parti Pemerintah Pusat.

Menurut Aziz Bari, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara ini dan ia sepatutnya boleh dilakukan.

Khabar angin kini kuat bertiup bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang dianggap sebagai 'rapat' dengan Umno disebut-sebut menggantikan Datuk Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Abdullah Sani menganggap kewajaran sebenar perkara ini adalah kerana Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat negeri itu sendiri dan bukannya oleh mereka yang berkepentingan lain.

"Sewajibnya Setiausaha Negeri dilantik oleh kerajaan negeri yang memerintah, oleh itu saya setuju sangat dengan Kelantan kerana pilihan SUK dibuat oleh kerajaan negeri. Pusat tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran negeri kerana dia tidak mendapat mandat dari rakyat," katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas